Salam peeps...
Sekadar untuk renungan kita bersama...
Bila dibaca, direnung... ada kebenaran dari semua perkara dibawah..
1.Jangan tengok orang yang lebih beruntung dari kita...tapi tengok org yang lebih teruk dari kita...kita akan lebih bersyukur dengan apa yg kita ada..
2.Jika ingin mencari pasangan jangan lihat pada rupanya tapi lihatlah pada agamanya dan selebihnya barulah apa yang kita mahukan.
3. Jangan kerana hanya ingin mengejar cita-cita sehingga kita lupa orang yang selalu sokong iaitu adalah kawan-kawan dan orang yang selalu di sekeliling kita.
4. Jangan kerana cinta buatkan kita lupakan segalanya dan buat kita lalai sepatutnya cinta buatkan kita lebih kuat dan bersemangat untuk melakukan segalanya.
5. Dimana kita berada,setingga mana darjat kita tapi jangan lupa kepada ibu bapa yang selami ini melengkapi segala keperluan. Bukan harta yang di minta tapi kasih sayang dari seorang anak.
6. Jangan streeskan diri kerana keadaan sepatutnya kawalah stress , kerana manusia yang hebat adalah dapat mengawal emosinya sendiri
7. Jangan selalu berikan alasan kerana orang yang banyak berikan alasan adalah orang yang akan menemui kegagalan dan seharusnya mencari penyelesaian sebelum alasan itu di kemukakan.
8. Setiap perubahan yang dilakukan biarlah kerana-Nya.Nak jadi soleh bukan semata-mata nak dapatkan yang solehah.Target utama tetap nak dapatkan cinta Allah swt.
9.Jangan pendamkan apa yang kita rasa, luahkanlah tapi biar bertempat dan pada orang yang sepatutnya.Dan yang penting jangan buka aib diri sendiri dan orang lain. 10.Muliakanlah di agar dia juga memuliakanmu dan banyaklah bersikap setuju agar dia lebih lama menjadi pendampingmu."
"Kamu tidak akan mencapai apa yang kamu inginkan, kecuali bila mengutamakn keridhaannya atas keridhaanmu, dan mendahulukan hawa nafsunya terhadap hawa nafsumu dalam hal-hal yang kamu senagi dan kamu benci."