Pages

Wednesday, February 15, 2012

Lama tak hupdate kisah kanak- kanak ribena

Kakak.... 4 yrs 4 months old...

Yeya... 2 yrs and 11 months old...
Salam peeps..
Hye guys.. Sihat rini? (budget org pulun baca blog aku)
Lama kan korang tak dengar stori mori anak2 dara aku..
Skg dah boleh gelar nak dara coz dua2 dah besar panjang...
Cuma nak tima menantu lambat lagi k..


Ok... milestone utk si kakak dulu ek...


  • seperti biasa, seorang yg sgt2 aktif, lasak, manja.. bit merap even dah ada adik...
  • kuat merajuk, pemarah.. ikut perangai mummy dia la tu.. makin ari makin moody..
  • dah sekolah masuk pra sekolah.. dah kenal huruf, number cuma still in progress tuk membaca..
  • dah pandai demand macam2.. botak pala laling aku ngan permintaan dia..
  • suka merap and memberontak esp time balik sekolah coz tooo tired n sleepy but as usual sgt2 bersemangat utk ke sekolah. Kat ok jer but when came home, jejak je kaki kat muka umah mula la wat hal.. Kdg2 nipis tahap kesabaran aku kumpul.. Agak2 makin tipis aku sesah jer...
  • Hehehehe.. jgn tak tau til now she still milk bottle lagi k.. Kesian nak stop dia from minum susu.. Biasanya pagi dia tak request but when came back from school, bila dok kat opis aku, mula la cari bottle dia and as a very concern mummy, aku mmg tiap2 pagi bancuh siap2 1 bottle khas utk kakak.. Sometimes aku masukkan susu dia lam fridge and sometime aku letak jer kat book shelf aku.. So when it comes to craving bottle.. kata p la camna pun dia tetap gongong..
  • Kesian nak stop susu dia sbb bagi aku lam susu tu ada macam2 nutrien.. So even dia tak makan pun but her weight is still good.. Gigi pun ok..
Enough bout kakak.. now turn adelia a.k.a si adik pulak..


  • so pampered girl.. Jgn la tetinggi suara skit mula la nangis..
  • dah pandai menjawab cakap orang even pelat... hai la adik, umur dah nak masuk 3 yrs old but still ckp tak terus lagi ek..
  • mlm2 tido mesti nak kena kepit2.. Siap atur kakak sleep with daddy.. yeya with mummy..
  • Skg tgh angin, nak isap nenen mummy.. Ayaks.. so geli k.. Dah besar2 baru nak melekap isap puting.. Heheheeh...
  • Sgt suka makan.. makan.. makan.. makan.. makan... Bagi la apa saja, kalau dia suka byk la dia makan... Tak suka still makan but skit la.. Tu pasal berat adik 11.5kg berat kakak 15kg..
  • Amat2 suka coklat.. bgn pagi jer trus g kat fridge.. cari kinder bueno... Kopak mummy n lalingku.. Tak pun kinder joy...
  • Air sgt suka hot coklat cadbury.. Taste tinggi budak kecik nih..
  • Dah boleh share baju ngan kakak coz size dah lebih kurang sama..
  • Asyik dok request nak "baby boy" nak "baby boy"... Cewah!!! bagi hint nampak kat mummy ngan daddy utk sorang lagi.. Hahahahha
  • Cucu atuk and nanny sangat2.. Cer la tepon nanny and atuk bagitau "mak, yeya nangis2 nak mak mlm tadi..." Mlm tu jugak org tua aku dtg dr alor setar ke pendang.. Amik bawak balik umah meka. Tido ngan meka.. Cer mummy or daddy call tanya " yeya, rindu mummy ngan daddy dak?" pasti dijawab "dak pun".. huhuhuhu.. sentap tau...
  • Kalau tido umh mak abah kat alor setar, berhanimun la aku ngan laling coz anak2 sgt2 pasti tido ngan mak abah.. Hehehehe..
ok la.. Tamat sudah cite pasal anak2 aku.. Nnt aku hupdate pasal laling aku tau.. Laling kesayangan tu.. Kalau gaduh pun sayang gakkan.. Mana ada laki bini tak gaduh.. tak sentap.. Dah nama pun asam garam umah tangga.. Cer tgk sat bini mana yg taat sgt (erti kata len bek sampai tak lawan, tak gaduh, mengiyakan segala kata suami...)Aci bet la susah nak jumpa zaman skg ni... Lawan2 gak la tapi hormat tetap ada.. Dah nama pun suami.. Harus la ingat.. Harus la tau syurga kat bawah tapak kaki laling.. Tak payah bagitau pun suma isteri tau.. Rite women????



Tuesday, February 14, 2012

Saje suka suki

Salam all...
Aku try test nak upload picture...
Await tak tau skg nih susah sgt nak upload picture..
Kalau upload dia trus nak senget benget..
Huhuhuhu.
Lama tinggalkan dunia blog trus kuar makin canggih gitu..
Ke mmg laptop aku yg gelong???
Huhuhuhuhu.. Takkan kot nak tukar baru???
Ipad2???? hehehehe.. Kena tanya my lubly la cengitu..
Kalau nak ikutkan laling dah upgrade lappy ni bagi advance skit... Tapi tah la.. Rasa2 mcm lum up to my expectation... Nnt la.. aku nak kena g blaja len nih.. Ok la.. budget nak upload pic jer.. Melalut ke laut pulak..
Ok la.. Nak sambung kelas.. Jap g dah settle suma aku continue ek.. Tgh gila membara tahap nak tulis blog nih..

Sekian,
Bubye..

Ibu Bapa Tak Patut La Lepas Tangan...

Salam semua...


Lama aku tidak dapat mengemas laman ini. Bukan kerana ketandusan idea. Tetapi atas kesibukan tugas dan hal-hal peribadi yang lain. OK, selalu benar aku dok pot- pet pot pet hal peribadi, hal anak- anak, hal jalan- jalan tapi amat kurang berpotpet potpet tentang kerja aku kan.. But this time nak selitkan skit la ek citer ttg pengalaman aku ttg hal waris murid- murid aku...

Baiklah, topik yang ingin aku sentuh pada kali ini adalah berkaitan dengan sikap ibu bapa yang begitu kurang menyenangkan aku. Maaf kerana dalam banyak-banyak topik, isu ibu bapa atau penjaga paling banyak dipaparkan.

Beberapa hari yang lalu, sekolah aku ada mengadakan Mesyuarat Permuafakatan Waris. Aku sebagai guru kelas bagi murid-murid yang majoritinya terlalu lemah dalam pelajaran dalam erti kata lain buta huruf, tak kenal huruf dan mmg slow learner sgt2..

Adalah menjadi tanggungjawab aku untuk menjelaskan kelemahan dan kekurangan murid kepada ibu bapa atau penjaga di samping berkongsi ramuan terbaik bersama ibu bapa / penjaga yang hadir, bagaimanakah formula paling berkesan untuk membantu murid-murid ini supaya berada di landasan terbaik dalam akademik sebaris dengan rakan-rakan seusia mereka.

Perbincangan dari hati ke hati, luahan jujur sebahagian ibu bapa / penjaga yang hadir aku tuliskan dalam nota yang bawa bawa untuk dijadikan rujukan kelak.

Agak sedih juga kerana tidak ramai ibu bapa yang hadir pada hari berkenaan. Barangkali kerana kesibukan bekerja. Aku tidak kisah jika ibu bapa atau penjaga datang lewat kerana aku menunggu di dalam kelas bersama murid sehingga tamat sessi persekolahan.

Kasihan kepada murid-murid yang ibu bapanya tidak hadir. Dari kaca mata mereka, berasa gembira memberi tahu aku bahawa ibu bapa / penjaga mereka akan hadir. Tetapi, menunggu hingga ke t/hari, bayang pun tiada nampak. Yang hadir cuma sekerat dua. Tidak sampai separuh pun.

Jika terlalu sibuk sekali pun, takkanlah luangkan masa sekejap demi masa depan anak-anak pun tiada? Kasihan aku tengok anak-anak murid aku yang tidak mahu balik kerana mengatakan ‘sebentar lagi’ ibu bapanya akan datang. Aku pula yang terpaksa pujuk dan mengarahkan murid pulang.

Kepada ibu bapa yang hadir, aku ucapkan jutaan terima kasih. Walaupun ada yang datang sekadar mahu mengambil Buku Rekod Kemajuan anak, dan tidak mahu mendengar apa yang aku cuba sampaikan, cukuplah untuk aku membuat penilaian.

Kepada ibu bapa yang memberi kerjasama, aku juga ucapkan jutaan terima kasih. Kehadiran anda begitu berharga dan memberi aku lebih banyak peluang untuk mengenali latar belakang anak-anak anda. Insyaallah, kita sama-sama membantu. Yalah, mana ada ibu bapa atau guru yang ingin lihat anak murid gagal dalam pelajaran.

Selepas pertemuan pada Mesyuarat Permuafakatan Waris itu, seorang penjaga datang berjumpa aku untuk bertanyakan prestasi akademik anaknya dan sekali gus ingin membayar yuran yang belum di jelaskan.

Aku bertanyakan anaknya kelas tahun berapa? Yalah, manalah tahu entah-entah penjaga berkenaan tersilap orang yang dicari. Penjaga itu membalas yang dia sendiri kurang pasti dan teragak-agak menyebut nama kelas anaknya.

Aku membuat semakan, memang betul anaknya belajar di kelas aku. Aku segera menunjukkan rekod kemajuan dan menjelaskan kelemahan yang perlu diperbaiki serta kelebihan yang perlu dikekalkan. Aku turut memuji anak penjaga murid tersebut yang sememangnya rajin dalam kelas dan menunjukkan potensi untuk berjaya dengan syarat, bimbingan di sekolah mesti diteruskan di rumah.

Di akhir pertemuan tersebut :

Penjaga : “Macam ni sajalah, cikgu. Saya ni bekerja dan sangat-sangat sibuk sampai tak ada masa nak tengok anak. Cikgu tolonglah tengok-tengokkan anak saya tu. Kalau dia nakal sangat dan tak mau belajar, cikgu boleh pukul. Jangan sampai patah-patah sudah la..” (Hamboi2... macam la gamak sgt cikgu nih nak patah2 tgn anak depa)

Saya : “Saya faham encik sibuk bekerja. Tapi sekurang-kurangnya luangkan sedikit saja masa untuk bersama anak belajar. Kesian sebab manalah tau budak tu nak belajar. Tapi tak ada orang yang nak tunjukkan. Kat sekolah dia ada cikgu. Tapi kat rumah??..” (Aku advise la slow2)

Penjaga : “Yelah. Kita sama-sama tengokkan dia ya, cikgu. Saya memang tak sempat dah ni. Okeylah. Saya kena balik dulu. Harap cikgu bantulah anak saya tu ye. Anggaplah dia macam anak cikgu juga. Saya memang sibuk dengan kerja..” (Waduh2!!! Tak pasal2 soh anggap mcm anak sendiri, mmg bengkek.. Nampak sgt nak lepas tgn.. Fungsi cikgu mendidik dan membimbing selama 5 jam jer dr kul 7.45 till 12.45pm.. Selebihnya byk masa anak2 dengan mak pak kat umah.. So ada paham????) 

Aku cuma diam dan menguntum sedikit senyuman. Pertemuan itu aku akhiri dengan ucapan ribuan terima kasih atas kesudiannya hadir untuk berjumpa aku

Sekian,

Renung- renugkan dan selamat beramal...



p/s :


• Ada banyak lagi dialog yang ingin aku selitkan. Tetapi tidak sanggup rasanya aku letakkan di sini.


• Bukan semua ibu bapa yang bersikap lepas tangan. Teringat semasa zaman sekolah. Walaupun sakit dan terpaksa kuar outstation awal ke Perak, ayah tetap datang juga ke sekolah pada tengah hari untuk mendengar sendiri maklumat akademik dan potensi aku daripada guru kelas.




Monday, February 13, 2012

I`m back!!!!!

Assalamualaikum....
Salam semua..
Lamanya aku tak menghupdate blog..
Sangat2 lama..
Kalau org lain lama tak hupdate blog sebab pegnen la, sebab deliver baby la... dan byk sebab musabab yg len..
Tapi aku nih len sikit.. Byk kekangan masa..
Kadang2 pikir2 tang mana la yang tak cukup masanya tu but honestly said, mmg tak cukup or mayb my time management still out..Hahahaha..


Ok...Hupdate satu per satu k..
  • Now aku dah pindah Pendang... Bln Dis 2011 kami officallynya tinggal di Taman Kiara Mas. So jemput dtg ek kawan2.. Umah beli ke sewa? Sewa jer.. Lum mampu nak beli umah sendiri lagi.. Ahakss!! Umah pun sewa from cikgu SK Pendang gak..
  • 2ndly nya, amani dah masuk pra sekolah.. Sekolah sebelah kelas aku ngajar jer pun.. Senang nak pantau dan yang nyata sejak2 masuk sekolah ni dia semangat jer nak ke sekolah.. Sampaikan bila aku MC baru2 ni pun dia still nak ke sekolah... Progress dia?? So far Alhamdulillah, makin mahir ABC.. Dah boleh eja sbb dah kenal huruf cuma masih belum mahir menyebut suku kata i yang dieja.
  • Adelia??? Mana boleh dilupakan si apple pie mummy nih.. Makin manja melampau2... Huhuhuhu.. Nek pening mummy layan karenah budak sorang nih. Mulut pun kemain lagi sekarang ni even pelat tu dok ada.. Tapi cer bagi menjawab.. laju jer mulut tu menjawab kita.. mengenakan orang pun kemain pandai lagi budak kecik ni... Apa-apapun semenjak kami pindah kat Pendang ni, semakin aku sedar anak2 aku mmg menjadi perhatian atuk, nanny dan adik2 aku jugak.. Every week, mak abah mmg akan dtg amik budak2 ni tido umah diorang... Adik2 aku pun kalau seminggu tak jumpa budak2 ni, sibok dok sms nak jumpa kanak2 ribena nih.. Terharu gak la... Hehehehe.. Sama la jugak ngan family in law aku... Masing2 sibok nak jumpa dua2 org budak yang sentiasa hapi, ceria dan aktif nih..
  • Aku masih mcm dulu.. Alhamdulillah, rezeki sentiasa diberikan oleh Allah dan kami suami isteri bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang dikurniakan olehNya... Syukur sangat2... Dari segi penambahan ahli keluarga, insyaAllah kami dalam proses penambahan memandangkan umur pun dah makin meningkat.. Adelia pun dh besar.. Rasanya cukup dah kot tempoh "comfort zone" kami.. Tapi... kekadang rasa mcm tak bersedia lagi tapi insya Allah kalau diberi rezeki kami takkan menolak... Setiap anak ada rezeki masing2.. Alhamdulillah, selama ni tak pernah anak2 kehabisan susu, pampers dan kesihatan terabai... Tu sbb aku kata rezeki anak2 ada disetiap pergerakkan kami ke tempat kerja..Nawaitu bekerja untuk beri kebaikan pada anak- anak... 
Ok la.. Ni jer la aku sempat hupdate utk kali nih.. Tak tau la bila la ada kesempatan lagi utk hupdate blog nih lagi... Pic pun aku tak sempat nak upload coz each time aku hupdate sure pic tu automatik ter rotate sendiri.. Cian pulak korang2 nak tgk kan.. Ada sape2 tau nape jadi gitu? Ok lah k.. Till then bye...


p/s:- Happy valentines utk kawan2 dan off course utk suami terchenta ARMI MOKHLIS... I lap u la laling.. Lap u so much.. Muahksssss... Mode:- galak... 





Sunday, December 11, 2011

Orang hanya pandai mengata tapi...

Salam all..
Mode:- ade rasa marah, kesal, sedih, geram, bengang, bangang, bengkek.. bengkang..
              suma perisa, perasa ada...


Manusia ni kan..betul la org kata ek.. rambut sama hitam (opsss ada gak yg burgendy la.. mohogany la.. perang asli la) tapi ati lain-lain...
Dah puas cuba sedapkan at orang tapi nape yg buruk jugak yang nmpk pada pandangan mata korang..
Apsal la manusia ni mesti ada PHD (perasaan hasad dengki)
Kalau maju org tu sedara ko jugak..
Kalau kaya orang tu.. tak ke sedara ko jugak.. Leh gak tumpang senang..
Kalau aman damai family diorg.. bagus la.. Takde la periuk kuali terbang mcm UFO.. Itu pun korang tak puas ati lagi ke???
 Takkan hidup asyik nak tgk org berantakan.. bercakaran.. bermiskin miskinan... kemunduran sepanjang masa...
Life must go on beb...
Dari miskin kita majukan diri utk merasa hidup senang..
Tapi dah nama pun manusiakan..
Bila org senang mula la kata..
"ishhhh takkan jadi cikgu kaya sgt kot.." Aku jawab lam ati "Macam HARAM JADAH jer mulut lu... Sib bek lu org tua kalau dak dah lama aku tarik rambut tgh2 kenduri tu... Cikgu bukan tiket utk kaya tapi bolehlah utk senang skit dari sebelum nih... Rezeki anak2..."
" Eleh!!! baru pakai kete mewah sikit dah berlagak"..  Still aku jawab lam ati " Ko ADE KETE MACAM AKU????" Ayat menjawab mmg kurang ajaran sbb org tujukan tu pun mulut kalah bom atom...
Kalau ikut nak urang ajar.. dah lama aku jawab but mak abah tak pernah ajar aku utk jadi kurang ajar..
Dari dulu asyik mendengar org mengata kami jer.. Tak tau la mana silap.. Mana tak kena.. Mana tak betulnya..
Sampaikan laki aku yg diam camtu pun jadi bahan.. "Eleh.. tu dah guna2 laki dia la tu smpi diam jer depan orang"..
Aku jawab again lam ati "WEI BODOH kuasa 2000x.... Kalau aku bodohkan laki aku, guna2kan laki aku.. Dah lama badan aku bersalut intan permata.. Alamat suar dalam dia pun koyak rabak tak bersalin asyik utamakan bini dia nih"...
Kami kawin dari sama2 susah.. Kami mula dari bawah smpi apa yg kami ada sekarang nih..
Then anak aku pun terkena tempias " YANG ANAK pun smpi kaki, tangan, leher telinga sarat ngan barang kemas"
Pun aku maki dalam hati... (sian ko hati.. dah la sakit. kena jawab lak dalam2 jer) "Dah aku mampu bangang.. aku beli la.. tak mampu aku diam jer la.. Bukan aku amik duit laki ko pun aku beli barang.. Aku punya la berdikit2 nak dapa apa aku nak... Boleh sesedap ajinomoto jer dok ngata..
Yang paling tak tahan.. "KALAU AKU GI KENDURI NNT, DIORANG TAK MAU SALAM, SIAP AKU KERJA2 KAN DIORANG DEPAN2 ORG RAMAI..."
Yang ni aku jawab depan2 mak abah.. "DAH LA MAK KITA JGN JADI BODOH MCM DIORG.. kITA ADA ILMU DAH CUKUP UTK NIAI BAIK BURUK... kALAU KITA WAT PERANGAI SAMA CAM DIORG NAMPAK SANGAT KITA PUN TAK CERDIK MCM DIORANG.. KITA ADIK BERADIK ADA DEGREE, ADA ILMU AGAMA.. TAK MCM DIORG JAHIL SERBA SERBI..JGN SEBB BENDA REMEH KITA PUN JADI BANGHAL MCM DIORG JUGAK" Sekian..
Sedikit kisah sedit masa kenduri kawen adik aku.. KIsah ttg sedara yg datang tp untuk melihat kecacatan kenduri tersebut bukan dengan niat utk mengeratkan tali persaudaraan... Tak puas ati tang mana pun aku heran.. :((

Cuti Sekolah

Salam...
Cuti sekolah datang lagi... Dah nak abih pun actuallynya...
Aku pun terlampau bizi sampaikan tak tau cuti
tinggal berapa ari jer lagi..
Hehehehe.. Bizikan aku???
 Sebab apa aku bizi?
Few weeks before school holidays abah meninggal..
Pastu bizi ngan cara nak cuti sekolah..
Pastu kenduri arwah..
Then adik aku nikah.
Then kenduri adik aku..
Then aku pindah umah..
Ni pun still byk brg lum pindah ke umah baru kami..
Baru yg kecik2..
Yg kesian cik tima kami la.. Kena angkut brg2..
Cian2.. Sepanjang dok Jepun.. takde maknanya nak bawak brg berat..
Smpi2 jer m`sia ni.. macam2 tuan baru dia kerjakan dia...
Then next week kenduri kawin member2... kawan2.. adik2 kawan....
Ari khamis 22/12.. amani orientasi pra sekolah..
Ok.. dia akan sekolah sebelah jer ngan kelas aku..
Hehehehe.. Senang kan? Meh sekolah ngan aku.. Balik pun ngan aku..
Adelia ttp dok ngan mama dia a.k.a bbysitternya..
Opsss.. umah kami pun sgt2 la dekat ngan bbysitter Adelia.
setaman.. Kentut pun boleh dengar org kata..
Pendek kata.. kalau aku dok jerkah2 anak2 tu mmg malu gak la org dgr..
26/12.. meeting guru..
28-29 minggu pra persekolahan..
huhuhuu.. betul dak aku kata....
Mcm tak rasa cuti langsungkan????
Keje jer..
Ari2 biasa aku penuh dgn kerja2 angkut mengangkut barang2 umah..
Itu pun berbanyak tq la kat mrs bibik a.k.a k.mari, bibik indon yg aku amanahkan utk packing brg2 umahku..
Tugas aku? Cuma angkut masuk kete n angkut dr kete masuk umah..
Senangkan?
Tak jugak.. sakit badan lol asyik dok angkat benda berat...
Aku mmg tak mau susahkan hubby.. Sbb dia teramat2 bizi dengan AMIDA ENT..
So ni salah satu cara aku kurangkan beban sang suamiku la...
Ok la...
GTG.. Aku dah fenin fenin lalat nih...
Nak bawak anak2 masyuk titun...
Ok la ek..
Jumpa lagi bila aku ade mase utk berpot pet pot pet k..
Jgn rindu rinduan sama gue tau...
Bye

Wednesday, November 30, 2011

Arwah abah....

Salam guys..
Sure korang herankan mana la peginya si penulis poyos ni kan?
Actually aku mmg bizi..
Takde la bizi sgt but masa byk tak mengizinkan..
Bulan nov bulan yg penuh dengan catatan2 harian..
Ada sedih.. ada gembira.. ada happy.. ada duka...
But as a human being, life must go on...

Before that..
I would like to say a pray to my late father in law
today is his birthday but he has passed away on 7/11/2011...
Masa tu aidiladha yang kedua...
"Abah, selamat hari lahir yang ke- 65.. Moga abah lebih tenang di sana.. Kami sekeluarga mendoakan moga segala urusan abah dipermudahkan di sana.. "

Actually, aku memang terasa sgt dengan kehilangan abah.. Honestly said  i missed him so much coz he`s very supportive... Lagipun aku lagi mesra ngan abah compare to my own father.. Korang pun tau kan camna abah aku.. Bukannya nak sangat smebang2 ni... Setahun boleh kira brapa kali sgt la aku tegur abah.. But ngan father in law mmg lain... Arwah abah jugak sgt cool.. Kami boleh borak n aku rasa easy to ask him anything.. Kalau ada prob abah akan try solve sebaik mungkin..
Kejayaan aku hari ini sebagai guru pun byk atas pertolongan abah..
Masa dpt interview, pastu dah abih kursus KPLI.. masa nak posting, abah kalut carikan tmpt posting utk aku.. Kalut tepon sana sini nak tau tmpt aku dipostingkan...
Sampaikan masa mesyuarat guru2 baru dgn KS (Ketua Sektor) Jabatan Pelajaran Negeri,
KS tegur "saya selalu trima call dari seorang pakcik nih... Asyik dok tanya ja mana anak dia dpt posting, sekolah mana.. Last2 baru saya tau.. anak yang dimaksudkan tu menantu dia"
Saya tau cikgu tu yg mana satu... Wow!!! Sampai camtu sekali korang my late father usahakan.. Mana ngan surat sokongan lagi utk aku posting... Thanks so much abah..
Kalau aku tau abah akan tinggalkan kami... dah lama aku ucapkan tima kasih kat abah..
Pertolongan abah terlalu byk utk kami..
Kemewahan kami nikmati hari ni semuanya atas pertolongan abah..

But anyhow aku rasa bersyukur sesgt.. Masa ari raya aidiladha tu, mr hubby mintak nak jaga abah semalam..
Aku tak byk bantah cuma izinkan.. Juz aku cakap " P la yang, andai kata abah dah takda nanti kurang- kurang yyg takde la regret sgt sbb tak pernah jaga abah"
Ptgnya bila aku p lawat, aku tgk condition abah makin teruk...
Hubby again mintak nak jaga abah lagi...
Aku stuju even masa tu adelia mmg tgk demam, kena neb kat PMC (putra medical centre) 3 kali sehari selama 3 hari sbb byk kahak lam dada..
But malamnya mmg aku tak leh nak lena.. Sgt2 tak boleh.. Asyik nangis jer sambil pandang muka anak2...
Sms antara aku ngan hubby berterusan smpi ke pagi..
Tgh malam around 2.30 hubby sms kata doktor minta buat keputusan sama ada nak remain abah di wad atau bawak abah ke ICU coz condition abah became worst...
Aku mmg nak ke hosp tapi hubby halang.. Katanya jgn dulu.. Dia dan adik amir ada.. Anything he will let me know..
Till pukul 4.30 aku mmg tak leh lelap.. Asyik terpikir camna abah kat hosp.. Pukul 7.00 aku terjaga tgk ada sms dr hubby..mintak aku segera ke hosp.. "B mai hosp cpt.. nafas abah makin slow"
Aku tak sempat ada di sisi abah masa abah mengembus nafas tp dari apa yg hubby dan adik iparku cakap.. senag sgt abah pergi..
Alhamdulillah segala urusan berjalan lancar..

Aku sgt2 respect abah..Perjalanan hidupnya cukup teratur.. penuh disiplin..
Segalanya tercatat... Hinggakan arwah pergi meninggalkan kami pun dalam keadaan yg cukup teratur.. Seperti telah direncanakan oleh dia sendiri..
Permintaan abah agar dia dimandikan dan dikafankan di hospital.. Alasannya mak takde sedara mara..
Duit ringgit utk segala urusan juga telah tersedia.. Camna la aku tak katakan perjalanan hidup abah cukup teratur? Jenazah sampai di umah pukul 11.30 camtu.. Lepas jer azan zohor, kami bawa jenazah naik kereta estima ( sbb abah yg beria nak kami pakai kete ni.. abah yg bayarkan duit cukai kete nih) sbb tu aku katakan abah byk beri kami kemewahan.. Semua kemwahan yg kami miliki sekarang ni atas berkat dr abah.. Abah pernah kata kalau dia tak dpt naik kete ni jenazah dia la naik.. Kami penuhi hast\rat abah utk bawa smpi ke kubur...
Lepas sembahyang dan takbir raya sekali jenazah abah selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Pendang... Dekat sgt ngan jalan..
Tiap2 kali lalu utk ke rumah mama (bbysitter) or ke kedai or mana2.. mesti my 2 kiddos akan cakap "Assalamualaikum wan... kitorg nak g umah mama ni wan"
"Assalamualaikum wan, kitorang nak balik umah dah ni wan"
Perkara ni berulang sampai sekarang.. Dah macam habit...

Abah... elin respect abah sesgt.. Even elin jarang cakap, jarang tunjukkan sikap concern kat family tp sebenarnya mmg elin sayangkan family abah... Cuma mayb sikap elin yg mcm tak ambil kisah.. Mmg elin nmpk ganas, kasar, lepas laku but sebenarnya elin sgt2 sygkan family elin ngan family abah..
Elin bangga sesgt dapat jadi menantu dalam kelaurga AHMAD MOKTAR sbb... terus terang cakap.. abah dah membentuk anak2 yg sgt prihatin, patuh pada org tua.. respect pada mak bapak... sangat mementingkan kekeluargaan... Bangga tgk anak2 abah bersatu padu uruskan jenazah abah aritu.. Jaga mak.. Jaga kebajikan mak... Elin tgk semua sepakat.. Semua bersatu.. Kak dengan urusan kenduri kendara, jaga mak, kebajikan mak... Abang dengan urusan bank, uruskan sijil kematian abah dan segala- galanya.. Amie uruskan bahagian contact2 sahabat handai abah inform pemergian abah.. jemput org utk tahlil.. Adik amir.. urusan ke masjid... elin sgt2 kagum dgn adik amir.. even dia lama kat jepun bah.. tp dia tak lupa diri.. Sgt2 kagum camna dia handle situasi, handle mak, cakap ngan mak dgn penuh respect dan dia yg selalu ke masjid sepanjang ketiadaan abah.. Family abah sgt bersatu padu.. Sgt2 caring among each other... Elin sg2 bangga tp sayang... kami terutamanya amie.. masih harapkan abah ada untuk bimbing dia dlm dunia business ni.. Sekurang2nya 20 thn lagi... Byk ilmu masih dia perlukan dari abah.. AMie pernah kata "Kalau org lain rindukan abah 5%, rindu dia 100%.. sbb abah kawan seperjuangan dia... Kawan bergaduh.. kawan bekerja dia"
Amie mmg down sgt2 bah dua minggu lepas abah pegi.. Elin takut sgt tgk keadaan dia.. takut dia tak leh nak recover.. tp alhamdulillah dia bangun bali dengan pertolongan kak..
Dia cakap "abah syg sgt2 AMIDA ENT ni... dia akan buat yg terbaik utk pastikan AMIDA terus berkembang..

Doa kami sekeluarga moga abah tenang di sana.. Rehat la puas2 abah.. Satu hari nanti kita semua akan berkumpul semula sebagai satu keluarga.. Moga abah tenang di sana dan ditmepatkan dikalangan orang- orang yang beriman... AMIN...

Pic my late abah.. ehsan facebook my bro in law

Wednesday, November 23, 2011

Macam- macam nak buat tapi...

Salam semua..
Lama kan aku tak hapdate entry nih..
Nak view blog sendiri pun cam ada prob je..
Itu salah satu tanda dah lama aku tak bukak blog aku nih..
Siyesss.. Aku sgt2 bz..
Next entry aku stori mori kat u ols k nape aku bizi..
Antara aku nak stori bout
1. kenduri adik aku
2. cuti sekolah dah mula..
3. Arwah abah
4. Keadaan kami skg nih..
Byk nak storikan tapi aku mmg takde masa..

Monday, November 14, 2011

I`m back....

I`m back.. but still need to settle a few things before back to normal.. Need more time to adapt with new situation.. Al- fatihah to arwah abah.. Tenang ya abah di sana.. Kami semua sayangkan abah..

Sunday, October 30, 2011

Permata hatiku.....

 









 


Salam semua...
Sure korang semua herankan..
Apa mimpi la pompun sorg ni.. Takde angin takde ribut tetiba jer upload picture permata hati berdua ni byk2..
Ekceli ada insiden berlaku kelmarin yg buatkan aku fobia sampai ke harini..
Kelmarin petang, masa kami anak beranak dah siap2 nak tunggu hubby amik from umah MIL tetiba yeya mintak nak susu..
Masa dia dok merangkak nak baring atas bantal kecik tetiba camna tah tangan yeya boleh tergeleceh (org kedah ckp)..
Terus kepala dia tersembam kat atas lantai..
Immediately jugak dia trus nangis...
Aku pun trus la terpa pi kat yeya nak pujuk..
But suddently aku t`perasan mata hitam yeya naik ke atas n kelopak mata dia hampir tertutup.. And in a few seconds only muka dia jadi biru..
Punya la panic aku time tu..
Terus aku cempung badan dia sambil tunggingkan badan ?
dia..
Terus aku tepuk2 badan dia sambil panggil "adik sedar dik.. sedar dik.."
A few seconds gak la dia dia smbil mulut ternganga menangis..
Last2 baru dengar bunyi dia Arghh..
Terus aku panggungkan kepala dia, usap2 muka dia bagi dia cool skit, hembus bg dia tersentak dari nangis tu..
Org kedah panggil selop kot kalau tak salah aku bila dia nangis teruk..
A few seconds gitu baru dengar dia menangis dan panggil "nak daddy.. nak daddy"
Lepas2 dengar permata hati ni nangis, barulah rasa lega yang amat2..
Terus aku peluk, cium permata hati nih..
Rasa takut sangat kehilangan anak-anakku ini..
Ya Allah, semoga anak- anakku amani dan adelia sihat sejahtera di dunia dan juga di akhirat..
Lepas2 kejadian tu terus aku peluk adelia puas2..
Yang si kakak pulak dok peluk aku sambil mulut sibuk bertanya:

Kakak:- await mummy.. nape cry?

Mummy: Kakak, adik boleh mati tau tadi kalau mummy takdak..

Kakak: Await?

Mummy: Kan adik nangis tadi.. adik tak leh nafas...

Kakak: Await mummy cry?

Mummy: Sbb mummy syang kakak ngan adik... Mummy tak mau kakak ngan adik mati.. Mummy rela sakit dari tgk anak2     mummy jadi mcm ni..

Korang yang pernah alami semua ni mesti terbayang2kan? Aku pun sama... Dok terbayang2 lagi kejadian ptg tu.. Kalau la aku takdak masa tu.. Kalau la aku dok kat dapur ke.. Apa la nak jadi kat adelia masa tu.. Nauzubillah... Lindungi lah anak-anakku ini Ya Allah.. Mmg amat sayangkan mereka dan juga mr suami...

Thursday, October 13, 2011

Jatuh cinta..



Salam korang...
Penah tak orang dengar lagu nih?
Ku sudah jatuh cinta sama Johan Arif...
Bukan dia actuallynya... tp watak dia lam cite Cinta Ellysa...
Bukan aku jer ek yang layan cite nih..
Cer pikir cer pikir sape...
Hehehe.. Anak dara ku yg sorang tu.. Amani..
Pantang dengar lagu Kisah Dongeng cepat jer mulut tu sebut "Abang Samseng"
Yang si adik len pulak kisahnya ...
Kalau tertengok iklan Cinta Ellysa trus jer mulut tu sebut "bang encem"
Kalau mummy depa pulak..
Sanggup dok ternganga depan TV.. Feeling abih.. Smpikan mr suami dok sebelah pun at deek jer..
Penangan Cinta Ellysa...
Bih tu cite ni jer yg leh layan feeling pun..
Kalau cite Sofiyya bukan tak syok tp time maghrib...
Tak best la nak layan..
Mana ngan nak siapkan makan malam.. ngan siapkan budak2..
Ok la..
Till we meet again .. itu pun kalau aku ada byk masa pree time..
Bye...





Bizi dan terus bizi..

Salam semua..
Heran tak? heran tak?
Sure korang tak heran kan nape aku ada byk masa nak hpdate blog rini..
Aku cuti peristiwa arini..
Sebab kelmarin kat sek aku ada hari kantin...
Tahun ni kitorg tak jual apa2.. juz membeli dan memakan sahaja...
Napsu kuat sungguh..
Lepas rojak, ais blanded pastu kedarah kopok leko smpi RM3...
Pastu ajak member2 cikgu n adik2 pembantu gi makan kat gerai luar sek..
Kedarah bihun soto, cendol pulut dan sirap ais..
Puhhhh..lega..
Tapi rini takde mende la sgt.. Yg mkn semua dah kuar balik pagi td..
Huahahahaha..

So apa kes rini?
Apa lagi, megemas la umah yg sedia bersepah, 3 bukit baju nak kena lipat n iron..
But syukran2.. mr suami cakap "takpe la.. lipat n bungkus.."
Aikssss.. nak halau aku ke?
Takde maknanya .. Ini kan mrs lubly wife dia.. Ngegegege..
Mr suami kata" dah bungkus2 tu, antar pegi dobi..
Nnt claim kat dia.."
Dengar2 claim kat mr suami.. tenang dunia.. aman pikiran...
Tapi utk iron jer tau..
lum boleh kuar n his condition is getting worse...
So hope pada yang baca, pls doakan kesihatan my father in lw betambah baik.. Recover secepat mungkin sebab kami anak2 tak sabar nak tgk abah back mcm dolu2.. Kat kerja, ceria.. skg abah terlantar je kat katil hosp.. Pity of him n my family in law...

Monday, September 26, 2011

Nak hapdate skit lagi...

Salam peeps..
Salam aidilfitri..
Lagi sehari.... abis la bulan syawal..
Tahun depan kita jumpa lagi..
kejap jer rasanya kan???
Serasanya tak puaskan berhari raya.

Ok benda- benda aku nak hapdate:-
1. My Father in law still admitted kat wad lagi.. Ari tu dah ok skit but lately i received news from my sister in law,
my father`s condition tak berapa nak elok... Kami semua doakan abah sihat kembali..Kawan2, dokan lah my FIL recover ASAP..
Father In Law wif encik suami


Our simple family ngan FIL di pagi Syawal...


2. gathering geng2 poly hubby kat SP (umah Jul)
Dah jadi mcm 1 agenda tahunan pulak, tiap2 tahun mmg kawan2 hubby akan wat reunion.. samada open house or bukak posa... Korang sure heran kan.. asyik2 kawan hubby aku jer kan.. Mana kawan2 aku.. Well.. my frens ramai kat KL.. Keje sana, kawen org sana dan beli umah pun kat sana.. So nan ada la reunion2 ni unless kitorg wat reunion besaran kat mana2 club or hotel utk semua batch... Even semua tu member2 hubby but so far alhamdulillah, kami bini2 semua ok.. rapat each other...








3. Semakin minat nak masak- masak esp buat2 kek ni...
Hehehehe.. semuanya start bila aku terhegeh2 membeli oven baru (hehehe..) and new mixer (jugak hehehe)..
Nafsu membeli memang tinggi walaupu nak membuatnya bukan seberapa sgt pun...
Tapi dengan bangganya nak bagitau... MENJADI KEK EDEN!!!!! HEHEHEHEHE.. gelak riak...
Pastu bila ade cuti, rajin jer eden masak untuk anak2 eden...
Macaroni with fishball & mushroom cream for anak2


Fried mee for encik suami breakfast


Tengok2. budak ni dah tak sabar2 nak membaham....


Hehehe.. ini la my kitchen helper... kecik dan comel macam tuannya.. Dlm tu kek aku tgh baking..


My butter cake.. Marvellouse

4. Aktiviti bersama anak2..
Cam biasa, aku ni kan poyo skit.. aka over pun ade.. time rajin tu.. pulun beli..
bab kata encik suami.. mummy tu semua dia boleh.. tapi cer kalau mood tak baik..
abih semu dia campak.. So oleh sebab mood aku baik, aku reward la anak kesayanganku itu clay doh...
Kunun2 nak jadi mcm mak2 salleh la utk brain development anak2 kununnya...
So bila dah beli.. wajib la buatkan sbb nanti mula la enjin en suami berbunyi2...
Focus.. focus..






Budak ni pun nak join.. Kasi jer la.. Jgn nangis sudah..


Hasil kerja mereka...



5. Karenah anak- anak yang makin membesar
Yaduh2.. kadang2 mau pusing kepala mak dengan karenah anak2.. Kecik cara kecik.. besaq cara besaq..
Kalau adik tak menyakat kakak, kakak sakat adik. Bih tu camna la umah nak aman.. Tu sebab kekadang mau menyinga aku ngan karenah anak2.. Encik suami jugak la yang mengamankan keadaan... Biasa la encik suami.. Cool and steady...
Budak tak malu.. Masa amik pic ni encik suami yg soh sbb korang tgk la gayung kat pala..
Masa nak amik pic jer dia tutup **tut** ... Tak malu anak sorang nih..


Ni budak asyik nak melaram... Hebat!!! Kata si kakak

6. Minum petang bersama anak- anak
tu dia punya byk hapdate aku kan???? Ok laaa last hapdate aku..
Laman umah aku dah shantek.... jgn jeles..
Bila dah shantek.. mula la nk over.. So lepas goreng2 kopok leko kat anak2, bancuh milo ais..
Aku pun ala2 datin wannabe dok la lepak2 ngan anak2 sesambil tgk2 anak2 kayuh beskal, gadu, makan2..

Ok la..chow bambino...
My mr suami dah nak amik ni.. Aku kat sekolah nih..
Ok la.. daaaa

Saturday, September 24, 2011

Lamanya.. berabuk sudah...

Salam semua..




Lamanya tak menhapdate..
Siyes cakap mmg bizi..
Sgt2 bizi..
Apa yg dibizikan? Entahlah tapi rasanya manjang ada menda nak settlekan..
Kalau bukak laptop pun sekadar nak review jer..
Nak taip2.. nak komen2 idak sempat..
So kepada yang merinduiku....
Maap la ek.. eden terlalu bizi.. dengan kehidupan bekerjaya dan bekeluarga..
Apa2 pun... lepas2 raya ni.. aku terpikir sesuatu..
Jeng.. jeng... jeng...

Mode:- nak ada baby baru..
hehehehe.. gediks dak???
Siyesss... mmg aku plan ke arah itu..
Sbbnya? By the time aku age 34.. cewah!!!! berangan...
SHHHHHHH!!! Diam sat dengaq dolu apa aku nak stori nih..
Aku plan next year nak deliver bby k... (Aku ulangi NEXT YEAR itupun kalau ada rezeki dariNYA...)
Kalau takdir bby girl, aku try lagi la for the last time another 3 years.. it will b in year 2015.. by the time aku age 35.. Pastu stop trus...
Kalau takdirnya rezeki aku lepas nih anak lelaki... trus machine shut down okhhhhh...
Mahu membesarkan kanak2 ribena ini sebaik mungkin..
Itupun perancangan jer.. nama pun planningkan? Jadi tak jadi belakang cite.. Yang penting perancangan tu ada...
Yang penting usaha ada.. hehehehe
Ok la.. selit skit gambar anak2 dara saya yang makin membesar, aktif, lasak, bijak, pandai, cerdik dalam berkata2...