Pages

Wednesday, March 21, 2012

The worst things in my life...

Salam semua..
Moga semuanya sihat disamping keluarga..
Me too.. dok lepaking lam bilik sambil tgk muka anak2 dok tido sambil teringat2 kejadian tengahari tadi...






Ni semua my belove dotter yang sorang tu.. Picture since she was born smpi la sekarang..
Sekejap jer kan masa berlalu..
Sekarang dia dah 5 thn pun..
Secepat masa berlalu secepat tu juga la aku cuba melaksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang ibu kepada anak- anakku...
Kakak,
Sekarang ni boleh dikatakan tiap2 hari kakak akan create problem or kelaku bagi marah kakak..
Tau tak kakak, mummy usaha tak mau marahkan kakak..
Klau boleh mummy pun nak sangat jadi ibu yang penyayang.. yang mesra, yang masih boleh menzip mulut bila tgk kakak buat hal, yang masih boleh tersenyum bila kakak buat perangai..
Tapi mummy tak boleh nak.. Itu bukan mummy kamu....
Mummy bukan nak kakak jadi seperfect2 manusia.. Mummy nak anak mummy lalui alam kanak- kanak sama macam kanak- kanak yang lain..
Gembira, seronok, suka ria meneroka alam ni...
Terus terang kak.. tiap2 ari.. tiap2 malam mummy berdoa supaya hati kita berdua dilembutkan Allah...
Supaya mummy diberi kekuatan untuk berhadapan dengan perangai kakak..
Supaya setiap hari kita berdua penuh dengan warna warni sebagai anak dan mak..
Mummy tak mau marah2 kakak mcm kakak ni anak tiri mummy...
Tapi sayang..
setiap perbuatanmu sentiasa menipiskan tahap kesabaran mummy...
Meringankan tangan mummy untuk naik dan cubit kakak..
Tiap2 malam.. bila pandang wajah kakak dan adik tidur.. mummy nangis sbb mummy malu kat Allah, kat daddy, kat nanny dan atok, kat mak tok dan arwah wan dan kat semua family kita sbb mummy sebenarnya gagal melaksanakan tugas sebagai seorang ibu seperti yang diamanahkan Allah pada mummy..
Kakak selalu kata "Benci mummy bila mummy marah kakak.. cubit kakak.."
Tapi dalam hati mummy takde secubit even sebesar zarah pun perasaan benci kat anak mummy..
Mummy sentiasa doakan yang terbaik untuk mu sayang...
Dulu.. mummy selalu marah dan memberontak bila atok marahkan mummy.. bila nanny bebelkan mummy tapi sekarang bila mummy dah ada kakak dan adik baru mummy tau..
Kenapa atok marahkan mummy.. Kenapa nanny bebelkan mummy..
Sebab nak anak- anak jadi manusia yang berguna.. yang disukai dan disayangi semua orang..
Daddy marahkan mummy bila bising2 dan buat kakak..
Sebenarnya.. hati mummy lagi menderita.. merana.. sakit semuanya..
Pedih sgt2 hati ni sbb terpaksa marahkan.. terpaksa jatuhkan hukuman pada insan yang paling mummy sayang... kakak...
Selalu hati mummy tertanya- tanya.. "Adakah budak2 ni akan membenci aku.. Adakah Allah akan tarik balik kurniaan ni dariku sbb gagal menjaganya sebaik mungkin?"
"Kejam ke aku ni"
Kakak, dulu mummy pun macam kakak..
Mummy tak tau nape nanny asyik nak membebel bila mummy buat perkara yang nanny tak suka..
Mummy asyik tetanya2.. nape la atok ni tak macam bapak orang lain.. yang penyayang.. lembut dgn anak2..
Nak buat tu tak boleh.. nak buat ni tak boleh..
Tapi kak.. sekarang baru mummy sedar...
Semua yang atok dan nanny lakukan bersebab sayang..
Atok pernah bagitau mummy "Nnt bila awak dah ada anak.. awak akan tau sebab nape mak ngan abah buat semua ni"
Marah bukan tanda benci tapi tanda sayang..
Anak mummy.. Amani Damia Qistina...
Mummy tak pernah salahkan kakak kalau kakak bencikan mummy..
Kalau sebab ketegasan mummy kakak jadi memberontak...
Tapi mummy nak anak- anak semua tau..
Untuk jadi seperti hari ini.. byk cabaran, dugaan, pengalaman yang mummy terpaksa tempuhi dan mematangkan mummy..
Sayang...
Memang orang akan mempersoalkan ketegasan mummy..
memperlihatkan kegarangan mummy dalam mendidik anak tapi tahu tak kakak..
Manusia ada macam2 karakter... macam2 karenah..
Time mummy marah, bebel or cubit kakak mmg mereka simpati.. blame mummy..
Tapi kelak, percaya lah sayang..
Bila kelaku kakak makin melampau, mereka akan membenci, mengata, mengutuk kakak, mummy dan daddy..
Mummy dan daddy tak pandai jaga anak..
Perkataan yang paling mummy nak elakkan..
Paling mummy tak mau dengar..
Sebab, itulah jua perkataan yang keluar dari mulut orang pada atok dan nanny..
Itu yang cuba mummy elakkan sayang..
Hati mummy lagi sakit kak bila tgk orang lain yang marahkan kakak, yang tegur kakak, yang pukul kakak..
Biar mummy sakit sekarang kak.. biar hati mummy menderita sekarang kak..
Kelak mummy boleh tersenyum tgk IQ dan EQ anak- anak mummy seimbang dengan perilaku dan kepintaran masing- masing....
Amani Damia Qistina,
Andai kata, satu hari nnt kakak terbaca... tertengok nukilan hati mummy ni..
Pahamilah sayang..
Mummy terlalu menyayangi permata hati mummy ni..
Both of u..
Sangat2 sayangkan kakak dan adik..
mana mungkin mummy membenci zuriat yang menjadi impian mummy dan daddy..
Sebagai tanda cinta mummy dan daddy..
mummy sanggup berhabis duit.. berpenat.. berlelah untuk lihat kebahagiaan anak2 mumy..
Doa mummy moga kakak dan adik menjadi manusia yang berguna, berilmu, anak2 yang solehah untuk mummy dan daddy..
Maafkan mummy sbb tak dapat menjadi mummy yang baik untuk kakak dan adik..
Mummy dah cuba kakak.. adik..tapi mummy gagal...
Maafkan mummy sbb buat kakak dan adik membenci mummy.. percayalah sayang..
satu hari nnt.. kakak dan adik akan tau kenapa mummy buat semua ni.. kenapa mummy marahkan kakak.. marahkan adik.. bebelkan kakak.. bebelkan adik.. Percayalah sayang..
Maafkan mummy sekali lagi..
mummy sayang kakak dan adik... 


Sunday, March 18, 2012

Apple Pie Is 3.. Our marriage is 6...

Salam semua..
Apa- apa pun aku nak ucapakan syukur yang teramat2 sangat.
Sebab:-
1. Syukur kepada Allah kerana diberikan kekuatan dan kesihatan tubuh badan untuk aku dan suami merasai alam rumahtangga selama 6 thn ni..
Harapan aku moga2 hubungan dan ikatan ini kekal hingga ke akhir hayat kami berdua..
Doa- doakan ya kawan- kawan...
Alhamdulillah...
2. Seterusnya syukur kepadamu Ya Allah sebab dikurniakan zuriat yang secantik- cantik ciptaanMu ya Allah.. Alhamdulillah.. She`s already 3years old.. Membesar sebagai seorang kanak- kanak yang cerdik.. comel and most of all she`s very talkative(see her mum la..) Even a bit pelat....
Syukur padamu Ya Allah kerana kehidupan hari ini adalah dari ketentuanmu.. Moga bahagia itu milik kami selamanya... Amin

And as the result.. mesti ada celebrate skit2 kan... tak pegi jauh- jauh pun.. Just dok dekat2 area utara jer pun...










Tuesday, March 6, 2012

Salam semua...
Nak share sikit pembacaan petang ni utk kawan- kawan yang baca blog nih...




Dalam menangani karenah anak...aku ada cara nak share ngan kawan2..dan ianya juga sebagai ingatan kpd aku sampai bila2...almaklumlaaa..amani dan adelia dah makin membesar dan byk karenahnya. Aku kena byk bersabar...







Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.


Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.






Di sini, aku ingin berkongsi antara doa2 yang patut diamalkan dalam menangani kerenah anak sendiri.


Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”


Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.


Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”


Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.


Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.


Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. ”


Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.


Selepas solat lima waktu,amalkand oa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”


Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”






Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.

Yeya is 3...

Salam semua..
Harap2 belum terlambat untuk ucapan
"HEPI 3rd BESDAY UNTUK MY APPLE PIE"
Doa mummy moga yeya menjadi anak yang baik, mendengar kata.. anak yang solehah..
Diberi kekuatan dan kesihatan tubuh badan..
Dan semestinya mummy, daddy dan tatak amani nak yeya tau.. Kami semua sayang sangat2 kat Yeya..
And as usual, there`s no besday celebration for my apple pie but mayb mummy and daddy bring u to a place where u really enjoy, have fun there and will never forget the moment..
In the same time, mummy and daddy pun nak gak la.. join sekaki celebrate our 6th anniversary yang jatuh pada 10th Mac 2012 nih.. Jap jer kan dah 6 thn.. Rasa mcm baru jer main kawen2 ngan mr hubby..
Hadiah utk yeya... mayb lambat skit dapat sbb mummy tgh tunggu kurier from my fren....
Tunggu..
Kek??? Mummy juz order and delivery will arrive at our hotel the next day...
Yeya request nak kek mr bean.. So insya allah ur mr bean cake will deliver to us....
Ingatkan nak wat suprise2 but my laling say.. what for la suprise2 nih..  Yeya bukan tau sgt apa itu SUPRISE lagi kan???
Apa2 pun.. ucapan mummy moga yeya jadi anak yang baik.. solehah.. mendengar kata..
Sayang sangat pada adik...
Tak lupa juga pada kakak... Sayang kakak jugak.. Mummy and daddy sayang anak- anak kami sgt2...
Kami kerja keras untuk pastikan kehidupan, masa depan anak- anak mummy ngan daddy lebih terjamin...
Mummy ngan daddy nak anak- anak tau.. susah payah.. jerit perih mummy ngan daddy bukan untuk anak- anak kami sia- siakan di masa hadapan.... Kenang jasa mummy dan daddy bila kami tua nanti...
Awal2 lagi kakak dh request nak cincin princess utk besday present dia.. Nak cake princess jugak.. huhuhuuu....






p/s:- destinasi cinta bersama yang tersayang....

Sunday, March 4, 2012

Ada petua tak?

Salam...
Anak- anak tgh zzzzzz..
Aku amik eluang hupdate n3..
Aku mmg sangat2 nak tido.. mate dah mcm digam2 tp.. tido petang tak elokkan?
So aku cuba style len..
Kemas umah, basuh baju..
So masa aku mmg tak terpikir nak tido..
This time juz need any opinion or ideas how to solve my princess problems..
Takde la masalah besar mana pun but...
Kdg2 org kedah kata cemuih nak face the same prob everyday..
Masalah my lil princess ni, tiap2 ari balik dr school sure mengamuk.. nangis2..
Mayb sbb penat kot..
Suma benda tak kena ngan dia nih..
Buat salah tak pedulikan pun lagi salah..
Huhuhuhu.. Siyess mmg sgt2 stress sbb aku tak suka la bising2 budak nangis nih.. Bingit..
Kdg2 dah diturutkan kata dia pun ada lagi benda yang tak kena..
Tp biasanya lps dia tido... baru ok kelaku tu...
Huhuhuhu.
Anak oh anak.. jgn la tiap2 ari cengini... Pusing pala mummy kamu nih...
Kalau hangin aku ok.. aku turutkn kalau dak mmg nak kena la budak ni kan..
Tapi tu la.. sdg berusaha utk tidak marahkan dia but each time dia wat hal mmg aku nak ngamuk la..
Ishhhh.. geram bangat.. . Kesian mmg sgt2 kesian tgk dia nangis2.. cari pasal nak bagi kita marah dia but dlm hati ni segunung sayang kat dia.. Mulut marah tapi dalam hati ni mmg kesian, geram, sedih...
Kalau korang tgk sure korang kata aku tak sayangkan dia.. Aku buat deek jer klau dia wat hal sdgkan dalam hati ni nak sangat ulik dia.. gomol2 dia.. pujuk2 dia.. but aku tau cara tu tak berhasil..Dia akan lagi ngamuk.. Aku nak dia tau bukan dgn wat perangai dia dapat segala- galanya... Mummy love u so much amani... Really love u my dear.. Sape tak sayangkan anak kan. Dri lam perut kita bawa dia ke hulu ke hilir... So takkan nak benci bila dia lahir.. Marah itu tandanya sayangkan????

Tertido keletihan..

Kesiankan??? Atas kerusi pun jadi tempat dia tertido..



p/s:- korang ada apa2 petua sementara nak smapai umah dan bagi dia tido tu... Huhuhuu.. Takkkan tiap2 ari asyik nak marah jer kan...