Pages

Showing posts with label Sharing. Show all posts
Showing posts with label Sharing. Show all posts

Monday, April 16, 2012

Nasihat seseorang....

Salam peeps...
Sekadar untuk renungan kita bersama...
Bila dibaca, direnung... ada kebenaran dari semua perkara dibawah..

 
1.Jangan tengok orang yang lebih beruntung dari kita...tapi tengok org yang lebih teruk dari kita...kita akan lebih bersyukur dengan apa yg kita ada..

2.Jika ingin mencari pasangan jangan lihat pada rupanya tapi lihatlah pada agamanya dan selebihnya barulah apa yang kita mahukan.

3. Jangan kerana hanya ingin mengejar cita-cita sehingga kita lupa orang yang selalu sokong iaitu adalah kawan-kawan dan orang yang selalu di sekeliling kita.

4. Jangan kerana cinta buatkan kita lupakan segalanya dan buat kita lalai sepatutnya cinta buatkan kita lebih kuat dan bersemangat untuk melakukan segalanya.

5. Dimana kita berada,setingga mana darjat kita tapi jangan lupa kepada ibu bapa yang selami ini melengkapi segala keperluan. Bukan harta yang di minta tapi kasih sayang dari seorang anak.

6. Jangan streeskan diri kerana keadaan sepatutnya kawalah stress , kerana manusia yang hebat adalah dapat mengawal emosinya sendiri

7. Jangan selalu berikan alasan kerana orang yang banyak berikan alasan adalah orang yang akan menemui kegagalan dan seharusnya mencari penyelesaian sebelum alasan itu di kemukakan.

8. Setiap perubahan yang dilakukan biarlah kerana-Nya.Nak jadi soleh bukan semata-mata nak dapatkan yang solehah.Target utama tetap nak dapatkan cinta Allah swt.

9.Jangan pendamkan apa yang kita rasa, luahkanlah tapi biar bertempat dan pada orang yang sepatutnya.Dan yang penting jangan buka aib diri sendiri dan orang lain. 10.Muliakanlah di agar dia juga memuliakanmu dan banyaklah bersikap setuju agar dia lebih lama menjadi pendampingmu."
"Kamu tidak akan mencapai apa yang kamu inginkan, kecuali bila mengutamakn keridhaannya atas keridhaanmu, dan mendahulukan hawa nafsunya terhadap hawa nafsumu dalam hal-hal yang kamu senagi dan kamu benci."







Tuesday, March 6, 2012

Salam semua...
Nak share sikit pembacaan petang ni utk kawan- kawan yang baca blog nih...




Dalam menangani karenah anak...aku ada cara nak share ngan kawan2..dan ianya juga sebagai ingatan kpd aku sampai bila2...almaklumlaaa..amani dan adelia dah makin membesar dan byk karenahnya. Aku kena byk bersabar...







Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.


Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.






Di sini, aku ingin berkongsi antara doa2 yang patut diamalkan dalam menangani kerenah anak sendiri.


Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”


Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.


Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”


Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.


Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.


Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. ”


Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.


Selepas solat lima waktu,amalkand oa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”


Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”






Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.

Thursday, August 4, 2011

Begini, sayang!!

Salam semua,
Selamat berpuasa pada semua umat Islam..
Dah settle semua persiapan raya?
pada yang siap, tahniah diucapkan dan pada yang belum selamat berusaha.. (temasuk diriku sendiri)
Actually, hampir settle semua persiapan raya, juz a few things lagi esp baju, seluar, kasut hubby..
Ok la, actually bukan nak share ttg persiapan raya but aku nak shar bout buku yang aku baca nih..
Al-maklum la bila bulan posa ni, kurangkan bacaan2 hiburan dan melalaikan...
Jadi aku tukar kepada pembacaan yang lebih berilmiah...
Buku ni aku pinjam ngan member (Ustazah farah najwa)
Hasilan Mohd Hashim Mohd Shariff & Hasifah Zainuddin ttg 40 jawapan menyemai takwa melalui pertanyan si kecil..

Antara mutiara kata yang amat aku minati dlm buku ni:-
Apabila anak- anak meragam, sebenarnya mereka inginkan perhatian daripada ibu bapa. Itulah pengorbanan yang kia harus lakukan sebagai ibu bapa.
Dalam peringkat usia 1-6 thn, jgn mengharapkan anak2 akan memahami kesibukan dan kecelaruan yang kita alami di pejabatt. Ketika kita pulang, mereka mengharapakan perhatian dan jika kita tidak memberikannya, anak2 akan meragam bagi mengihnya. Sebagai ibu bpa kita harus sedaya upaya menggunakan segala kebijaksanaan bagi memberikan mereka sepenuh perhatian yang sewajarnya.
Elakkan daripada memarahi anak2 dengan bahasa yang kasar, apatah lagi memukul mereka. Perbuatan seperti ini akan hanya memberikan mesej yang salah dan akan meyebabkan mereka bertambah jauh daripada ibu bapa. Jika perlu menghukum mereka sekalipun, gunakan kaedah menahan keseronokkan seperti tidak mengizinkan menonton tv. Pada masa sama, ternagkan pada mereka mengapa mereka dihukum...
Ajarlah anak2 untuk meminta maaf daripada ibu bapa apabila mereka berbuat kesalahan dan tika kita berbuat salah pada mereka, jgn pula malu dan segan untuk meminta maaf drpd mereka..


Haaaaa... camna kawan2... betul kan apa yg ditulis dalam buku nih...
Actually anak2 ni jadi mangsa keadaan kita..
Bila kita balik keje penat, anak2 wat hal mula la darah pun naik.. nak2 kalau ada prob laks kat opis...
Senang jer anak2 terima habuan kalau wat silap..
Paling tidak, jerit, marah tu mmg dah tersaji utk mereka kan?
Apa2 insyaAllah aku nak try cuba buat apa yg penulis ajarkan..
Mmmg amat2 brguna sesgt buku nih..
Byk ilmu aku pelajari untuk menjadi ibu yg lebih memahami kehendak anak2...
Sharing is caring rite..
Next n3 aku share lagi ek...

~ ok la.. chow dulu nak tido jap satg nak bangun sahur laks~

Tuesday, June 21, 2011

Sentiasa beringat...

Salam to all...

N3 kali ni aku nak share la skit ek about MONEY.. MONEY.. MONEY.... Atau lebih penting lagi  VALUE OF THE MONEY...

Ishhhhh... Syiling pun kalau terdesak boleh guna gak kan??? Tukar jadi duit kertas.. Hehehehe
Aku nak share skit coz ada kes tadi jadi depan mata aku n aku rasa kita patut jadikan iktibar dari apa yang terjadi..
Yang baik jadikan panduan yang buruk jadikan peringatan.. Tui dak?

Benda ni jadi kat my collegue.. Dia sakit dan MC 2 ari since ari Ahad ritu.. So pagi tadi masa datang sekolah, kami pakat2 la tanya dah gi jumpa doc tak since kitorg tgk agak teruk jugak sakit pinggang.. But dia kata dah pegi klinik pendang ari ahad ritu..
Actually, kami bukan tak stuju dia pegi klinik pendang tu but kita pun taukan.. Klinik kerajaan ni lambat skit tindakannya.. Takut nnt makin melarat baru nak kalut pi..
Puas pujuk, puas paksa.. Dah la my fren ni ibu tunggal kematian suami... Kami semua kawan2 concern ngan dia..
Duit untuk kecemasan kena ade saving.. WAJIB!!!!
Last2 pagi tadi dia bagitau, dia tak pegi la klinik swasta sebab takde duit.. Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......... Ya Allah.......
Kami masing2 terlopong... Mmg la ari khamis ni dah gaji but.. for me takkan tak cukup duit trus..
I mean, takkan takdak saving langsung esp utk emergency.. Sedangkan pada pandangan mata kami sebagai kawan akak ni, dia mewah berbelanja.. Apa org jual dia nak beli, apa orang beli dia nak beli... Duit pun bagi aku mewah dgn duit pencen suami, duit kelapa sawit, duit getah dan duit gaji sendiri dekat RM3K jugak...
Di sini la aku nak remind utk kawan2 dan juga diri sendiri..
Kita tak salah untuk bermewah- mewah, berbelanja, bershopping but biar la berpada2..
Nak shopping boleh tapi jangan la sampaikan nak beli ubat takdak duit.. nak beli makan takdak duit..
Yang penting, saving tu mesti ada.. duit dapat tiap2 bulan mesti wel manage kalau dak hancur kita dengan kegilaan bershopping nih..
Sbb aku pun kaki shoping, boros but always remind in mind, kalau duit takdak, anak2 sakit camna? Selalu aku ingatkan diri sendiri dan alhamdulillah... peringatan tu sentiasa jadi bench mark untuk aku bershopping... Insuran tu citer lain la.. Takkan setakat sakit demam besa nak gi claim insurans kot..
Kalau korang ade panel klinik ok la but aku rasa eventhough ada panel pun, duit kena simpan gak.. Untuk masa depan...
Perjalan still panjang, kita tak tau kedepan nak jadi camna hidup kitakan?
Duit.. biar beribu, berjuta sekalipun kita ada tak pernah yang cukup. tak pernah yang puas.. ada sahaja kehendak dan keinginan yang mengaburi pndangan..
Apa2 pun aku syukur sesangat la sebab seboros mana pun kami, sekaki shopping mana pun kami but our credit card still tak berguna unless utk tujuan betul2 penting.. utk shopping tak pernah.. Min payment pun takde la beratus even puluhan ringgit coz using amount tak sampai pun RM500... Asben aku lagi la, kalau tak suruh ganti tak berganti la baju even duit kencang tapi tu la asbenku.. Sentiasa beringat.. Tak macam haku. But ok gak la ade orang macam asben ku itu... At least aku tak berbelanja sewenang- wenangnya.. Budget terkawal.... Ngegegehee...
Kalau korang tgk, aku mmg nampak boros, suka shopping tapi kalau tak penting mmg aku tak beli sbb takut nnt emergency la, susu anak la, pampers anak takut abis tak sempat nak beli..
Kena ade gak saving utk g vacation dgn family.. Jgn main taram jer semua duit tu.. Hehehehe.. Boleh la kot ek aku jadi pakar motivasi duit.. Ngeeeeeeeeeee...

Vacation needs a lot of money esp utk yg beranak kecik macam aku nih..
Setiap perjalanan, perhentian semuanya duitttttttttttttttt....


Akhir kata: Use your money wisely..  Think of our family values tooo... Takde duit pelajaran utk anak2 pun boleh terabai...

Monday, March 21, 2011

Ade beza ke orang gomen or orang swasta????

Salam u olssss...
Hari ni aku mulakan hari dengan penuh keseronokkan..
Baju pun pakai yang menarik hari ni...
Kunun- kununya la menarik..
Everything went smmothly till I heard bout something yang bit not nice to hear la..
Yang bisa bikin taik telinga meleleh keluar dan bisa membuat telinga ni menanah..
Korang..
Aku nak tanya ek, ade beza ke orang kerja kerajaan ngan swasta nih?
Mmg la ade beza but kita ttp human being yang same kan???.. Duduk dlm 1 negara yang aman kan???
Aman ke makmur ke negara tu terletak pada perpaduan kita sebagai rakyatnya betul???
Jadi mengapa isu orang kerja gomen bila jalan hidung di atas dijadikan isu???
Sedih la korang....
Memang la dari segi servis, org kerja kerajaan ni lokleh( bahasa kedah).. but itu cuma segelintir...
Aku bukan la nak backing org gomen but.... aku pernah kerja di dua- dua environment..
Actually, di mana- mana pun kita bekerja, situation, environmentnya tetap sama..
Manusia ni semuanya rambut hitam (ade gak yang perangkan) tapi hati memang lain- lain..
Terus terang cakap..
Coruption.. di semua tempat ade tak kira gomen or swasta.. Kalau tak takde la bank manager kena suspended... Pecah amanah duit customer RM1.2mil... Gomen pun ade gak but in term of nak dapatkan tender la...
Sebenarnya... di mana pun kita bekerja, yang penting.. pokok pangkalnya hati kita.. nawaitu kita bekerja....
Aku sebenarnya sedih bila orang kata... macam tu la org gomen keje.. tu orang gomen la tu.. tu dah gaji la tu.. sbb tu berlambak2 kat supermarket...
Amboi!!! Gaji kita gomen ke tak gomen ke same jer masuknya.. Lbh kurang jer waktunya.. So TESCO tu dah sah2 penuh bila tiba time payday...
Orang swasta pun ade gak yang kerja halai balai gak.. Customer servis pun ade gak yang muka macam longkang bila time moody.. period pain ker... Kita ni ade masa mood kita ok.. ok la kita so jgn la dok kata- kata kat orang... Alah.. aku tau gak ade gak org swasta yang masa kerja wat kerja luar, tipu bos kata kuar g wat marketing tapi merendek kat supermarket la.. balik tido kat umah la.... Dah tu... target utk bulan tu dah tercapai nak wat mende lagi...
Cuma yang aku nampak beza antara gomen worker ngan private worker dari segi termination of contract worker..
As a gomen worker, selagi korang tak gila, masuk lokap... buat pi la perangai camna pun, malas ke, mengulat ke, masuk kerja lambat ke.. gaji tetap jalan.. kerja tetap ada.. Save in that terms la..
But a private worker, if kamu kerja halai balai, mengulat sokmo.. tunggu la cukup bln...
1st warning letter...
2nd warning letter..
Silap2 haribulan gaji boleh kena potong...
3rd letter.. bubai la kamu dari sini.. Rite?? Am i rite??? Betul kan prosedur tu?
Tu sbbnya kenayakkan private worker bekerja dengan bersungguh2 even bukan dengan kerelaan hati..Dlm hati dok menumpah majikan berkandaq sbb gaji ciput la.. workload macam haprak la.. keje teruk gaji sikit la.. but remember.. facilities utk u ollsssss byk tau..
Kami nak beranak gomen sepital ade.. pegi situ dah ler...
Mane la ade bonus2 ribu riban nih... Ganjaran jer RM500 but still bersyukur dari tak dpt langsung..
Workload berlambak2.. mana la kami ade dinner2 grand2 kat hotel2 macam artis..
Pendek kata.. keje swasta ok lagi mewah... Pinjaman pun senang pe nak dpt.. Ade ke org keje swasta tak leh beli umah? tak leh beli kete?
Alah setakat interest.. same jer.. Kalau tak leh bayar.. tetap kena lelong gak harta tu tak kira la gomen ke private ke..
Tu sebab aku kata.. tak kisah la sape pun kita nih.. gomen or private.. Janji kita ikhlas bekerja..
Janji kita buat kerja bukan sebab ganjaran tapi sebab amanah yang diberikan kepada kita...
Renung- renungkan dan selamat beramal....


p/s:- Kalau saye tak jadi cikgu, sure saya still kerja ngan public bank lagi kan.. Sure tahap kesosialan saya masih tinggi.. Sure saye belum terima hidayah utk pakai tudung lagi kan... Apa2 pun, kerjaya kita memainkan peranan penting terhadap perubahan diri, tingkah laku, sosio ekonomi, kesosialan, dress up, komunikasi kita.. our frens arround us pun berbeza kan???

Tuesday, March 15, 2011

Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Berkuat Kuasa 1 Mac 2012

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA) berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.
"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.
Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini Isnin.
"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".
Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.
Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah,
Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.
Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.
"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.
Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.
Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.
Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http://moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my/.

P/s:- so kawan- kawan di luar sana.. apakah brand2 yang korang rasa selamat untuk baby2 kesayangan korang di luar sana? Ada byk brand outside yang mmg selamat digunakan.. pigeon mmg konpim BPA free (produk dr japan), philips avent pun mmg selamat furthermore anti cholic lagi tu... jenama mam (tak penah dengar??? new brand n mmg ok sgt2... tommee tippee from UK but susah skit la nak dapat kat sini.. (pun tak tau gak brand ni?? try tanya kawan korang dr Uk.. most of them mmg pakai brand nih).. Lastly yg aku tau la kan.. jenama dr brown but aku kureng skit la brand ni coz dia ada mcm straw dlm tu.. so a bit susah skit bila nak basuh.. Kena berus guna berus paling kecik kat dlm laluan straw tu. So momies, pls be in ur mind k.. Kita pakai bottle branded bkn utk menayang kat orang or menunjuk2 kata kaya or whatever k.. But because of our baby`s safety.. Pls bear in ur mind this thing... Kesian anak2 kita bkn sbb " oh!! anak aku pakai brand avent... brand mahal tu!!".. Nope!! That`s not the main point kita guna jenama2 di atas nih.. Sebab utama: spt berita di atas la.. Nak elakkan daripada perkara tak elok terhadap anak2 kita... Prevention is better than cure rite??? Ok la itu saja utk petang2 nih.. Jangan marah saya if mengatakan hal yang benar coz saya tak mau kita salah paham dengan sebab utama kita membeli sesuatu barang tu..Yang penting anak- anak kita semua selamat.. Amin...K.. byeeee...
So bawah ni ade la pictures of milk bottle yg mmg BPA free yang "BRANDED" la untuk kita pikir- pikirkan untuk membelinya.. Ingatnya... beli untuk keselamatan anak.. bukan menunjuk tau....
Yang ni korang pun tau kot.. jenama dr brown..
Senang nak dpt kat pasaraya kat Malaysia skg ni.. But yg lecehnya tu la.. straw dlm tu.. Kalau tak betul2 basuh leh lekat basi susu dlm tu... pastu dlm dia pun ade lagi satu injuction kecik.. Pun leceh nak basuh...
Yang ni evenflow.. Kalu nak kena la order ngan kawan2 kat UK... Hehehe.. Susah skit nak dapat brand ni unless beli online la kan..
Brand mam
Pun brand mam,.... but ade pattern cartoon skit la.. Cute
Yang ni brand momo baby.. Pun from oversea... Elok sgt2.. Ade grip lagi coz ni glass bottle
Momo baby gak..
Yang ni brand nuby....
yang ni mmg tak yah cite la korang semua kenal... Dah takde "grand" pun pakai bottle ni coz semakin ramai org mampu memilikinya utk keselamatan anak2 coz mmg terjamin BPA free
Yang ni brand podee...
Yang ni aku berkenan tapi tak tau nak order kat ne..Silikid silicone bottle sleeves.. Kalau korang tau inform aku eh kat ne leh dpt bottle nih...
Yang ni brand think baby.. Pattern so and so jer but ok la dari pattern avent kan???
Yang ni paling affordable kan.. Jenama pigeon.. Nak cari kat ne pun senang.. Semua shopping complex ada kan???

Monday, January 17, 2011

Bizi Tahap gaban kuasa 8......

Fuhhhhh!!!!! Fuhhhhhhhh!! Fuhhhhhhh!!!!
Fuyoooooooo!!!!..
Lama giler aku tak hapdate new n3...
Siyesssss kawan-kawan2.. Aku mmg bizi tahap gaban kuasa 8..
Kalau boleh nak pinjam tangan tokong hindu....
Aku pun heran la apa yang aku bizikan..
Korang.. RPT (rancangan pengajaran tahunan) aku pun blum siapkan lagi..
Mana dgn akaun murid nak kena hupdate...
Pening pala..
Cadangnya cuti besday sultan kelmarin, aku nak hupdate semua keje..
Mr suami pulak ajak aku balik kg dia..
Alahai suamiku...
Pikir.. pikir.. pikir.. dan pikir sebanyak 80x aku pun setuju la even a bit paksa rela coz banyak keje aku nak settlekan but dah suami ajak.. Takkan nak ngelakkan???
Antara yang aku nak hupdate kali ni bout:-

  • My daddy`s birthday
           Dah 61 thn umo abah aku... Dah tua kan umo abah... Dan seperti biasa, aku pening nak pikirkan adiah besday abah aku... Mcm ngan hubby la but hubby aku ok la jugak coz boleh beli apa saja but abah ni lain sikit... Abah aku tak beli brg mahal2.. (anak2 dia jer yg membeli begitu.. perabih duit abah).. At last aku call mak tanya saiz suar abah... Mr hubby yg tolong bayarkan kali ini.. Hahahaha... Kasi chance sama dia beli hadiah pak mentua dia.. Doaku moga abah dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan.... Korang.. selingan sikit la ek ttg abah aku nih...
Masa kecik2 aku takut sgt2 ngan abah.. Abah eling jer pun mau terkucil dlm seluar... Abah kulit gelap coz diakan land surveyor... Bukak company sendiri kat kedah ni.. Abah nak kami adik beradik berjaya dlm pelajaran.. Abah nak kami jadi manusia terpelajar.. Tak mau jadi mcm adik beradik yg lain tanpa pelajaran... Ingat lagi, abah tak byk ckp ngan kitorang adik beradik... Kalau nak apa2 pun, kami prefer cakap ngan mak then mak akan sampaikan pada abah... Korang mesti tak cayakan but itulah abah aku.. Dia cuma bercakap 7 patah perkataan setahun.. Bila dah ada cucu ni baru la kurang sikit..Dah boleh nak berborak tapi dengan cucu dia jer la.. Aku still tak cakap sgt ngan abah aku... Takde krisis but tah la tak reti nak borak apa coz dari kecik mmg jarang borak ngan abah... Apa2 semua mak... Ingat lagi masa aku form 4 abah belikan motor RG sport but abah tak bagi bawak gi sekolah... Bila aku thn 2 kat UUM abh bagi aku bawak kete proton dia, adik aku yg lelaki bawak moto RG aku.. Bih tu abah belikan pulak kete wira kat aku.. tukar ngan adik aku kat UITM arau... Kami mmg senang if projek abah approved... Abah tak byk cakap tapi dia tahu setiap tindak tanduk kami adik beradik.. Abah penuh ngan displin.. Pukul 6 baru boleh kuar umah n SHARP pukul 7 mesti masuk umah mandi, sembahyang.. Kalau tak abah rembat kaki ngan rotan.. Huhuhu. Perit oooo kena rotan... Sbb tu kalau korang tengok kami adik beradik mmg tak kasi chance punya kalau budak2 mengada2 or terhegeh2 nih.. Semua mesti penuh ngan disiplin.. Makan tak boleh bunyi cupcap cupcap kat mulut k masa makan.... Aku selalu takut bila abah mkn ngan hubby sama2 coz hubby aku makan ada sikt bunyi... Sbb tu jugak anak2 aku mmg aku tak kasi chance punya.. Aku mmg strick mcm abah... Aku mmg marah kat anak2 even kecik lagi kalau benda tu salah..

Abah aku suka mancing ikan.. Dulu suka sgt mancing kat laut but since dah berumo ni dia kureng skit laut.. prefer kat darat laks tangkap ikan darat lak.. Abah ni nampak jer wat deek jer kat semua hal umah but sebenarnya semua benda dia tau.. Abah aku kulit gelap sgt2.. Sbb suka mancing, berjemur tgh panas.. Abah takde maknanya la nak lepak2, berlengkar atas katil bila ada masa lapang... Kalau ada masa lapang, dia tebas rumput la.. potong pokok la... cuci lantai la.. Sbb tu aku nak mr hubby pun buat mcm tu jugak..Tgk la dlm usia 61 thn, abah takde apa2 penyakit.. Sbb dia mmg takde masa la nak dok rehat2 ni tanpa pekdah... Abih2 dia boring, dia g mancing... Abah aku kulit mmg gelap.. Ada gak aku dengar suara2 sumbang kata abah aku itam la.. Berbeza ngan kami anak beranak.. Ngan cucu- cucu dia tapi.. korang peduli apa.. Tu bapak aku la... Kalau korang tak suka orang kutuk family korang.. Jgn kutuk abah aku.. Hodoh ke dia, itam ker dia tetap bapak aku.. Abah yg cari duit utk bagi aku pelajaran, makan, minum tempat itnggal sampai aku jadi mcm ni... So sape2 yg aku dengar kutuk abah aku mind ur words.. Lagi sekali aku dengar korang kutuk bapak aku itam... Aku cili multu korang.. (haaaaaaaaaa... kan dah emo kejap)..Bukan apa kwan2, ada gak manusia ni yg dok perasan bagus jer.. Dok kata kat orang tanpa sedar diri snediri.. Aku paling terasa kalau ada yang kata abah aku itam.... Sian abah aku.. Tak pasal2 warna kulit pun jadi masalah kat manusia2 yang snetiasa cari masalah ngan orang ni...

  • Seterusnya...... hupdate aku ttg amani la siapa lagi...
Aku kadang2 kesian tgkkan keadaan amani.. Balik sekolah dia kena pegi school mummy or kedai daddy or balik umah mak tok.. Either 1 la... Kalau aku ada meeting, mmg amani tak leh dtg kat sek aku.. Bila dah balik, dia trus tido.. Mmg kesian tgk dia tido thari.. Kdg2 mulut pun nganga... Dah tukalau ari isnin & selasa aku ada koko.. so terpaksa la aku bawak dia sekali.. Baru selesa nak tido dah kena bgn coz kul 4.30 dah nak siap2 gi sek aku balik.. Aku tau dia letih.. Ada sehari tu dia bagitau tak mau pegi sek coz penat.. Siannya anak mummy but kat mulut jer dia kata camtu.. Dah sampai sek dia lompat tak hingat dunia.. Kdg2 OTW bali alor, sempat lagi dia tido.. Alhamdulillah byk benda dah dia pelajari sekarang ni.. Kalau tanya mmg dia takkan cakap punya but bila dia dok sorang2... Sambil main.. tgh ralit main tiba2 jer " Subahanallah.. Walhamdulillah.. Walailahaillallah wallahuakbar"... Kadang2 tetiba jer terjerit " RAJAAAAA KITAAAAAA.. SELAMAT BERTATAAAAAAAAAAA" (kalau dengar dia nyanyi sure sultan pun boleh mangkat sbb terkejut.. punya la nyaring).. Kalau tanya nape nyanyi jerit2 kak.. Dia balas.. Cikgu suruh nyanyi "DERAS- DERAS" (deras tu bahasa org kedah utk kuat kot).. Bih tu kadang2 siap jadi cikgu pulak kat umah " Adik, semut a aaaaaa... aaaaa dulu... aaaaa dulu.. pastu sebut piiiiiiiii.. sebut piiiiii..." Macam2 ragam dia sekarang ni... Kalau tanya belajar apa.. ABC.. ABC..... Tapi bila call cikgu dia tanya.. Cikgu cakap dia mmg pandi.. she`s so clever.. Baru 3 thn dah pandai ABC till Z better then 5 & 6 yrs old pupils... Pastu cikgu cakap tak mau la stresskan sgt kat amani belajar coz dia kecik lagi but she`s willing to learn macam the rest pupils... So aku cakap la.. if she intend to learn, so go on la.. Ajar dia macam budak biasa... Tapi jgn la sampai teruk2 sgt.. Cian gak kat dia kan?????

  • Adiah besday hubby..
Dengan sukacithanya.. Aku dah beli kat hubby.. hahahaha..Korang rasa mende???? Aku belikan dia sunglass.. Ray Ban... Aku pun tak tau la dia berkenan ke dak but harga dia agak teruk jugak la... Kat kedah ni takde best2 sgt la jenamanya... Jenama cikai2 tu byk la... Ok la jenama rayban coz jenama okley mcm aku nak ada kat 1 kedai jer but itu pun RM 1k ++++.. Nak mampos.. Koyak poket aku if sunglass pun dah RM 1k ++++.. Yg ni pun half dari price la.. Ok la tu kan...  Tunggu masa jer nak adiahkan kat dia.. Next week nak g celebrate besday dia kat penang.. Aku ckp takde beli apa2 pun.. juz nak celebrate ngan dia kat Penang but SUPRISE......... Korang diam2 tau jgn inform dia tau... hehehhee

  • Nak remove implan..
Jgn salah paham.. Aku nak remove implan ni bkn sbb nak ada bby lagi tau.. Sbb ada berita tak best dr my cousin bout implan nih... Huhuhu. Dia kata time nak remove mmg seksa.. Kena pakai 4 nurse utk remove coz benda alah tu dah melekat kat isi.. OMG.. Takut beb... Boleh byg la benda tu dok melekat kat isi... Huhuhu.. Takut.. Mayb next week nak g bukak then aku nak continue ngan makan Jasmine... Nak tunggu sampai adelia 3 yrs +++ baru pikir pasal bby baru cz now nak focus pada byk benda... Komitmen byk.. Insya Allah bila umah dah siap, kami dah boleh duduk.. Baru nak proses bby lain la.. Hehehehe.. Boleh gitu???? Nak ada bby pun bukan senang rite??? Byk tanggungjawab, komitmen, masa kena spent kat depa...

Tuesday, December 7, 2010

Stress among the kids...

Saya sebenarnya tak layak nak cite ttg tajuk above ni.. But as a mother, I would like to give the best to my dotters.. Even saper pun saya, garang terhadap anak ke, suka marah anak ke, I read this arthicle from Dr Hamid Arshad juz for my own reference and guidance.... Juz paste the entry to share ngan kekawan.. rupa- rupanya kanak- kanak pun ade stress ekk.... Moga leas ni arthicle ni jadi iktibar untuk saya menjadi ibu yang lebih prihatin terhadap keprluan emosi, rohani, jasmani anak- anak saya...


Tekanan Emosi pada Kanak kanak
Tekanan emosi merupakan sesuatu yang memang tidak asing lagi bagi orang yang kerap menghadapi masalah. Pekerja pejabat yang perlu menyiapkan tugas -tugasnya dalam tempoh masa yang ditetapkan mungkin akan menghadapi tekanan emosi jika dia gagal berbuat demikian. Pertelingkahan suami isteri boleh mendatangkan tekanan emosi kepada kedua -dua pihak dan akan mengganggu tugas -tugas harian mereka. Kanak -kanak yang tidak menunjukkan kemajuan di sekolah akan merunsingkan fikiran ibu bapanya dan sering menyebabkan berlakunya stress dikalangan ibu bapa tersebut. Berbagai -bagai lagi keadaan boleh menimbulkan tekanan emosi kepada seseorang individu.


Kita pun tak mau anak kita mcm ni kan???

Tarik muncung panjang mcm Adelia


Adakah kanak -kanak juga mengalami tekanan emosi ?
Tekanan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Seorang lelaki yang dibuang kerja tiba - tiba mendapati dia tidak lagi mempunyai sumber kewangan yang tetap. Dia tidak dapat menjelaskan hutang piutangnya dan mengatur belanjawan bulananya seperti biasa. Ini menimbulkan rasa resah dan boleh menyebabkan seleranya hilang. Tidurnya tidak lagi nyenyak , tubuhnya sering menggeletar dan jantungnya berdegup kencang. Dia mungkin sering diserang sakit kepala dan sakit perut. Semua tanda -tanda ini adalah ekoran daripada tekanan emosi yang dialaminya.

Dalam satu kes , seorang pelajar yang menduduki peperiksaan sijil rendah pelajaran mengeluh sering sakit kepala , sakit perut dan tidak dapat tidur nyenyak. Ini semua berpunca daripada perasaan resah dan kurang yakin yang dia akan dapat melepasi halangan akademik itu dengan jayanya.

Dalam satu kes lain pila , seorang kanak -kanak berusia enam tahun dibawa ke klinik kerana sering kencing malam sejak sebulan yang lalau . Apabila diperiksa , kesihatannya didapati memuaskan tetapi apabila diselidik keadaan psikososial keluarganya , saya diberitahu bahawa si ayah telah pergi berkursus ke luar negeri selama enam bulan. Kanak -kanak ini amat rapat dengan ayahnya. Ketiadaan ayahnya menyebabkan dia tidak mendapat perhatian yang diharapkan. Tekanan emosi akhirnya menyebabkan dia sering kencing malam dan mencuri barang -barang kawan -kawannya ditadika.

Satu lagi contoh tekanan emosi ialah kanak -kanak yang sering kencing malam dan tidak selera makan akibat suasana di rumah yang kurang stabil. ibu bapanya sering bertelagah dan sedang berura -ura untuk berpisah.

Kanak -kanak yang berusia tiga tahun yang tidak pernah berenggang dengan ibunya juga akan dilanda tekanan emosi jika ditinggalkan dibawah jagaan pengasuh tadika. Dia akan menangis dan menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara. Jika kanak -kanak ini dimasukkan ke hospital , ibu atau bapanya dinasihatkan agar sentiasa berada di sisinya kerana keadaan persekitaran yang asing dan berbeza akan memberi kesan kepada status emosi anak itu. Kehadiran ibu bapa sedikit sebanyak akan mengurangkan tekanan emosi dan perasaan takut kanak -kanak tersebut.

Saya percaya bayi juga boleh mengalami tekanan emosi. Rasa kurang selesanya terhadap sesuatu keadaan dipamerkan melalui tangisan yang lebih kerap , keengganan untuk menyusu dan tidak subur.

Dalam suatu kes , seseorang bayi berusia enam bulan yang tidak subur telah diperiksa di klinik dan didapatti bahawa dia kurang menyusu. Bayi tersebut tidak mendapat layanan mesra daripada ibunya yang mengalami depression. Dia dijaga sama ada oleh ibu saudaranya , pembantu rumah atau kadangkala jirannya. Nyatalah bahawa anak ini sering meragam kerana tidk dapat menikmati belaian ibu kandungnya. Si ibu kemudian diberikan rawatan kaunseling . Dia telah dapat mengubah caragaya keibuannya dan ekoran daripada itu , hubungan ibu dan anak menjadi lebih mesra. Sianak lebih nyenyak tidurnya dan menyusu dengan lebih baik. Timbang beratnya ternayata meningkat dengan lebih memuaskan selepas beberapa bulan kemudian.

Dari contoh -contoh yang diberikan ini , kita dapat melihat bahawa tekanan emosi boleh berlaku kepada kanak -kanak dipelbagai peringkat usia . Tanda -tanda yang ditunjukkan oleh kanak -kanak berbeza -beza mengikut usia masing -masing. Seorang kanak -kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kurang selera makan , loya tekak dan muntah -muntah , sakit perut , sakit kepala , pucat dan tidak aktif. Ada juga yang menjaditidak bermaya , lelah , sukar tidur malam , kencing malam , menggigit -gigit kuku , menarik -narik rambut dan sebaginya.

Kanak -kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kelihatan lebih kurus akibat hilang selera makan. Doktor yang merawat kanak -kanak yang mempamerkan tanda -tanda seperti yang disebutkan di atas perlu melakukan pemeriksaan yang teliti supaya sebarang penyakit , jika wujud dapat dirawat segera. jika doktor yakin tidak ada unsur penyakit berbahaya yang terlibat , keadaan psikososial si anak pula perlu dinilai dengan terperinci. Kemungkinan besar , dia menghadapi tekanan emosi. Tegasnya , pertimbangan harus diberikan terlebih dahulu kepada kemungkinan tanda -tanda tersebut disebabkan oleh sejenis penyakit fizikal sebelum ia dihubungkaitkan aspek tekanan emosi.

Faktor -faktor psikososial merangkumi aspek kekeluargaan , suasanan di rumah dan di sekolah , aspek pergaulan dan sebagainya. Doktor juga perlu mempertimbangkan ciri -ciri kelemahan si anak dan mencari punca - punca kelemahan itu. Ambil contoh kanak -kanak yang telah mencapai usia enam tahun tetapi masih tidak boleh bercakap dengan fasih dan mempamerkan prestasi intelek yang kurang memuasakan.

Ini mungkin kerana dia berasa kurang selesa di tadika atau disekolah nya. Guru yang tidak memahami masalah anak ini mungkin akan mengabaikannya begitu sahaja tanpa memberikan perhatian , sokongan dan bimbingan. Dalam usaha untuk mendapatkan perhatian , kanak -kanak ini mungkin menjadi hiperaktif , sering mengacau kanak -kanak lain dan merayau -rayau sesuka hatinya. Tingkah lakunya mungkin akan menjejaskan program -program yang telah diaturkan ditadika atau di kelasnya. Kanak -kanak yang sebegini perlu mendapatkan penilaian yang terperinci bagi mengenal pasti ciri -ciri kelemahan dan kekuatan yang dimlikinya.

Program pembelajaran yang lebih sesuai boleh diaturkan untuknya. Umpamanya , program yang menekan aspek -aspek membina keyakinan diri dan pergaulan sosial supaya dia dapat berhubung dengan kanak -kanak lain secara lebih cepat.

Adakalanya , kanak -kanak menghadapi masalah pembelajaran yang khusus ( learning disability ) yang menyebabkan dia tidak dapat maju dalam pelajaran seperti kanak -kanak lain. Keadaan ini perlu di kenal pasti supaya langkah -langkah intervensi dapat diatur khusus untuknya bagi membolehkan dia menggunakan ciri -ciri kekuatan yang lain untuk mengatasi kebuntuan yang dihadapinya itu.

Adakalanya , kanak -kanak diasuh dan dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Mereka tidak dibekalkan dengan bahan -bahan bacaan dan peralatan menulis yang cukup. Ada sesetengahnya pula tidak dibiasakan untuk berkomunikasi dan berhubung dengan orang lain secara terbuka. Akibatnya , mereka berasa kurang yakin dengan diri sendiri. Akibat kurangnya pergaulan , kemahiran sosial mereka terbantut. Apabila mereka dimasukkan ke tadika atau sekolah , mereka mengalami ketegangan jiwa. Mereka berasa kurang yakin pada diri sendiri serta tidak banyak bercakap. Malahan , perasaan takut mungkin bersarang dalam jiwa mereka, terutama apabila berhadapan dengan guru. Oleh itu , para pengasuh tadika atau guru patut memain peranan yang lebih positif untuk membantu kanak -kanak ini agar mereka berasa lebih selesa dalam suasana baru dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka.

Ibu bapa yang rapat serta peka terhadap keperluan anak -anak pasti dapat merasai perubahan pada anak yang mengalami tekanan emosi , terutamanya dari segi tingkah laku dan cara percakapan. Kanak -kanak yang mengalami tekanan emosi lebih suka berseorangan , termenung , merayau -rayau dan berkelakuan tidak menentu. Mereka sering kelihatan tidak bermaya , kurang menunjukkan minat dan tidak mempamerkan wajah gembira dan mesra seperti biasa. Mereka mungkin menjadi lebih pemarah ,lebih resah , kurang sabar , tidak suka ditegur dan menunjukkan berbagai -bagai corak tingkah lakuyang tidak menyenangkan.

Kanak -kanak yang akan menduduki peperiksaan , sedang menunggu keputusan peperiksaan atau yang mengalami krisis pergaulan dengan rakan sebaya berkemungkinan akan mengalami tekanan emosi. Anak -anak yang sedang melalui zaman remaja sering mengalami konflik perasaan dan mudah berasa tersinggung. Ibu bapa sewajarnyalah memberikan sokongan moral yang kuat dan galakan sepenuhnya kepada anak -anak mereka yang menghadapi krisis dan cabaran -cabaran hidup. Semakin mereka membesar , semakin berat tanggungjawab yang mereka pikul. Ketenangan dan keyakinan diri perlu dipupuk dalam diri si anak. Latihan -latihan yang bertujuan mengatasi tekanan emosi perlu didedahkan kepada mereka untuk dimanfaatkan.


Bagaimanakah cara untuk mengurangkan tekanan emosi ?

Cara seseorang itu menghadapi cabaran -cabaran hidup berbeza dengan seorang yang lain dan ini bergantung pada personaliti atau perwatakannya yang telah dibentuk sejak dari peringkat bayi lagi dan mungkin juga sejak dari dalam rahim lagi. Selain pengaruh baka , pengalaman dari semasa ke semasa sentiasa mengubah , mengukuh atau menghilangkan sesuatu ciri perwatakan yang terdapat pada dirinya.

Dikalangan orang dewasa ,ada yang sering kelihatan tenang sahaja walaupun berhadapan dengan sesuatu krisis manakala ada pula yang mudah resah sehingga tidak dapat memikirkan cara -cara untuk mengatasi sesuatu masalah itu dengan baik.Keupayaan berfikir dengan tenang dan kecekapan menganalisa sesuatu keadaan untuk mendapat kaedah penyelesaian yang wajar merupakan cara yang berkesan untuk mengatasi atau mengurangkan tekanan emosi. Seseorang yang sering resah dan mudah berasa gentar apabila menghadapi sesuatu cabaran perlu mengubah sikapnya jika dia ingin berjaya didalam bidangnya.

Setiap individu memang mempunyai kebolehan untuk mengatasi kelemahan -kelemahannya. Begitu juga dengan kanak -kanak yang sedang membesar yang mudah dibentuk pemikirannya melalui pendidikan dan contoh -contoh positif.

Tabiat -tabait yang kurang sihat dan negatif boleh menjejaskan prestasi seseorang kanak -kanak. Contohnya , seorang kanak -kanak berusia 10 tahun sering mengeluh tidak boleh tidur malam dan berasa resah untuk menghadapi peperiksaan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa pengalaman -pengalaman yang dilaluinya sejak kecil tidak banyak mengajarnya membina keyakinan diri. Gurunya menyatakan bahawa dia seorang budak yang lembab sejak dia di dalam darjah satu lagi.

Apabila anak ini dinilai , prestasi inteleknya didapati setaraf dengan kanak -kanak lain yang sebaya dengannya. Jika dia diberi perhatian yang lebih sejak dari darjah satu lagi , prestasi akademiknya mungkin akan lebih baik. Tetapi , kerana program intervensi bagi membantunya dalam pelajaran tidak dapat diaturkan dengan berkesan , prestasinya tahun demi tahun semakin merosot. Ini semakin menjejaskan keyakinan dirinya. Dia akan mudah berasa tertekan apabila berhadapan dengan sesuatu cabaran.

Kecaman dan denda kerana prestasi akademik yang tidak memuaskan tidak akan mendatangkan apa -apa manfaat malahan akan lebih menyinggung perasaanya. Dia memerlukan galakan , sokongan dan tunjuk ajar daripada guru -guru yang arif supaya dia dapat maju dalam pelajarannya. Kanak -kanak seperti ini sering mendapat tekanan emosi. Untuk meredakan keadaan emosi yang berkecamuk , dia mungkin menunjukkan tingkah laku seperti melawak , menjadi agresif , sentiasa resah atau tidak mengambil berat langsung dalam hal -hal sekolah.


Kesimpulan
Tekanan emosi boleh dialami oleh kanak -kanak tanpa mengira usia. Manifestasi yang ditunjukkan berbeza -beza mengikut tahap perkembangannya . Ibu bapa perlu memahami dan mengenali ciri -ciri tekanan emosi di kalangan anak -anak tersebut.

Kadangkala, keluhan dikalangan kanak -kanak itu perlulah diperiksa dengan teliti supaya segala punca boleh dikaitkan dengan penyakit organik dapat dikenal pasti sebelum perhatian ditumpukan kepada masalah psikososial kanak -kanak itu.

p/s: saya tak mau terus menerus bersalah dalam mendidik anak- anak saya... Berharap dapat memberikan yang terbaik untuk mereka dan percayalah, takde mak bapak yang mahukan anak mereka gagal... Moga saya berjaya menjadi seorang ibu yang disayangi, dihormati dan hubungan saya dengan anak- anak baik... Saya berharap hubungan dengan mereka seprti kawan yang mana they are free to share anything with me but in the same time there is a respect as a mother to them...