Pages

Tuesday, March 15, 2011

Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Berkuat Kuasa 1 Mac 2012

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA) berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.
"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.
Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini Isnin.
"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".
Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.
Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah,
Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.
Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.
"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.
Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.
Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.
Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http://moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my/.

P/s:- so kawan- kawan di luar sana.. apakah brand2 yang korang rasa selamat untuk baby2 kesayangan korang di luar sana? Ada byk brand outside yang mmg selamat digunakan.. pigeon mmg konpim BPA free (produk dr japan), philips avent pun mmg selamat furthermore anti cholic lagi tu... jenama mam (tak penah dengar??? new brand n mmg ok sgt2... tommee tippee from UK but susah skit la nak dapat kat sini.. (pun tak tau gak brand ni?? try tanya kawan korang dr Uk.. most of them mmg pakai brand nih).. Lastly yg aku tau la kan.. jenama dr brown but aku kureng skit la brand ni coz dia ada mcm straw dlm tu.. so a bit susah skit bila nak basuh.. Kena berus guna berus paling kecik kat dlm laluan straw tu. So momies, pls be in ur mind k.. Kita pakai bottle branded bkn utk menayang kat orang or menunjuk2 kata kaya or whatever k.. But because of our baby`s safety.. Pls bear in ur mind this thing... Kesian anak2 kita bkn sbb " oh!! anak aku pakai brand avent... brand mahal tu!!".. Nope!! That`s not the main point kita guna jenama2 di atas nih.. Sebab utama: spt berita di atas la.. Nak elakkan daripada perkara tak elok terhadap anak2 kita... Prevention is better than cure rite??? Ok la itu saja utk petang2 nih.. Jangan marah saya if mengatakan hal yang benar coz saya tak mau kita salah paham dengan sebab utama kita membeli sesuatu barang tu..Yang penting anak- anak kita semua selamat.. Amin...K.. byeeee...
So bawah ni ade la pictures of milk bottle yg mmg BPA free yang "BRANDED" la untuk kita pikir- pikirkan untuk membelinya.. Ingatnya... beli untuk keselamatan anak.. bukan menunjuk tau....
Yang ni korang pun tau kot.. jenama dr brown..
Senang nak dpt kat pasaraya kat Malaysia skg ni.. But yg lecehnya tu la.. straw dlm tu.. Kalau tak betul2 basuh leh lekat basi susu dlm tu... pastu dlm dia pun ade lagi satu injuction kecik.. Pun leceh nak basuh...
Yang ni evenflow.. Kalu nak kena la order ngan kawan2 kat UK... Hehehe.. Susah skit nak dapat brand ni unless beli online la kan..
Brand mam
Pun brand mam,.... but ade pattern cartoon skit la.. Cute
Yang ni brand momo baby.. Pun from oversea... Elok sgt2.. Ade grip lagi coz ni glass bottle
Momo baby gak..
Yang ni brand nuby....
yang ni mmg tak yah cite la korang semua kenal... Dah takde "grand" pun pakai bottle ni coz semakin ramai org mampu memilikinya utk keselamatan anak2 coz mmg terjamin BPA free
Yang ni brand podee...
Yang ni aku berkenan tapi tak tau nak order kat ne..Silikid silicone bottle sleeves.. Kalau korang tau inform aku eh kat ne leh dpt bottle nih...
Yang ni brand think baby.. Pattern so and so jer but ok la dari pattern avent kan???
Yang ni paling affordable kan.. Jenama pigeon.. Nak cari kat ne pun senang.. Semua shopping complex ada kan???

No comments:

Post a Comment