Pages

Tuesday, December 7, 2010

Stress among the kids...

Saya sebenarnya tak layak nak cite ttg tajuk above ni.. But as a mother, I would like to give the best to my dotters.. Even saper pun saya, garang terhadap anak ke, suka marah anak ke, I read this arthicle from Dr Hamid Arshad juz for my own reference and guidance.... Juz paste the entry to share ngan kekawan.. rupa- rupanya kanak- kanak pun ade stress ekk.... Moga leas ni arthicle ni jadi iktibar untuk saya menjadi ibu yang lebih prihatin terhadap keprluan emosi, rohani, jasmani anak- anak saya...


Tekanan Emosi pada Kanak kanak
Tekanan emosi merupakan sesuatu yang memang tidak asing lagi bagi orang yang kerap menghadapi masalah. Pekerja pejabat yang perlu menyiapkan tugas -tugasnya dalam tempoh masa yang ditetapkan mungkin akan menghadapi tekanan emosi jika dia gagal berbuat demikian. Pertelingkahan suami isteri boleh mendatangkan tekanan emosi kepada kedua -dua pihak dan akan mengganggu tugas -tugas harian mereka. Kanak -kanak yang tidak menunjukkan kemajuan di sekolah akan merunsingkan fikiran ibu bapanya dan sering menyebabkan berlakunya stress dikalangan ibu bapa tersebut. Berbagai -bagai lagi keadaan boleh menimbulkan tekanan emosi kepada seseorang individu.


Kita pun tak mau anak kita mcm ni kan???

Tarik muncung panjang mcm Adelia


Adakah kanak -kanak juga mengalami tekanan emosi ?
Tekanan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Seorang lelaki yang dibuang kerja tiba - tiba mendapati dia tidak lagi mempunyai sumber kewangan yang tetap. Dia tidak dapat menjelaskan hutang piutangnya dan mengatur belanjawan bulananya seperti biasa. Ini menimbulkan rasa resah dan boleh menyebabkan seleranya hilang. Tidurnya tidak lagi nyenyak , tubuhnya sering menggeletar dan jantungnya berdegup kencang. Dia mungkin sering diserang sakit kepala dan sakit perut. Semua tanda -tanda ini adalah ekoran daripada tekanan emosi yang dialaminya.

Dalam satu kes , seorang pelajar yang menduduki peperiksaan sijil rendah pelajaran mengeluh sering sakit kepala , sakit perut dan tidak dapat tidur nyenyak. Ini semua berpunca daripada perasaan resah dan kurang yakin yang dia akan dapat melepasi halangan akademik itu dengan jayanya.

Dalam satu kes lain pila , seorang kanak -kanak berusia enam tahun dibawa ke klinik kerana sering kencing malam sejak sebulan yang lalau . Apabila diperiksa , kesihatannya didapati memuaskan tetapi apabila diselidik keadaan psikososial keluarganya , saya diberitahu bahawa si ayah telah pergi berkursus ke luar negeri selama enam bulan. Kanak -kanak ini amat rapat dengan ayahnya. Ketiadaan ayahnya menyebabkan dia tidak mendapat perhatian yang diharapkan. Tekanan emosi akhirnya menyebabkan dia sering kencing malam dan mencuri barang -barang kawan -kawannya ditadika.

Satu lagi contoh tekanan emosi ialah kanak -kanak yang sering kencing malam dan tidak selera makan akibat suasana di rumah yang kurang stabil. ibu bapanya sering bertelagah dan sedang berura -ura untuk berpisah.

Kanak -kanak yang berusia tiga tahun yang tidak pernah berenggang dengan ibunya juga akan dilanda tekanan emosi jika ditinggalkan dibawah jagaan pengasuh tadika. Dia akan menangis dan menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara. Jika kanak -kanak ini dimasukkan ke hospital , ibu atau bapanya dinasihatkan agar sentiasa berada di sisinya kerana keadaan persekitaran yang asing dan berbeza akan memberi kesan kepada status emosi anak itu. Kehadiran ibu bapa sedikit sebanyak akan mengurangkan tekanan emosi dan perasaan takut kanak -kanak tersebut.

Saya percaya bayi juga boleh mengalami tekanan emosi. Rasa kurang selesanya terhadap sesuatu keadaan dipamerkan melalui tangisan yang lebih kerap , keengganan untuk menyusu dan tidak subur.

Dalam suatu kes , seseorang bayi berusia enam bulan yang tidak subur telah diperiksa di klinik dan didapatti bahawa dia kurang menyusu. Bayi tersebut tidak mendapat layanan mesra daripada ibunya yang mengalami depression. Dia dijaga sama ada oleh ibu saudaranya , pembantu rumah atau kadangkala jirannya. Nyatalah bahawa anak ini sering meragam kerana tidk dapat menikmati belaian ibu kandungnya. Si ibu kemudian diberikan rawatan kaunseling . Dia telah dapat mengubah caragaya keibuannya dan ekoran daripada itu , hubungan ibu dan anak menjadi lebih mesra. Sianak lebih nyenyak tidurnya dan menyusu dengan lebih baik. Timbang beratnya ternayata meningkat dengan lebih memuaskan selepas beberapa bulan kemudian.

Dari contoh -contoh yang diberikan ini , kita dapat melihat bahawa tekanan emosi boleh berlaku kepada kanak -kanak dipelbagai peringkat usia . Tanda -tanda yang ditunjukkan oleh kanak -kanak berbeza -beza mengikut usia masing -masing. Seorang kanak -kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kurang selera makan , loya tekak dan muntah -muntah , sakit perut , sakit kepala , pucat dan tidak aktif. Ada juga yang menjaditidak bermaya , lelah , sukar tidur malam , kencing malam , menggigit -gigit kuku , menarik -narik rambut dan sebaginya.

Kanak -kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kelihatan lebih kurus akibat hilang selera makan. Doktor yang merawat kanak -kanak yang mempamerkan tanda -tanda seperti yang disebutkan di atas perlu melakukan pemeriksaan yang teliti supaya sebarang penyakit , jika wujud dapat dirawat segera. jika doktor yakin tidak ada unsur penyakit berbahaya yang terlibat , keadaan psikososial si anak pula perlu dinilai dengan terperinci. Kemungkinan besar , dia menghadapi tekanan emosi. Tegasnya , pertimbangan harus diberikan terlebih dahulu kepada kemungkinan tanda -tanda tersebut disebabkan oleh sejenis penyakit fizikal sebelum ia dihubungkaitkan aspek tekanan emosi.

Faktor -faktor psikososial merangkumi aspek kekeluargaan , suasanan di rumah dan di sekolah , aspek pergaulan dan sebagainya. Doktor juga perlu mempertimbangkan ciri -ciri kelemahan si anak dan mencari punca - punca kelemahan itu. Ambil contoh kanak -kanak yang telah mencapai usia enam tahun tetapi masih tidak boleh bercakap dengan fasih dan mempamerkan prestasi intelek yang kurang memuasakan.

Ini mungkin kerana dia berasa kurang selesa di tadika atau disekolah nya. Guru yang tidak memahami masalah anak ini mungkin akan mengabaikannya begitu sahaja tanpa memberikan perhatian , sokongan dan bimbingan. Dalam usaha untuk mendapatkan perhatian , kanak -kanak ini mungkin menjadi hiperaktif , sering mengacau kanak -kanak lain dan merayau -rayau sesuka hatinya. Tingkah lakunya mungkin akan menjejaskan program -program yang telah diaturkan ditadika atau di kelasnya. Kanak -kanak yang sebegini perlu mendapatkan penilaian yang terperinci bagi mengenal pasti ciri -ciri kelemahan dan kekuatan yang dimlikinya.

Program pembelajaran yang lebih sesuai boleh diaturkan untuknya. Umpamanya , program yang menekan aspek -aspek membina keyakinan diri dan pergaulan sosial supaya dia dapat berhubung dengan kanak -kanak lain secara lebih cepat.

Adakalanya , kanak -kanak menghadapi masalah pembelajaran yang khusus ( learning disability ) yang menyebabkan dia tidak dapat maju dalam pelajaran seperti kanak -kanak lain. Keadaan ini perlu di kenal pasti supaya langkah -langkah intervensi dapat diatur khusus untuknya bagi membolehkan dia menggunakan ciri -ciri kekuatan yang lain untuk mengatasi kebuntuan yang dihadapinya itu.

Adakalanya , kanak -kanak diasuh dan dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Mereka tidak dibekalkan dengan bahan -bahan bacaan dan peralatan menulis yang cukup. Ada sesetengahnya pula tidak dibiasakan untuk berkomunikasi dan berhubung dengan orang lain secara terbuka. Akibatnya , mereka berasa kurang yakin dengan diri sendiri. Akibat kurangnya pergaulan , kemahiran sosial mereka terbantut. Apabila mereka dimasukkan ke tadika atau sekolah , mereka mengalami ketegangan jiwa. Mereka berasa kurang yakin pada diri sendiri serta tidak banyak bercakap. Malahan , perasaan takut mungkin bersarang dalam jiwa mereka, terutama apabila berhadapan dengan guru. Oleh itu , para pengasuh tadika atau guru patut memain peranan yang lebih positif untuk membantu kanak -kanak ini agar mereka berasa lebih selesa dalam suasana baru dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka.

Ibu bapa yang rapat serta peka terhadap keperluan anak -anak pasti dapat merasai perubahan pada anak yang mengalami tekanan emosi , terutamanya dari segi tingkah laku dan cara percakapan. Kanak -kanak yang mengalami tekanan emosi lebih suka berseorangan , termenung , merayau -rayau dan berkelakuan tidak menentu. Mereka sering kelihatan tidak bermaya , kurang menunjukkan minat dan tidak mempamerkan wajah gembira dan mesra seperti biasa. Mereka mungkin menjadi lebih pemarah ,lebih resah , kurang sabar , tidak suka ditegur dan menunjukkan berbagai -bagai corak tingkah lakuyang tidak menyenangkan.

Kanak -kanak yang akan menduduki peperiksaan , sedang menunggu keputusan peperiksaan atau yang mengalami krisis pergaulan dengan rakan sebaya berkemungkinan akan mengalami tekanan emosi. Anak -anak yang sedang melalui zaman remaja sering mengalami konflik perasaan dan mudah berasa tersinggung. Ibu bapa sewajarnyalah memberikan sokongan moral yang kuat dan galakan sepenuhnya kepada anak -anak mereka yang menghadapi krisis dan cabaran -cabaran hidup. Semakin mereka membesar , semakin berat tanggungjawab yang mereka pikul. Ketenangan dan keyakinan diri perlu dipupuk dalam diri si anak. Latihan -latihan yang bertujuan mengatasi tekanan emosi perlu didedahkan kepada mereka untuk dimanfaatkan.


Bagaimanakah cara untuk mengurangkan tekanan emosi ?

Cara seseorang itu menghadapi cabaran -cabaran hidup berbeza dengan seorang yang lain dan ini bergantung pada personaliti atau perwatakannya yang telah dibentuk sejak dari peringkat bayi lagi dan mungkin juga sejak dari dalam rahim lagi. Selain pengaruh baka , pengalaman dari semasa ke semasa sentiasa mengubah , mengukuh atau menghilangkan sesuatu ciri perwatakan yang terdapat pada dirinya.

Dikalangan orang dewasa ,ada yang sering kelihatan tenang sahaja walaupun berhadapan dengan sesuatu krisis manakala ada pula yang mudah resah sehingga tidak dapat memikirkan cara -cara untuk mengatasi sesuatu masalah itu dengan baik.Keupayaan berfikir dengan tenang dan kecekapan menganalisa sesuatu keadaan untuk mendapat kaedah penyelesaian yang wajar merupakan cara yang berkesan untuk mengatasi atau mengurangkan tekanan emosi. Seseorang yang sering resah dan mudah berasa gentar apabila menghadapi sesuatu cabaran perlu mengubah sikapnya jika dia ingin berjaya didalam bidangnya.

Setiap individu memang mempunyai kebolehan untuk mengatasi kelemahan -kelemahannya. Begitu juga dengan kanak -kanak yang sedang membesar yang mudah dibentuk pemikirannya melalui pendidikan dan contoh -contoh positif.

Tabiat -tabait yang kurang sihat dan negatif boleh menjejaskan prestasi seseorang kanak -kanak. Contohnya , seorang kanak -kanak berusia 10 tahun sering mengeluh tidak boleh tidur malam dan berasa resah untuk menghadapi peperiksaan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa pengalaman -pengalaman yang dilaluinya sejak kecil tidak banyak mengajarnya membina keyakinan diri. Gurunya menyatakan bahawa dia seorang budak yang lembab sejak dia di dalam darjah satu lagi.

Apabila anak ini dinilai , prestasi inteleknya didapati setaraf dengan kanak -kanak lain yang sebaya dengannya. Jika dia diberi perhatian yang lebih sejak dari darjah satu lagi , prestasi akademiknya mungkin akan lebih baik. Tetapi , kerana program intervensi bagi membantunya dalam pelajaran tidak dapat diaturkan dengan berkesan , prestasinya tahun demi tahun semakin merosot. Ini semakin menjejaskan keyakinan dirinya. Dia akan mudah berasa tertekan apabila berhadapan dengan sesuatu cabaran.

Kecaman dan denda kerana prestasi akademik yang tidak memuaskan tidak akan mendatangkan apa -apa manfaat malahan akan lebih menyinggung perasaanya. Dia memerlukan galakan , sokongan dan tunjuk ajar daripada guru -guru yang arif supaya dia dapat maju dalam pelajarannya. Kanak -kanak seperti ini sering mendapat tekanan emosi. Untuk meredakan keadaan emosi yang berkecamuk , dia mungkin menunjukkan tingkah laku seperti melawak , menjadi agresif , sentiasa resah atau tidak mengambil berat langsung dalam hal -hal sekolah.


Kesimpulan
Tekanan emosi boleh dialami oleh kanak -kanak tanpa mengira usia. Manifestasi yang ditunjukkan berbeza -beza mengikut tahap perkembangannya . Ibu bapa perlu memahami dan mengenali ciri -ciri tekanan emosi di kalangan anak -anak tersebut.

Kadangkala, keluhan dikalangan kanak -kanak itu perlulah diperiksa dengan teliti supaya segala punca boleh dikaitkan dengan penyakit organik dapat dikenal pasti sebelum perhatian ditumpukan kepada masalah psikososial kanak -kanak itu.

p/s: saya tak mau terus menerus bersalah dalam mendidik anak- anak saya... Berharap dapat memberikan yang terbaik untuk mereka dan percayalah, takde mak bapak yang mahukan anak mereka gagal... Moga saya berjaya menjadi seorang ibu yang disayangi, dihormati dan hubungan saya dengan anak- anak baik... Saya berharap hubungan dengan mereka seprti kawan yang mana they are free to share anything with me but in the same time there is a respect as a mother to them...

Monday, December 6, 2010

Juz sharing...

Korang.... Selamat Menyambut Awal Muharam... -Again, saya bersendirian ngan anak- anak di rumah while my husband went to work... Huhuhu.. Bit sad coz this is holiday but that is what a businessman has to do... Sacrifice their time with family in order to make money to his company.. Rite??? So korang- korang yang suami keje bleh cuti lama, public holidays pun cuti, beruntung dan bersyukur la.. Suami saya jarang- jarang bercuti.. Kalau nak pegi jalan mana- mana, kena rancang, kena tunggu approval dari suami baru ok.. Suami saya tak macam orang lain, suami korang balik kerja boleh lepak- lepak ngan ank bini, layan movie ngan korang ke, layan anak main ke kan.. Pastu time tido terus masuk tido rite???? Suami saya tak macam tu.... Kadang- kadang, balik kerja, kalau dah berbimbit- bimbit laptop kat tgn, meaning malam ni dia akan stayup... Korang sure tak terpikirkan.. Kadang- kadang dia berjaga sampai pagi... Org nyenyak tido, dia siapkan laptop orang... Bukan takde masa kat saya ngan anak- anak.. ada tapi limited... Kalau main ngan anak- anak, kat sisi dia ada laptop.. Kalau nak dinner pun, dia run dulu laptop customer, kalau nak mandi pun sama.. Bila saya dan anak- anak masuk tido, dia akan masuk sama, tapi untuk selimutkan kami n bagi good nite kiss kat 3 orang kami.. Huhuhu.. Itu cuma kadang- kadang la.. But early Nov till now, he keep bz with his work... No time for leisure.. I really pity of him but i know he loves his job so much.. Enjoy what he`s doing rite now... For me, after 4 years as his wife, I really understand bout his work.. Bout his holics in his works... That`s bout hubby... TOday, I hope he come back early to bring us to TESCO... Should fill up our fridge with foods.....

Saya tak tau nak buat apa dah ni.... Anak-anak dah tido.. Adelia still not in good condition.. Still hot.. This morning realized his tempt up to 38.5... Quickly wake her up n give medicine... Now getting better hopefully...
Rumah pun telah saya kemas, senang hati bila tgk rumah kemas.. Saya sedar, bila school open, saya will face with time constraint... U ols tau kan nape... Saya kuar umah, 6.30am every weekdays...Then reached home at 8.00pm.. Bla bla bla bla.. it`s olredi 11.30pm.. Time to sleep... If not tomorrow will be late... So u think do I have enough time for all these??? Yes.. nope.. Really hope it will be 26 hrs per day during school days so that I can settle my home work before go to school...
Kerusi dari kedai hubby yang dihantar ke rumah kami...
Sayang punya pasal nak letak kat luar kami sepakat letak dlm umah...
Space living room kami mmg makin sempit...

Pets lover... Fishes n tortoises amani... Include my pasu from Sarawak..

Hehehehe... anak- anak terbungkang tido...

Luckily still got space for the kiddos playground
if not terpaksa let go ke umah nanny la playground diorg..

Clean n tidy....
Ohoooooo.. my kiddos dah bangun.. Saye terpaksa berblog sambil sesekali melayan karenah 2 kanak-kanak ribena ni... Sampai sini dulu.. Bye

Selamat Tahun Baru

Saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua kawan- kawan.. Rasanya masih belum terlambat saya ucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam... kalau New Year kita celebrate, why not tahun Hijrah pun kita celebrate tapi dengan cara yang betul.. Dengan bacaan ayat- ayat al-Quran dan bacaan doa awal tahun... Ya-Allah insaf seketika... Kejap kan masa belalu.. How time flies rite????

Saya tengah seronok ber blogwalking ni... Jumpa ramai kawan- kawan lama... Byk idea dapat dikongsi bersama... Anak- anak saya ada yang dah tido dan ada yang bizy layan cartoon dia.. Adik dah sleep.. Bgn kejap tadi minta susu then selamat... Tinggal si kakak yang masih lagi dok melekap sebelah saya.. Dari tempat tidonya beralih ditengah tengah antara saya dan suami... Huhuhu... Memang sangat sangat manja.... Suami saya masih dengan kerja- kerjanya.. Saya memang tak mau ganggu kerja kerja dia.. Biarkan dia.. Agak- agak dah letih, mata dah tak boleh buka, sure dia cari bilik gak kan? Rite? Hehehe.. Itu la suami saya yg workaholic....

Sunday, December 5, 2010

Dua orang berbeza karektor....


Salam semua.... Apa citer hari ni? Hari ni saya mmg bz tahap gaban.. Minggu ni saya duty kat sekolah... Hari ni la nak kena pegi kedai apek cina amik LO beli brg sekolah.. Cat, roller, tong sampah, tape.. macam- macam hal.. Macam keje tukang kebun pun ade kan... Ari rabu ni baru start deco theraphy room kami....

Berbalik pada tajuk di atas nuuuunnnnn... Nak citer la sikit ek pasal karekter anak- anak saye ni... Sebabnya? Kelmarin, 2nd time dlm hidup ni adelia ngamuk sakan.. Dekat sejam ngamuk n nangis kat umah mentua aku.. Sumpah saya tak pukul dia langsung... Punca??? Tak dapat dikenalpasti sebab utamanya.. Walaweiiiii... Saya mmg panik, stress, tak tau nak wat mende.. ilang punca nak settlekan.. Ngan mak mentua n kakak ipar dok depan mata.. Ngan si adelia yg berguling- guling ngamuk ngan nangis.. Korang imagine la... Hampir sejam non stop nangis guling- guling... Nak kata lapar, baru lepas makan bihun la... Nak kata sakit.. aku tak tau sakit apa.. Aku bg susu lagi kuat dia meraung... Huhuhuhuhu... Penat tgk budak nangis nih.... Bukan selama ni dia tak penah nangis.. penah tapi takde la lama camtu sekali.. Sat sat org kedah kata...

Kecik jgn sangka kecik.. Sekali mengamuk hampir pengsan saya tak tentu arah dibuatnya....
 Berbeza benar karakter dengan si kakak.. Seumur hidup menjaga amani memang berbeza.. Si kakak yg jarang mengamuk... Yang lebih bersikap manja.. Mudah meminta maaf... Saya bangga melihat kakak... Dia membesar menjadi kanak- kanak yang berdisiplin.. Menurut kata.. Biasa la budak- budak.. Lasak, nakal, byk cakap tu normal la kan.. Bukannya anak patung.. But her EQ, tatasusila dia mmg tumb up la... Tak pernah la dia mengamuk mcm adelia.. Bukan tak pernah menangis, pernah tapi dia mudah dipujuk.. mudah makan pujuk.. Marahnya tak lama.. Mudah sejuk... Seperti suami saya.. Karakter yg banyak merujuk perangai suami saya.... Mungkin berkat suami membesarkan amani selama ni.. Sbb kan saya masuk maktab untuk KPLI.. Development amani mmg banyak dibentuk oleh my hubby...
Sentiasa ceria dan mudah meminta maaf...
Saya tulis en3 ni bukan nak membeza- bezakan anak- anak saya.. Cuma ingin berkongsi bahawa setiap anak ada kelebihan masing- masing.. Adik- beradik tetapi berlainan karakter... Berbeza sifat adelia... Dia more kepada hot tempered, suka marah- marah... Suka merajuk bila kehendak tak dipenuhi.. Susah nak minta maaf... I mean hulur tgn minta maaf.... Huhuhu... Suami ada kata " semua ni hasil pemerhatian anak- anak terhadap tingkah laku orang dewasa.. Mereka lebih mudah belajar melalui pengamatan compared to listening... Kalau anak kita tak dengar kata kita.. It`s ok.. Normal but mereka belajar dari perbuatan kita..."
Korang caya dak, adelia banyak mewarisi sifat saya.. Saya akui dia byk membesar dengan saya... Dia lebih mesra dengan saya..

Bukan la saya kata adelia teruk.. nope.. Dia ok juz perangai dia yg baran tu... Memang sama mcm saya.. Bila dia buat perangai, amie akan cakap.. " Tu.. tgk la perangai sebijik mcm b.. Merajuk kalau tak dapat apa yg diingini...." Saya akui but depan hubby mmg saya sangkal... Saya tak mau la anak saya suka memberontak.. Saya nak dia jadi anak yang solehah.. Takde mak yg nak anak dia spoilt... Same goes to me...  Bukan saya membenci adelia.. Tidak sekali- kali sebab dia anak saya.. Walau nakal ke, lasak ke, pemarah ke dia tetap anak saya dan sewajarnya saya mula berubah untuk kepentingan anak- anak saya...


Saya yang perlu berubah jika ingin anak- anak saya berubah.. Mereka masih kain putih yang perlu saya contengkan.. Saya nak conteng gambaran yang paling indah untuk tatapan semua.. Moga orang yang melihat, membaca, mendengar akan berkata " Bagusnya budak budak tu.. Anak sape tu??? Ohhh!!! Anak aslina & armi.. Pandai mereka didik anak mereka".. Korang doa- doa la anak- anak kami jadi anak yang solehah.. sayangi kami hingga kami mati.... AMIN

Juz around the month....


He`ll be 31st next year on 22nd Jan 2011.. Even lambat lagi but saya dah start pening pikir apa la nak belikan untuk suami tersayang ni... Last year.. opssss silap still in this year rite.. Tahun ni saya hadiahkan handphone Blackberry kat suami.. Sebenarnya susahkan nak belikan suami- suami kita hadiah.. Bukan apa sebab their stuff very limited.. Lain la kita ni.. Mcm2 barang boleh beli..
Takde handbag, ada kasut, takde kasut ada wallet, takde wallet ada perume, takde perfume ada baju, takde baju ada tudung, takde tudung ada hp, takde hp barang kemas pun jadi la..Pendek kata, kalau hadiah untuk org pompuan ni... mcm2 boleh... Mahal ade.. murah ade.. sedrhana pun ada... Janji nak ngan tak nak jer rite frensssss????
So berbalik ttg hadiah hubby...
Kalau nak beli jam, dia dah ada jam tangan GUESS... Elok lagi... Sayang la pulak nak belikan yg baru.. For sure dah dapat yg baru yg lama ni dah tak guna sgt.. But minat la jugak na belikan TAG HEUER.. Guna untuk lenjan pi keje ke... Yang jam GUESS paki time pegi jalan- jalan ke...

Kalau beli kasut... Baru jer raya thn ni dia beli kasut baru.. Hush Puppies.. So takkan nak beli lagi kan? Kasut lama pun still elok lagi.. Kasut hantaran kawen, timberland un still ok lagi... Suami saya ni memang menjaga harta benda dia.. So mmg tak rugi belikan brg mahal- mahal coz dia mmg jaga.. Kawen dah 4 thn.. Kasut still elk mcm dulu2 gak..

Kalau beli wallet, ritu dah bagi masa Father`s day wallet ESPRIT kat hubby..Aduh!!! Pening den nak cari hadiah kat dia..

Perfume??? Suami saya ni jarang pakai perfume.. Believe it or not till now perfume hantaran kawen tak berusik pun.. DKNY Green Apple.. Rasanya dah layak tuk let go dlm Dustbin dah perfume tu.. Dah expire kot...

Abih tu hadiah apa la patut bagi kat dia???? Percutian???? Boleh la jugak but last year dah bawak gi penang....

Cadang nak hadiahkan dia sunglasses.. Tapi jenama apa ek? Will check it which type suit for him.. Which type yg affordable... OAKLEY.... GUESS, FREGAMO, CK, DKNY...POLICE.. RAY BAN???
Any ideas sunglasses yg suitable for man? Design up to date? Kena bawak dia pegi sama ke? Iya la kan.. Satgi beli tak kena laks.. Tapi kalau bawak.. maknanya takde la suprise for him rite??? Pening gak ek nak beli hadiah kat org tue ni...

Asyik pikir hadiah kat husband jer.. My dad also besday in Jan.. 8th Jan ni besday abah.... Ni pun satu hal gak... Tak reti dah nak beli hadiah apa kat abah.. Baju tiap2 tahun.. Raya baju..

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. pening pala pikir hadiah untuk 2 lelaki malaya ni... Nnt la esok2 ada idea saya hupdate hadiah untuk mereka...

Doakan kesihatan untuk 2 orang lelaki kesayangan saya k... Ada 3 tapi adik saya lambat lagi.. Bulan 10.. So untuk 2 org lelaki ni dulu k.....

Bila Kami Bersama....


Selalu sangat saya citer pasal gi jalan- jalan kami anak beranak.. Pasal family jarang- jarang jer hapdate... So sementelah saya bercuti ni... Teringin la nak gi jalan- jalan ngan family saya pulak..
Lokasi takde la jauh- jauh.. Juz yang dekat but murah n menggmbirakan hati semua..

Ni kat Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti... Bestnya tempat ni coz still baru.. So korang- korang pun paham la ek bila dah baru tu, semua facilities nya still in good condition lagi... So kolam dia pun still penuh ngan ikan lagi... Yang paling hapi bila datang sini dah sah- sah anak- anak saya.. 3 hari berturut- turut sepanjang cuti ni saya bawa mereka ke sana.. Suami? Dia bz bekerja.. Kebetulan pulak cuti so ramai budak dtg nak repair pc la laptop la.. Takpe takpe.. Janji duit masyuk....




So layan je la ek pics masa saya ngan family lepak- lepak kat Taman Jubli tu... Pics saya pegi Chalet putri ayu will be upload ASAP coz malam makin larut.. Saya makin ngantuk.. By the way, tomorrow saya on duty k.. Jgn ingat jadi cikgu ni tkde keje.. Cuti pun kena keje.. Selaras la ngan apa kerajaan bayar kat saya... So till then.. Bubye...

Kalau...



Aku ni kalau dok sorang diri memang suka sgt mengelamun..
Orang kata daydreaming la...
Tabiat ni biasanya jadi bila aku dah takde keje nak buat... anak- anak pun dah tido...
So aku pun mula la kerja mengelamun..
Kalu mengelamun tu keluarkan duit aku mmg surender..
Tapi dah tak guna duit.. Syok pun ada kan...
 
Ok la.. kali ni aku nak citer pasal KALAU...
 
Aku ni bab -bab kalau ni memang suka sesangat la..
Korang penah tak masa kecik- kecik dulu.. kat sekolah cikgu soh tulis karangan tajuk KALAU..
Aku paling suka kalau karangan tu bertajuk KALAU SAYA KAYA...
Hahahaha.. makcik suko sgt- sgt tajuk tu..
KALAU SAYA BANYAK DUIT:-
1. saya nak beli kete besau sebijik...
2. nak reno umah cantik- cantik.. jeles tgk sepupu saya reno umah saja harga RM250K... Aku ni layak gosok mata jer la tgk umah di mcm istana... (opss umah dia bunglo 2 ting kat Bandar Darulaman)
3. Saya nak g hongkong dsneyland... nak bawak 2 org budak cumel ni tgk mickey mouse n minnie mouse
4. Saya nak bawak family saya g makan- makan..
5. nak belikan mak abah perabot baru.. Cian perabot lama byk dah old fashion..
6. paling penting saya nak pegi naik kapal star cruise ngan suami.. for our honeymoon y keberapa tah...
 
Semuanya kalau.. Kalau saya banyak duit.. Masalahnya ada duit tapi ciput.. cukup2 makan jer la ek.... Ok la daripada takde.. Ok la at least merasa gak naik kete even kecik n cumel jer Myvi kami tu... Ok la at least boleh gak g jalan- jalan makan angin ngan keluarga even tak p obercee pun kan... Ok la. Yang penting sentiasa berpuas ati ngan apa yang ada sekara ni.. Silap bukan berpuas ati.. BERSYUKUR .. ayt yang paling sesuai kan...

Wednesday, December 1, 2010

I think.. I write..


Boleh dak letak title camtu.... Hehe..
Aku fikir.. aku tulis la.. Bukannya kena wat karangan pun kan...
Apa yg terlintas di kepala hotak ni terus jer tulis....

1st:- Kemas umah..
Boleh la ek layan jap citer pasal kemas umah kami...
Citernya, ptg kelmarin aku dapat call dr hubby n FIL.. Diorang nak let go sepasang kerusi kat Kedai hubby (AMIDA ENT).. sbb stok makin byk.. Kedai makin sempit..
Aku nak kata tak mau.. brg dah ade dpn umah.. Hubby minta sepupu dia antokan guna lori...
Nak letak dlm umah, rasanya dah penuh.. Mana dgn menan (playground amani), sofa kami, rak kasut kami...
Huhuhu.. Buntu pikirkan..
Nak letak kat luar, sayang coz still elok.. Satgi basah ke, kucing kencing ke.. Sayang gak..
Last2 malam tadi, kami laki bini proses umah tu...
Kejap konar sana... kejap konar sini perabot2 dlm umah tu..
Last2 capai kata sepakat...
Tadaaaaaa.. umah kami dah cantik.. even sikit sempit...
Sambil2 dok bentang karpet aku ckp.. best kan wat keje sama2 mcm ni.. Apa yg penting kerja sama... Hahahaha

p/s:- saya tak bg arahan ya utk suami buat kerja tu.. Jgn salah paham laks nnt igt saya arah suami utk buat    kerja... Ini umah kami, kami buat kerja atas dasar give n take k....

2nd:- Chalet puteri ayu
Esok.. esok ari khamiskan???
Esok aku nak belanja family aku pegi tido2 kat chalet putri ayu kat titi ayun, yan..
Murah2 jer tempat tu..
Apa yg penting.. Enjoy...
Dah lam aku tak lepak2 ngan family aku.. Yg bestnya abah aku pun terlibat sama kali ni..
Dia pun excited nak pegi. Siap ajak adik lelaki aku gi memancing tu...
Kami sekeluarga takde la pegi tido2 hotel2 mahal2 ni... Chalet2 jer.... Sebab mak abah tak suka macam2 tu..
Aku mampu untuk sponser depa tido kat hotel2 tu kalau betul mak n abah tak mampu, tapi aku tau.. buang karan jer..
Abah sure tak mau kalau ke tempat2 mcm tu..
So better aku book chalet2 mcm ni.. Even org tgk dok kat kg jer pun..
Chalet pun biasa2 jer..
Janji abah ngan mak suka n puas ati..
Mlmnya ade barbekue lagi..
Sape2 yg dok berdekatan moh la join kami....
Tak sabarnya nak tunggu esok.....

3rd:- Singapore
Pada kazenku ayis yg nak kawen 1/1/2011 kat s`pore.. sorry la.. Aku tak dpt menghadirkan diri..
Kan baru bukak sek.. Takkan dah nak cuti.. Kenduri laks jatuh ari ahad coz sabtu tu baru akad nikah...
Pikir2 mmg nak sgt pegi coz masa aku kawen, family dr s`pore semua turun kedah..
Bantu aku.. Duit pun dr sumbangan diorg la yg membanyakkan duit sumbangan.. Iya lah bg SGD 2000.. convert RM dpt la RM4600 masa tu.. Tu dr family s`pore sahaja..
Mmg tak terucap la jasa baik mereka ni..
InsyaALLAh kalau takde aral melintang.. bila airasia wat promotion ke s`pore thn dpm aku pegi..
Bkn apa.. bila pikir naik bas sampai 12 jam.. mau ke si adelia tu..
Ada dia hamuk 1 bas sepanjang jln.. Boring...
Lagipun dengan sukacitanya.. Aku dah clear blacklist PTPTN....
Lepas ni...
aku nak gi jalan puas2.. nak ke tempat2 yg aku cdg nak pegi lepas ni.. InsyaAllah kalau ada duit la kan.. Takde duit nak jalan ngan apa... Rancang jer la jawabnya...

p/s:- utk ayis, k.elin ucapkan selamat pengantin baru...Semoga jadi suami yang baik dan bertanggungjawab.. Banyakkan bersabar sebab dugaan sentiasa ada dalam hidup berumahtangga ni.. Kalau kita tak cari, orang yang cari.. so banyakkan bersabar... y penting, belive in ur soulmate more than others...

Friday, November 26, 2010

Bila anak- anak dah tidur....


Assalamualaikum.... hai pe kahabar? Aku sebenarnya ada kat umah mak mentua aku ni... Dah lama tak balik hubby ajak balik.. Bukan tak mau balik ye tuan- tuan dan puan- puan sekalian.. Saya teramat- amatlah bizy sepanjang cuti ni.. Sebabnya? Saya dah join another slimming course.. Bila dah bayar takkan tak mau pegi... Kalau tak pegi jawabnya saya membazirkan duit gaji saya yang selayaknya saya habiskan untuk beli belah.. Ahaksssss... Ada lagi 14 sesi kena saya ikuti.. Huhuhuuhuh.. Perit.. Tapi ada la sikit hasil..
Oleh sebab kereta kami cuma sebijik (betul ke perumpamaan untuk kereta sebijik???), so saya terpaksa la menumpang adik saya aka my supper untuk ke sana.. Dah alang- alang dia join wat facial la... body spa la... Ikut aje la janji nak bawak aku pergi... Hasilnya??? Tah la aku pun tak pasti sebabnya aku kan pakai implan (untuk yang tak tau apa itu implan.. implan adalah sejenis alat perancang untuk menjarakkan proses kelahiran... ade pahammmmmm????) Hubby ada ckp MIL aku ada tanya aku tak mau balik sebab kejadian hari tu ke? Sori la, saya ni bukkannya takde hati perut.. Bukannya manusia yang kejam.. Saya pun boleh pikir... Pasaipa nak cari pasal ngan orang yang tak bersalah.. Bukan MIL or FIL aku yang cari pasal.. obiarkan jer la.. Wat past is past... Both IL mmg ok sgt2 ngan aku.. mmg takde masalah ngan aku...For time being mmg aku nak settlekan treatment aku b4 school open next year... Lepas aku free baru aku balik k.... Hehehehehe...
Sebenarnya.. anak- anak sya tengah tidur... So inilah masa saya nak berblogging pun... Semalam tetiba hubby cakap, dah lama kita tak tengok wayang kan? Ada dalam 5 thn dah.. Saya senyum jer.. Tau sgt rindu la nak tgk wayang tu.. Tapi kalau kami pegi tgk wayang.. Amani n adelia ni sape laks nak jaga? Nak bawak masuk wayang???? Alamat jadi tempat main rounders la cinema tu... Silap2 bukan dengar suara si pelakon tapi pelakon tambahan si cilik 2 orang ni.. Abaikan la... Nnt anak- anak dah besar, dah masuk u.. Kita 2 orang pegi ek.. Layanzzzzz...
ALamak!!! SUami dah balik la.. Gotta go.. Nak surve lunch untuk suami tersayang.... Daaaaaaa

Wednesday, November 24, 2010

Menjadi surirumah


Baru seminggu jadi suirumah.. Huarghhhhhh.. Saya dapat merasakan susahnya... peritnya.... Jika diberi pilihan... Saya lebih suka bekerja... Even byk masa dengan anak- anak, melayann kerenah mereka, saya akui mmg menyeronokkan.... Saya belajar byk perkara sepjg cuti ini.. Dan inilah masanya saya merapatkan diri dengan anak- anak yg kebanyakkan masa habis bersama atuk dan nanny mereka.. Sampaikan bila nyanyi pun..
Bulat kecil bulat kecil
Bulat yang besar
Sayang atuk sayang nanny
Sayang semuanya..
Ada ke patut, sayang atuk sayang nanny.. Patutnya sayang mummy sayang daddy.. Tapi saya tak salahkan mereka.. Mereka lebih masa bersama mak n abah saya.. Mereka yang membesarkan anak- anak saya sementara saya dan hubby bekerja... Hantar pukul 6.30 pg.. ambil pukul 7.30 mlm.. Boleh kira lama mana sgt masa kami bersama anak- anak....
Saya memang surender kalau disuruh menjadi seorang surirumah.. Sebabnya?? Walaupun nampak senang tapi kerja rumah tak pernah habis.. Lepas satu- satu.. Memang membebankan.. Takde masa untuk tido..

Pagi saya bangun sediakan sarapan utk hubby before dia ke kedai, pastu mandi n uruskan anak- anak.
Lepas siapkan anak- anak saya kemas katil n kemaskan bilik kami.. Dan masanya untuk membasuh segala botol susu yang telah digunakan pada malamnya..

Then, bagi anak- anak makan sambil jalankan mesin basuh... Sementara tunggu mesin berhenti, saya kena sapu dan mop lantai.. Satu kemestian kerana anak- anak suka melepak sambil berbaring atas lantai.. Kebersihan itu penting...

Masa sidai baju saya gunakan untuk berkenalan dan beramah mesra dengan jiran tetangga.. Al- maklum la kami ni penyewa lelap.. Mlm baru nampak batang hidung...

Masuk dari sidai baju saya masak untuk tengah ari.. Kalau tak masal alamat anak- anak saya ke hulu ke hilir bawak pinggan sambil berkata " nak acik.. nak acik".. Siapa dia? Sudah tentu si kenit manja saya..

Lepas masak ala kadar, wajib suapkan mereka ini makan... Then baru la saya boleh berehat sama bila kanak- kanak riang ni tido.. Dlm pukul 1.30 hingga pukul 3.30 ptg.. Itu pun belum tentu saya boleh berehat kerana... anak- anak dah bagi hadiah kat saya.. Mainan yang berlonggok disepahkan sebelum tido.. Kalau mood baik mereka kemas.. Kalau tak semua tu habuan saya la....

Masa mereka tidur juga masa untuk sya kemas dapur dan lipat baju yang baru diangkat dari ampaian.. Elok saya siap lipat baju, baru nak rehat adelia n amani pun bangun... Dah tentu kena salin pampers la.. Salin baju dan mandikan mereka sebab ejap lagi mereka nak kuar main...

Masa mereka bermain, saya manjakan diri dengan pokok- pokok bunga yang hidup segan mati tak mau tu...

Dan bila malam pulak, lepas maghrib, saya siap- siapkan pakaina tidur anak- anak, mandikan mereka n sediakan makan malam untuk suami..

Dah pukul 11.30 lepas cartoon baru la saya bole rehatkan badan...

 Teruk jugakkan jadi surirumah ni.. Tu pun saya bruntung sebab baju kerja suami dan baju yang kena iron ada bibik yang tolong.. Kemas- kemas yang teruk- teruk pun sib bek la ada mrs bibik yang bantu.. Kalau tk mau kurus saya... 1st time rasa dok umah sendiri, jaga anak sendiri masa cuti.. Last year cuti jer saya ke rumah emak saya kerana adelia kecik lagi.. Takut tak reti nak manage...

Saya rela buat kerja pejabat yang berlambak- lambak dari buat kerja yang banyak but wat to do.. Ini satu tanggungjawab as a mother n a wife... Kalau dak cuti pun alamat laki makan kat kedai la.. Cian la sama kat suami kan.... Ari keje makan kedai.. Ari cuti pun susah nak rasa air tangan isteri...

p/s: Sebenarnya baru ketahui perangai amani... Bila jaga dia sepanjang hari baru tahu siapa amani sebenarnya... She`s really clever.. Ayat-ayat dari mulut dia mcm org tua- tua yg cakap.. Ada jer yg mencuit hati tgk perangai budak berdua ni...

Nnt saya upload pic ek utk tatapan semua....


Raya Haji Kami...


Salam Aidiladha dari Amielin sekeluarga..
 
Tahun ni kami tak berkesempatan menjalankan ibadah korban.. Masih banyak perkara yang perlu dijelaskan disaat- saat akhir tahun ni... So raya haji ni, turn umah myfamily la... Menang tanpa payah bertanding...

Raya haji tema biru

Pakai dress jer la.. Baju takde yg sedondon
Raya ni rasa macam biasa jer... Takde la se excited nak raya posa.. Baju pun just recycle apa yang ade je.. For those lil gurl la, ada baju baru.. Itu pun sebab baju time beli ngan aunty Farah from UK tak abis guna lagi...
So raya pertama kami macam biasa jer.. Nothing fun.. Belah petang ke rumah nenek tiri hubby saya..

2nd raya- penang
Cadangnya nak pegi tgk member baru bersalin kat Bertam but unfortunately dia balik kg... So kami terus la lajak ke Seberang Prai.. Hubby awal- awal dah warning.. Tak mau p island tau... Ok dear.. Hehehe.. As long as leh g jalan- jalan.. Just lepak- lepak n makan- makan kat c4, 

Tempat pertama ditujui 2 org budak ni...

Muka ceria dapat bebas bermain












So lepas lepak- lepak c4 cadangnya nak ke pantai.. Kakak amani dah ngamuk- ngamuk nak mandi pantai but memandangkan hujan saya tak izinkan.. Kami tgk pantai dari dlm kete jer la.. Balik dari sana, kami terus ke Jusko Perda.. Sebabnya??? Saya kebuluran nak makan steamboat kat Jonny Restauran... Sambil - sambil baca jom layan gambar kami sedang melantak steamboat.. Lepas makan hubby cakap... "After this no more steamboat plssss... Dah nak muntah" Haahaha...
Ni la rupanya steamboat..
Bagi saya sedap tak tau la org lain rasa camna 
Ice lemon tea...
Kalau bahasa melayunya teh o ais limau jer pun...

 













Rasmi dulu k...

Adelia dah beberapa kali hentak mangkuk atas meja
Tak sabar- sabar nak makan jugak.....
  



 








 Dan inilah bukti kami sekeluarga memang kaki makan....

Pulun sampai tak panggung pala....

3rd day raya..
Kali ni hala tuju ke utara tanahair... Perlis.. Tujuan utama nak bawak amani p taman ular but since kami sampai dah masuk waktu semayang jumaat.. Kami terus ke Padang besar... Ptgnya lepas ke pdg besar, kami lepak kat Kuala perlis sambil makan- makan ikan bakar.. Mmg marvellouse makanan.. Kedai nampak koman jer tapi sedap... Sori pic kat perlis takde..

p/s:- is keeping hubby`s words.. Lepas settle kerja- kerja dia, wanna bring us for another vacation.. It`s ok la if penang pun as long as JALAN...



Thursday, November 18, 2010

Kenapa... Kenapa... Kenapa....



Mode untuk malam ni sedih... Walhal saya seronok sangat dengan husband & anak- anak siang tadi..Keluar jalan- jalan ngan suami n anak-anak sementelah kami bercuti smepena Hari Raya Aidiladha... Saya tak paham.. saya tertanya- tanya di mana salah saya sampaikan hati ni tak abis- abis disakiti.....
Geram+ tension+ membara..
Saya takde masalah ngan sesiapa.. Jarang sekali masuk campur hal orang.. Korang nak beli emas ke, rumah ke, barang ke, apa ke lantak korang la janji jangan kacau urusan aku... Korang nak bercakap laki bini ke, nak mengamuk ke, nak pukul anak ke, nak marah anak ke...
Tapi kenapa bila tiba urusan saya, ramai sangat yang ingin masuk campur.. Saya akui mungkin mereka menyayangi saya tapi biar saya uruskan urusan hidup saya dengan cara saya sendiri...
Kenapa mesti menyakiti hati saya.. Cukup saya tak senang hati kerana mereka mencampuri urusan diri saya..
Kalau bahasa kasarnya " LANTAK AKU LA OIIII NAK BUAT MENDE PUN.. KORANG PEDULI APA???? MIND UR OWN BUSINESS!!!!
Kawan- kawan....
Kawan memang la kawan tapi kalau nasihat tu hanya untuk menyebabkan saya lagi pening kepala memikirkannya dan buat kehidupan saya makin kacau bilau.. Tolong lah abaikannya... Saya pening la.. Untuk memuaskan hati semua orang.. untuk menyenangkan hati kawan- kawan.. Kelak saya yang menderita.. Kelak saya yang gila... Kelak saya yang bakal bercerai- berai dengan suami.. Nauzubillah...
Biarlah saya dengan kehidupan saya.. Nak beli rumah besar mana ke, kereta besar mana ke.. Jangan saya ganggu kalian sudah la.. Saya dengan urusan keluarga saya tanpa ada masalah dengan sesiapa.. Banyak mana gaji dalam bank saya selepas tolong hutang piutang bukan masalah kamu semua untuk ambil tahu..
Apa yang saya makan di rumah bukan untuk kamu semua pertikaikan...
Tolong biarkan kehidupan saya lebih privasi.. Ni sikit- sikit kena jaga hati.. Sikit- sikit kena ambil berat.. Kena itu.. kena ini... Hati saya siapa nak tolong jaga???? Susah saya ada kalian datang menolong???? Pening!!!! Sungguh pening!!! Sungguh fade up dengan dunia sekarang!!!! Terlalu tension...
 

Tuesday, November 16, 2010

Tak tau nak letak tajuk mende....


Assalamualaikum... rasanya n3 kali ni tak tau nak letak tajuk apa.. Puas difikir.. puas dikaji.. apa perlu saya menulis.. apa perlu saya menyuarakan rasa hati.. Ibarat ditelan mati emak diluah mati bapa... Kalau tak diluahkan terbuku rasa hati, sebal dan bergelodak ketidakpuasan hati.. jika disuarakan bimbang mendatangkan kemarahan pada yang disuarakan... Baiklah.. Biar saya menyuarakan rasa ketidakpuasan hati tanpa menyatakankan siapa gerangan orang yang dimaksudkan.. Andai terasa saya pohon maaf.. Andai terkena pada diri.. saya harap anda paham jua.. andai terkasar, saya minta maaf kerana saya juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan... Mungkin selama ini say berdiam.. namun diam saya bukan kosong.. Diam saya bukan mengalah.. diam saya bukan bersalah.... Saya memerhati, saya mengkaji, saya meneliti.. Setiap perbuatan tidak harus dibalas membuta tuli.. harus dengan pertimbangan yang wajar, yang rasional untuk tidak memakan diri dikemudian hari...
                                                  Permata hati saya - Amani Damia Qistina

Semuanya kerana budak sorang ni.. Alik- alik amani.. Alik- alik amani.. Ya.. semuanya tentang amani.. Semuanya tentang permata hati saya yang ini...Saya tidak marah jika anak saya nakal.. Saya akui, kanak- kanak yang bernama AMANI DAMIA QISTINA sememangnya seorang budak yang lasak, aktif, petah kerkata- kata yang kadang- kadang bisa bingit satu rumah.. Kadang- kadang jua boleh membuatkan orang hilang kesabaran terhadapnya.. Tapi dah nama pun kanak- kanak.. Aktif pulak tu... Saya tak nafikan saya kadang- kadang hilang kewarasan, hilang kesabaran terhadap amani tetapi marah saya bersebab bila dia bersalah...
                                                    Saya tak sanggup tengok dia menangis

Saya tak marah jika anak saya betul bersalah, tapi saya rasa terkilan sebab dia dimarahi, bukan oleh saya kerana sebab yang bukan salahnya... Rasa- rasanya patut kah? Kalau kamu semua ditempat saya apa kamu semua buat? Saya sedang memasak bila saya dengar dia menangis.. Saya heran sebab amani bukan seorang yang suka menangis.. Rupa- rupanya barang permainannya dirampas orang.. Saya sabarkan anak yang seorang ini... Bermain lagi si anak ini.. Menangis lagi... Dan kali ini ada ayat- ayat yang kureng enak didengar meleteri anak saya.. Dan ayat- ayat itu benar- benar membuat hati saya terguris, menangis..
                                                Dua- duanya menjadi permata hati saya

Saya belum lagi gila.. saya masih lagi waras.. Saya sedih melihat anak saya menangis, tetapi saya hormati seseorang di situ yang wajar saya hormati.. Ikutkan amarah, saya jua boleh bersuara namun saya diamkan ... Salahkah anak saya mengambil kembali barang permainan dia yang dirampas? Salah anak sayakah itu? Barang dia dirampas, dan dia dimarahi, dibebeli? Saya akui memang saya menitis air mata walaupun tengah memasak... Anak saya biasa, wajar dipukul... Amboi!!! Baik sangatkah mereka- mereka yang berkata- kata tu? Saya tak kata anak saya baik.. Dia memang nakal, lasak, aktif.. tapi bagi saya itu cuma lasak seorang kanak- kanak yang sedang membesar... Semua BUDAK sama jer lasaknya sebab mereka dalam proses membesar... Budak yang diam... yang senyap minda tak berkembang.. Sebab proses mengekplorasi terhad, terbatas... Memang saya bengang... Bersebab kemarahan saya itu...

 Bagi saya, ada kanak- kanak yang lagi teruk dari anak saya... Anak saya memang merampas.. tapi rampas HAK DIA.. PERMAINAN DIA... Cuba paham.. Kalau saya boleh bersabar, bila barang anak saya digunakan, dirampas, kenapa tidak dia?????? Saya selalu memarahi amani bila dia buat orang.. even memarahi dia bila orang yang buat dia juga.. Bukan marahkan orang yang buat dia, tapi dia sendiri... Saya tak pernah marahkan orang lain kecuali anak saya.. Selalu minta dia berkongsi dengan sesiapa sahaja... Namun, bila kejadian ini terjadi, saya terfikir, sampai bila anak aku asyik kena mengalah? Sampai bila? Kenapa harus bersabar kalau kita sendiri yang kena.... DIA marah sebab amani ambil kembali barang tersebut dari tangan perampas.... oooooo...anak saya jahat.. anak saya bersalah!!! anak saya biasa.... amik dari orang pastu menangis... Pastu bagaimana pula dengan yang merampas tu? Baik ke perbuatan tu? Asyik dia jer nak menang? Boleh gitu?
Tahap kesabaran saya memang senipis kulit bawang malam tu.. Nasib saya terpikir, saya bukan bodoh.. Saya tau semua yang melihat juga begitu... Mereka boleh menilai apa yang berlaku.. Maaf untuk berkata- kata, buat masa sekarang, walaupun kemarahan saya sudah berkurangan, tapi saya masih seorang insan yang kerdil... Saya masih tidak dapat melupakan bait- bait ayat yang dilafazkan malam itu.. Masih terngiang- ngiang ditelinga saya kata- kat si penutur dan saya memang TIDAK BOLEH MEMAAFKAN buat masa sekarang.. Luka dihati saya memang belum sembuh lagi...
Saya bukanlah seorang manusia yang sukaberdendam.. tetapi saya tak boleh jadi manusia yang hipokrit... Saya memang bengang, marah, tension.... 2 jam saya berkurung dalam bilik air untuk meredakan kemarahan... Menangis untuk lepaskan rasa hati.. Kalau saya sudah hilang rasa hormat pada orang- orang diseliling, memang saya melawan.. memang saya menjawab.. Tapi say fikirkan masa panjang.. Saya sayangkan keluarga ini walaupun seseorang itu telah menyebabkan saya marah... Tapi saya bukan bodoh.. Jangan sebab nila setitik.. rosak susu sebelanga.. Sebab marahkan nyamuk, kelambu dibakar...

Saya mahu jadi manusia yang tinggi IQ dan juga EQ.. Bukan hanya bijak, berpelajaran tinggi, malah tinggi budi pekerti.. Biar orang itu dengan sikapnya yang begitu.. Saya berdoa moga saya bukan tergolong dalam golongan sedemikian sebab.. saya rasa, orang sebegitu susah nak dapat kawan.. mungkin ada kawan tapi segelintir cuma...Sebab kecetekan akal fikiran dan kerendahan tahap EQnya.. Maaf jika membaca, tapi saya rasa ini luahan hati saya.. Dia boleh marah, tapi say jua ada hak say untuk menyurakannya.... Maaf andainya coretan saya ini menyakitkan hati pihak- pihak yang membaca tapi sebagai manusia, saya jga ada kelemahan dan saya memang terlalu makan hati dengan insiden tersebut... Saya memang berjanji dengan diri, lepas ni saya memang takkan buat baik dengan mereka- mereka itu.... Sebab mereka telah menyakiti hati saya dan keluarga saya... Maaf!!! Saya memang tak boleh!!!! Amat- amat terasa.. Amat-amat sakit hati!!!!

Tuesday, November 9, 2010

Cerita Tentang Sang Suami






 Dia lelaki yang saya kenali dari tahun 1999 melalui laman sembang mIRC.. Believe it or not melalui laman tu saya dan suami berkenalan, couple dan akhirnya mendirikan rumahtangga hingga ke hari ini..... dia yang banyak harungi suka duga bersama- sama saya.. Dialah yan memberi perangsang pada saya di saat saya down dengan kerja, dia jua yang menjadikan hari- hari saya bersemangat untuk bekerja... Bukan seorang yang suka bercerita- cerita, berborak- borak kosong.... Dia yang saya kenali selama ini seorang yang perahsia, tak suka borak ttg keburukan orang dan yang penting, dia teramat komited dengan kerjanya.. Setiap tutur kata sentiasa bernas... Kadang- kadang saya kalah bila berdebat dengannya.. Saya akui dari segi kelayakkan belajar, saya lebih tinggi taraf pendidikan dari dirinya namun dari segi ketajaman akal fikiran, yang lebih rasional dalam apa jua keputusan adalah si dia...
Kami bercinta terlalu lama... 9 tahun menulam cinta.. Dari matriks hinggalah saya tamat.. Dari kami masing- masing kurus kering tubuh badan hinggalah gemuk gedempol dua- dua orang... Dari meniti tangga terbawah, merangkak- rangkak untuk memulakan hidup, dia lah yang sentiasa berada di sisi saya..Membantu apabila saya stress, down, moody... Dia manusia yang telalu penyabar bagi saya..
Masa saya bekerja di Penang under BCB bank, kami nyaris- nyaris puus tunang.. Tapi seperti yang saya maklumkan sebelum ni, dia seorang yang rasional.. Amarahnya tidak ditunjukkan.. Dia sabar menuggu saya hingga saya berubah hati kembali...
Dia jualah yang memberi sokongan, menjaga permata hati kami yang pertama amani damia qistina sepanjang saya menjalani kursus perguruan lepasan ijazah selama setahun.. Tanpa pernah mengungkit, tanpa pernah mengeluh dia sabar... Menjadi tempat untuk saya meluahkan rasa hati yang terbuku terhadap lecturer saya yang amat- amat menensyenkan sepanjang praktikum saya.... Dia jualah yang beri pinjam bahunya untuk saya tumpang menangis bila hati sedia...
Saya teramat- amat menyayangi lelaki yang seorang ini.. Bagi saya, dia tidak sekacak Brat Pitt (pujaan hati saya), tidak sehensem Tom Cruise, tidak sekaya Tan Sri Syed Al- Bukhary tetapi dia cukup menenangkan hati saya.. Dia bisa buat tidur malam saya termimpi- mimpi.. hati tetawa riang saat- saat duduk bersama.. tempat saya tanpa segan silu menceritakan masalah saya walaupun terlalu peribadi... Kisah sekolah yang tidak bolh diceritakan kepada sesiapa... Saya percaya, dia seorang pemegang mohor besar rahsia kerajaan yang tidak sekali- kali menceritakan kepada orang lain...
Saya sentiasa berdoa moga lelaki ini sntiasa berada di sisi saya saat susah dan senang.. Saya memang telah memasang niat saat pertama kali bergelar isteri kepada ARMI MOKHLIS pada 10/3/2006 di saat dia melafazkan akad untuk menyatukan kami berdua, saya akan menyayangi dia seumur hidup saya..Saya sanggup apa sahaja asalkan bersama dengannya.. Doa saya moga suami saya ini sentiasa diberkati Allah, diberi kekuatan dan kesihatan tubuh badan, dimurahkan rezeki dan yang penting, hatinya tidak berubah terhadap saya seumur hidupnya.. Moga ikatan perkahwinan kami kekal hingga ke akhir hayat.... Amin


Seorang yang amat sayangkkan kanak- kanak

Bersama anak kami adelia

Antara permata hati saya.. Saya sayang kamu berdua...

Moga perkahwinan kami kekal seumur hidup kami....

p/s:- buat suami tersayang ARMI MOKHLIS, kasih sayang antara kita makin mekar dengan adanya anak- anak kita yang comel dan pintar... B sayang yayang.. Ikhlas dari hati b.... Truly love u my dear....

Monday, November 8, 2010

Impian dan angan- angan.... 2012


Dah nama pun impian dan angan- angan, dah tentu la en3 kali ni bout impian dan angan- angan mat jenin cikgu aslina kan???? Yabedabeduuuuuuuuuuu.... Biasa la kawan- kawan, bila berangan tu memang menarik... Masa berputar pun tak terasa cepatnya kan....
En3 kali ni bout my house.. Hehehehe.. Actually tadi me n hubby pegi tgk model umah kami... Developer call kata model umah dah siap leh pegi tgk... Seperti biasa la, saya la yang terlebih- lebih teruja tahap gaban nak tgk umah kami walaupun stage siap umah tu baru 15%... Biasa la pompuan.. Melebih- lebih... Suami hanya mengikut kata hati saya yang tergedik- gedik nak tengok.. Tak dapat tgk umah, modelnya pun jadi la...
Hasilnya dapat la tgk pro n kon umah kami tu... Suami kata petak sgt la umah tu, saya kata takkan nak bulat kot.. Dia kata takde keluk- keluk ekonomi kat umah tu.. Saya kata takpe nnt kita wat reno besar- besaran...
Dapur impian hati saya....

Tempat saya dan keluarga lepak sambil berborak sesambil tgk saya memasak.....

Bestkan kalau impian utk dapur macam ni tercapai...

Reno utk ni semua makan RM70K..Mampukah????
Dalam kepala hotak ni dah ada macam- macam perancangan untuk umah tu.Nak letak TV kat mana.. Nak wat wet kitchen kat mana.. hehehe.. Bilik amani & adelia camna.. Semuanya bermain- main sampaikan suami pun tegur.. Berangan- berangan.. Dok senyum sorang- sorang macam orang tak betul....



Ruang beradu saya dan suami....

Ruang tamu mestilah minimalis.. Tak mau serabut- serabut

Impian.... harapan... Moga- moga termakbul doa tercapai impian untuk memiliki rumah impian seperti yang diharapkan.... Sebenarnya, saya dan suami beli rumah ini bukan utk long term kami berdua... Sememangnya saya dan suami berhajat untuk beli rumah ni untuk amani... yang ni suami saya yang belikan.... Saya akan belikan untuk adelia.. Dan untuk kami berdua, saya bercadang untuk membeli sebidang tanah dan design rumah kami sendiri kelak.. Tapi benda ni untuk long terms... memandangkan kebanyakkan cikgu kampung macam saya ni, bila dah berpencen, akan duduk di rumah sendiri yang diorang buat sendiri, maka saya ambil kesimpulan, biarlah rumah ni diserahkan pada anak- anak kelak... Mana yang termampu kami sediakan, kami sediakan khas untuk anak- anak tersayang.... InsyaAllah jika diizin kan TUHAN....

p/s:- tak sabar- sabar tunggu rumah siap.. Bumbung pun belum siap lagi.. inikan nak siap.. Lambat lagi la jawabnya....