Pages

Monday, July 23, 2012

Dah lama sudahhhh...

Salam...
Rasanya dah lama sangat aku tinggalkan blog ni..
Bukan takde latest news nak hupdate..
Ada banyak sangat perkara.. benda aku nak share tapi..
Bila start nak menaip jer idea hilang..
Kosong... kosong.. kosong... (ala- ala lagu najwa latip gitu)
Opss.. before too late.. salam ramadhan al mubarak untuk semua kawan- kawan...
Moga ramadhan kali ini menambahkan keberkatan kita semua dalam menunaikan ibadah puasa...
Dalam kita berpuasa ingat sama untuk menambah amalan lain yang sedia ada dan jangan lupa banyakkan bersedekah...


Ok la... aku nak continue masuk kelas..
Esok aku hupdate k...
Bye..

Salam ramadhan untuk semua...

Tuesday, June 19, 2012

Bersawang Sudah...

Salam...
Semuanya sihat?
Esok2 la ya saya update diari ni..
Bukan apa.... saya sangat2 bizi sekarang nih...
Banyak kerja perlu disettlekan..
Balik umah pulak.. dgn cara urusan umah.. Dah tu makin malas nak hupdate n3 sbb internet pun slow mcm tortoise...
Kat sekolah, mmg tak sempat..
Nnnt2 la ya..
Nway, saya sihat walafiat bersama keluarga tersayang... Alhamdulillah

Monday, April 16, 2012

Nasihat seseorang....

Salam peeps...
Sekadar untuk renungan kita bersama...
Bila dibaca, direnung... ada kebenaran dari semua perkara dibawah..

 
1.Jangan tengok orang yang lebih beruntung dari kita...tapi tengok org yang lebih teruk dari kita...kita akan lebih bersyukur dengan apa yg kita ada..

2.Jika ingin mencari pasangan jangan lihat pada rupanya tapi lihatlah pada agamanya dan selebihnya barulah apa yang kita mahukan.

3. Jangan kerana hanya ingin mengejar cita-cita sehingga kita lupa orang yang selalu sokong iaitu adalah kawan-kawan dan orang yang selalu di sekeliling kita.

4. Jangan kerana cinta buatkan kita lupakan segalanya dan buat kita lalai sepatutnya cinta buatkan kita lebih kuat dan bersemangat untuk melakukan segalanya.

5. Dimana kita berada,setingga mana darjat kita tapi jangan lupa kepada ibu bapa yang selami ini melengkapi segala keperluan. Bukan harta yang di minta tapi kasih sayang dari seorang anak.

6. Jangan streeskan diri kerana keadaan sepatutnya kawalah stress , kerana manusia yang hebat adalah dapat mengawal emosinya sendiri

7. Jangan selalu berikan alasan kerana orang yang banyak berikan alasan adalah orang yang akan menemui kegagalan dan seharusnya mencari penyelesaian sebelum alasan itu di kemukakan.

8. Setiap perubahan yang dilakukan biarlah kerana-Nya.Nak jadi soleh bukan semata-mata nak dapatkan yang solehah.Target utama tetap nak dapatkan cinta Allah swt.

9.Jangan pendamkan apa yang kita rasa, luahkanlah tapi biar bertempat dan pada orang yang sepatutnya.Dan yang penting jangan buka aib diri sendiri dan orang lain. 10.Muliakanlah di agar dia juga memuliakanmu dan banyaklah bersikap setuju agar dia lebih lama menjadi pendampingmu."
"Kamu tidak akan mencapai apa yang kamu inginkan, kecuali bila mengutamakn keridhaannya atas keridhaanmu, dan mendahulukan hawa nafsunya terhadap hawa nafsumu dalam hal-hal yang kamu senagi dan kamu benci."







Perlukah berdiam diri?

Salam kawan- kawan?
Lama saya tak ke udara.. Asal ke udara sure ada topik yg perlu saya citekan...
Rasanya takde mende sgt yang menganggu  cuma sbb ada sikit rasa sedih + terkilan + tak percaya + regret + marah = saya rasa nak luahkan...
Saya malas nak marah- marah tapi tu la kan.. bila kita berdiam diri semakin ramai yang mengambil kesempatan.. semakin ramai yang mengambil kesempatan nak pijak kepala....

Inilah keadaan aku skg nih....

Rasa mcm nak meledak tapi....... aku sabarkan diri lagi.. byk perkara yang menguris hati aku kat workplace tapi aku gagahkan jua.. aku sabarkan diri sbb pikirkan gaji ku bkn mereka yang bayar... aku teruskan niat mencari rezeki untuk kehidupan kami sekeluarga.. Sekarang aku sedar dan akui wujudnya quote "lebih sudu dari kuah".. org bawahan ni mmg lebih meyebok dlm erti kata lain.. bizi body bab org, pedengki... tak boleh tgk org senang.. kaki ampu.. huhuhuhu..
sedih beb... aku mmg tak boleh tgk muka2 mereka ini.. tak boleh nak berbaik dah dgn mereka ni...

p/s:- to be continue

Wednesday, March 21, 2012

The worst things in my life...

Salam semua..
Moga semuanya sihat disamping keluarga..
Me too.. dok lepaking lam bilik sambil tgk muka anak2 dok tido sambil teringat2 kejadian tengahari tadi...






Ni semua my belove dotter yang sorang tu.. Picture since she was born smpi la sekarang..
Sekejap jer kan masa berlalu..
Sekarang dia dah 5 thn pun..
Secepat masa berlalu secepat tu juga la aku cuba melaksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang ibu kepada anak- anakku...
Kakak,
Sekarang ni boleh dikatakan tiap2 hari kakak akan create problem or kelaku bagi marah kakak..
Tau tak kakak, mummy usaha tak mau marahkan kakak..
Klau boleh mummy pun nak sangat jadi ibu yang penyayang.. yang mesra, yang masih boleh menzip mulut bila tgk kakak buat hal, yang masih boleh tersenyum bila kakak buat perangai..
Tapi mummy tak boleh nak.. Itu bukan mummy kamu....
Mummy bukan nak kakak jadi seperfect2 manusia.. Mummy nak anak mummy lalui alam kanak- kanak sama macam kanak- kanak yang lain..
Gembira, seronok, suka ria meneroka alam ni...
Terus terang kak.. tiap2 ari.. tiap2 malam mummy berdoa supaya hati kita berdua dilembutkan Allah...
Supaya mummy diberi kekuatan untuk berhadapan dengan perangai kakak..
Supaya setiap hari kita berdua penuh dengan warna warni sebagai anak dan mak..
Mummy tak mau marah2 kakak mcm kakak ni anak tiri mummy...
Tapi sayang..
setiap perbuatanmu sentiasa menipiskan tahap kesabaran mummy...
Meringankan tangan mummy untuk naik dan cubit kakak..
Tiap2 malam.. bila pandang wajah kakak dan adik tidur.. mummy nangis sbb mummy malu kat Allah, kat daddy, kat nanny dan atok, kat mak tok dan arwah wan dan kat semua family kita sbb mummy sebenarnya gagal melaksanakan tugas sebagai seorang ibu seperti yang diamanahkan Allah pada mummy..
Kakak selalu kata "Benci mummy bila mummy marah kakak.. cubit kakak.."
Tapi dalam hati mummy takde secubit even sebesar zarah pun perasaan benci kat anak mummy..
Mummy sentiasa doakan yang terbaik untuk mu sayang...
Dulu.. mummy selalu marah dan memberontak bila atok marahkan mummy.. bila nanny bebelkan mummy tapi sekarang bila mummy dah ada kakak dan adik baru mummy tau..
Kenapa atok marahkan mummy.. Kenapa nanny bebelkan mummy..
Sebab nak anak- anak jadi manusia yang berguna.. yang disukai dan disayangi semua orang..
Daddy marahkan mummy bila bising2 dan buat kakak..
Sebenarnya.. hati mummy lagi menderita.. merana.. sakit semuanya..
Pedih sgt2 hati ni sbb terpaksa marahkan.. terpaksa jatuhkan hukuman pada insan yang paling mummy sayang... kakak...
Selalu hati mummy tertanya- tanya.. "Adakah budak2 ni akan membenci aku.. Adakah Allah akan tarik balik kurniaan ni dariku sbb gagal menjaganya sebaik mungkin?"
"Kejam ke aku ni"
Kakak, dulu mummy pun macam kakak..
Mummy tak tau nape nanny asyik nak membebel bila mummy buat perkara yang nanny tak suka..
Mummy asyik tetanya2.. nape la atok ni tak macam bapak orang lain.. yang penyayang.. lembut dgn anak2..
Nak buat tu tak boleh.. nak buat ni tak boleh..
Tapi kak.. sekarang baru mummy sedar...
Semua yang atok dan nanny lakukan bersebab sayang..
Atok pernah bagitau mummy "Nnt bila awak dah ada anak.. awak akan tau sebab nape mak ngan abah buat semua ni"
Marah bukan tanda benci tapi tanda sayang..
Anak mummy.. Amani Damia Qistina...
Mummy tak pernah salahkan kakak kalau kakak bencikan mummy..
Kalau sebab ketegasan mummy kakak jadi memberontak...
Tapi mummy nak anak- anak semua tau..
Untuk jadi seperti hari ini.. byk cabaran, dugaan, pengalaman yang mummy terpaksa tempuhi dan mematangkan mummy..
Sayang...
Memang orang akan mempersoalkan ketegasan mummy..
memperlihatkan kegarangan mummy dalam mendidik anak tapi tahu tak kakak..
Manusia ada macam2 karakter... macam2 karenah..
Time mummy marah, bebel or cubit kakak mmg mereka simpati.. blame mummy..
Tapi kelak, percaya lah sayang..
Bila kelaku kakak makin melampau, mereka akan membenci, mengata, mengutuk kakak, mummy dan daddy..
Mummy dan daddy tak pandai jaga anak..
Perkataan yang paling mummy nak elakkan..
Paling mummy tak mau dengar..
Sebab, itulah jua perkataan yang keluar dari mulut orang pada atok dan nanny..
Itu yang cuba mummy elakkan sayang..
Hati mummy lagi sakit kak bila tgk orang lain yang marahkan kakak, yang tegur kakak, yang pukul kakak..
Biar mummy sakit sekarang kak.. biar hati mummy menderita sekarang kak..
Kelak mummy boleh tersenyum tgk IQ dan EQ anak- anak mummy seimbang dengan perilaku dan kepintaran masing- masing....
Amani Damia Qistina,
Andai kata, satu hari nnt kakak terbaca... tertengok nukilan hati mummy ni..
Pahamilah sayang..
Mummy terlalu menyayangi permata hati mummy ni..
Both of u..
Sangat2 sayangkan kakak dan adik..
mana mungkin mummy membenci zuriat yang menjadi impian mummy dan daddy..
Sebagai tanda cinta mummy dan daddy..
mummy sanggup berhabis duit.. berpenat.. berlelah untuk lihat kebahagiaan anak2 mumy..
Doa mummy moga kakak dan adik menjadi manusia yang berguna, berilmu, anak2 yang solehah untuk mummy dan daddy..
Maafkan mummy sbb tak dapat menjadi mummy yang baik untuk kakak dan adik..
Mummy dah cuba kakak.. adik..tapi mummy gagal...
Maafkan mummy sbb buat kakak dan adik membenci mummy.. percayalah sayang..
satu hari nnt.. kakak dan adik akan tau kenapa mummy buat semua ni.. kenapa mummy marahkan kakak.. marahkan adik.. bebelkan kakak.. bebelkan adik.. Percayalah sayang..
Maafkan mummy sekali lagi..
mummy sayang kakak dan adik... 


Sunday, March 18, 2012

Apple Pie Is 3.. Our marriage is 6...

Salam semua..
Apa- apa pun aku nak ucapakan syukur yang teramat2 sangat.
Sebab:-
1. Syukur kepada Allah kerana diberikan kekuatan dan kesihatan tubuh badan untuk aku dan suami merasai alam rumahtangga selama 6 thn ni..
Harapan aku moga2 hubungan dan ikatan ini kekal hingga ke akhir hayat kami berdua..
Doa- doakan ya kawan- kawan...
Alhamdulillah...
2. Seterusnya syukur kepadamu Ya Allah sebab dikurniakan zuriat yang secantik- cantik ciptaanMu ya Allah.. Alhamdulillah.. She`s already 3years old.. Membesar sebagai seorang kanak- kanak yang cerdik.. comel and most of all she`s very talkative(see her mum la..) Even a bit pelat....
Syukur padamu Ya Allah kerana kehidupan hari ini adalah dari ketentuanmu.. Moga bahagia itu milik kami selamanya... Amin

And as the result.. mesti ada celebrate skit2 kan... tak pegi jauh- jauh pun.. Just dok dekat2 area utara jer pun...










Tuesday, March 6, 2012

Salam semua...
Nak share sikit pembacaan petang ni utk kawan- kawan yang baca blog nih...




Dalam menangani karenah anak...aku ada cara nak share ngan kawan2..dan ianya juga sebagai ingatan kpd aku sampai bila2...almaklumlaaa..amani dan adelia dah makin membesar dan byk karenahnya. Aku kena byk bersabar...







Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.


Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.






Di sini, aku ingin berkongsi antara doa2 yang patut diamalkan dalam menangani kerenah anak sendiri.


Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”


Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.


Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”


Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.


Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.


Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. ”


Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.


Selepas solat lima waktu,amalkand oa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”


Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”






Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.

Yeya is 3...

Salam semua..
Harap2 belum terlambat untuk ucapan
"HEPI 3rd BESDAY UNTUK MY APPLE PIE"
Doa mummy moga yeya menjadi anak yang baik, mendengar kata.. anak yang solehah..
Diberi kekuatan dan kesihatan tubuh badan..
Dan semestinya mummy, daddy dan tatak amani nak yeya tau.. Kami semua sayang sangat2 kat Yeya..
And as usual, there`s no besday celebration for my apple pie but mayb mummy and daddy bring u to a place where u really enjoy, have fun there and will never forget the moment..
In the same time, mummy and daddy pun nak gak la.. join sekaki celebrate our 6th anniversary yang jatuh pada 10th Mac 2012 nih.. Jap jer kan dah 6 thn.. Rasa mcm baru jer main kawen2 ngan mr hubby..
Hadiah utk yeya... mayb lambat skit dapat sbb mummy tgh tunggu kurier from my fren....
Tunggu..
Kek??? Mummy juz order and delivery will arrive at our hotel the next day...
Yeya request nak kek mr bean.. So insya allah ur mr bean cake will deliver to us....
Ingatkan nak wat suprise2 but my laling say.. what for la suprise2 nih..  Yeya bukan tau sgt apa itu SUPRISE lagi kan???
Apa2 pun.. ucapan mummy moga yeya jadi anak yang baik.. solehah.. mendengar kata..
Sayang sangat pada adik...
Tak lupa juga pada kakak... Sayang kakak jugak.. Mummy and daddy sayang anak- anak kami sgt2...
Kami kerja keras untuk pastikan kehidupan, masa depan anak- anak mummy ngan daddy lebih terjamin...
Mummy ngan daddy nak anak- anak tau.. susah payah.. jerit perih mummy ngan daddy bukan untuk anak- anak kami sia- siakan di masa hadapan.... Kenang jasa mummy dan daddy bila kami tua nanti...
Awal2 lagi kakak dh request nak cincin princess utk besday present dia.. Nak cake princess jugak.. huhuhuuu....






p/s:- destinasi cinta bersama yang tersayang....

Sunday, March 4, 2012

Ada petua tak?

Salam...
Anak- anak tgh zzzzzz..
Aku amik eluang hupdate n3..
Aku mmg sangat2 nak tido.. mate dah mcm digam2 tp.. tido petang tak elokkan?
So aku cuba style len..
Kemas umah, basuh baju..
So masa aku mmg tak terpikir nak tido..
This time juz need any opinion or ideas how to solve my princess problems..
Takde la masalah besar mana pun but...
Kdg2 org kedah kata cemuih nak face the same prob everyday..
Masalah my lil princess ni, tiap2 ari balik dr school sure mengamuk.. nangis2..
Mayb sbb penat kot..
Suma benda tak kena ngan dia nih..
Buat salah tak pedulikan pun lagi salah..
Huhuhuhu.. Siyess mmg sgt2 stress sbb aku tak suka la bising2 budak nangis nih.. Bingit..
Kdg2 dah diturutkan kata dia pun ada lagi benda yang tak kena..
Tp biasanya lps dia tido... baru ok kelaku tu...
Huhuhuhu.
Anak oh anak.. jgn la tiap2 ari cengini... Pusing pala mummy kamu nih...
Kalau hangin aku ok.. aku turutkn kalau dak mmg nak kena la budak ni kan..
Tapi tu la.. sdg berusaha utk tidak marahkan dia but each time dia wat hal mmg aku nak ngamuk la..
Ishhhh.. geram bangat.. . Kesian mmg sgt2 kesian tgk dia nangis2.. cari pasal nak bagi kita marah dia but dlm hati ni segunung sayang kat dia.. Mulut marah tapi dalam hati ni mmg kesian, geram, sedih...
Kalau korang tgk sure korang kata aku tak sayangkan dia.. Aku buat deek jer klau dia wat hal sdgkan dalam hati ni nak sangat ulik dia.. gomol2 dia.. pujuk2 dia.. but aku tau cara tu tak berhasil..Dia akan lagi ngamuk.. Aku nak dia tau bukan dgn wat perangai dia dapat segala- galanya... Mummy love u so much amani... Really love u my dear.. Sape tak sayangkan anak kan. Dri lam perut kita bawa dia ke hulu ke hilir... So takkan nak benci bila dia lahir.. Marah itu tandanya sayangkan????

Tertido keletihan..

Kesiankan??? Atas kerusi pun jadi tempat dia tertido..



p/s:- korang ada apa2 petua sementara nak smapai umah dan bagi dia tido tu... Huhuhuu.. Takkkan tiap2 ari asyik nak marah jer kan...

Saturday, February 25, 2012

Amani lagi...

Salam...
Pagi tadi sempat snap picture amani wat aktiviti luar kelas after assembly..
Batu bata tu sumanya from kelas aku..
Ada wat kerja- kerja penambahan kelas utk kelas Pendidikan Khas..
So kebetulan aku ada kat kelas dan ternapak kelibat my anak dara...

Tuuuu.. kecik jer kan anak aku.. Dua dari depan tu..


Haaa.. kawan2 dia kalut dok tunjuk kat aku bila tgk aku dok perati depa..

Haaa.. suma pakat dok tgk kat aku sambil bagitau amani mummy dok amik picture dia...
 Ok.... aritu kan aku cite kami p SP.. Then p beli barang kat TESCO sp kan..
So inilah hasil borongan amani dan adelia..
Sorang satu ku beli sbb dah tau nnt pasti bergaduh..
So malamnya, mulalah aksi anak2 ku..
Yang si daddy pulak,siap ikat kain kat belakang amani. Aku tgk dah ala- ala superman pun ada...
Actually dah lama amani request nak beli scooter mcm dalam kartun Timmy Time but belum jumpa yg affordable dan menarik..
So tetiba aritu terjumpa.. terus la beli..
Si adik, bukan reti naik pun..
Di seret jer la scooter nih...
Takpa la dik, janji jgn gaduh sudah...
Sekian..
Tgk la muka si amani.. Penuh ngan bedak, siap pakai wings lagi nek scooter..

p/s:- tah apa la nak haiahkan kat amani besday dia nnt.. Suma benda dah belikan.. Sape kata dah beli 2 tak gaduh.. Gaduh jugak bila balik umah.. Last2 ku angkat bulu ayam tepuk kat lantai.. trus diam dua2 bradik.. Sambil gelak2 kat aku.. Hadoyaiiiiii...

Kegilaan melampau...

Salam peepssssss..
Hai guys...
Aku takde mende nak bebel juz nak share kegilaan aku skg nih..
Laling kata kegilaan melampau..
Melampau ke?
I think it`s more kepada keperluan but a bit kepada kehendak rite?
But bising2 laling pun bila mintak berenti, siap tolong cari parking lagi..
Tapi... mintak mahap la ek dia nak masuk...
Dia dok luar jer k..
Aku pun donno sebabnya..
Antara reason aku dok budget2 sendiri la...
1. mayb sebab suma pompuan lam kedai tu.. Opppp koss la takkan lelaki nak masuk beli tudung kan..
2. sbb boring dok lelama lam kedai tu.. Opp kosss la.. pilih bukan senang beb.. Silap percaturan rugi duit.. Kaler kena la sama ngan baju nak pakaikan..
3. Yang ni aku rasa main couse dia tak mu masuk.. hehehehe.. Dia takut aku powww dia.. Hahahaha.. Jgn risau la laling.. Kalau aku nak masuk Ariani tu tandanya akuada duit la.. Dan itu bererti aku akan bayar sendiri.. Unless.. laling volunteer nak bayarkan.. Wah time tu.. pucuk dicita, ulam mendatang...
Ok, last friday aku gi SP, so kebetulan pulak gaji baru masuk.. then dapat pulak duit kutu..
So cakap kat laling soh singgah jap kat Ariani SP..
Aku ada la sekali pegi time mula2 Ariani bukak kat Sp masa tu tgh pegnen Adelia..
But time tu Ariani tak fames sgt..
Time aku pakai pun, lum ada ramai kawan2 yg pakai coz diorg kata mahal and tak berapa femes lagi tudung sytle indon tu.. Dolu2 la... Skg ni rata2 member aku mmg pakai tudung INDON ni la...
So sementara laling gi cari parking, aku bawak la kanak2 2 org ni masuk sama...
Dah si kakak ngan adik berlari berkejaran lam tu..
Abih2 lari2 merengek lak nak tudung ariani gak..
Kakak.. "Mummy ni kan.. nak beli lagi la tu tudung ariani.. Kan dah ada banyak tu"
Beletiaq kat aku laks si kakak..
Sempat la aku rembat 5 helai tudung kat sana but mostly aku amik Printed Awning Panel coz aku suka corak2 tudung Ariani..
Yang kosong tu biasa jer just beli utk pakai ngn baju kurung...
Laling geleng pala bila tgk aku kuar bawak paperbag Ariani..
Tau dah.. sgt2 sure mesti more than 3 la tu.. Kata laling..
Murah beb sbb 5 helai aku dapat beli RM375 coz tolak diskaun ngan kad platinum lagi 15%..
Kalau tak.. dlm RM500++ gak la coz printed Awning Panel tu sehelai RM138 kan... Ni lepas diskau jadi RM103 then tolak lagi 15%... Untungkan????
Lepas settle kerja2 aku kat Ariani.. teman laling gi survey Ipad2 kat Village Mall..
Malamnya bawak anak2 gi makan kat A&W dan shoping skit2 brg umah kat TESCO..
Habis sudah sehari perjalanan idup kami..


Kira- kira tadi dah lebih dari 20 helai tudung Ariani aku beli.. Huhuhu.. Kalau ikutkan duit mmg dah beribu habih hanya sebab tudung...but sbb minat... pejamkan mata jer la.. Skg ni trend tudung Pearl Haya dan Fareeda kan... Aku ada sehelai tudung Fareeda.. Beli masa gi S.Alam ritu.. Mahal RM138 utk sehelai selendang but cuma pakai sekali jer sbb tak selesa.. Membazirkan??? Then teringin nakpakai tudung Pearl Haya tapi mahal sgt la.. The cheapest pun sehelai RM169... Huhuhu.. Rasa syg laks duit kalau beli mahal2 macam Fareeda tu tapi pakai sekali jer.. Kalau ariani ni, harga agak berpatuttan dan mmg konpim selesa pakaii... Gila aku bab tudung Ariani, gila lagi mak aku.. Sekali bawak gi borong sampai 13 helai.. Sekali beli cecah ribuan terus.. Aku ada gak la limitkan... Paling byk aku penah beli kat Ariani pun RM600+++ sekali beli.... Itu pun first and last kot... Hehehehe.. Serik dah... Setakat beli 5 helai dlm 300+++ tu ok lagi la kan... Korang minat tudung pesen apa laks???


p/s:- mr hubby bising cz pakai tudung Ariani wat sidai baju kat luar umah.. Sakan kata beliau.. La bukan dah ada pakai jer la... Ishhhhh!!!! Ada lagi 1 kegilaan aku.. Mr hubby mmg geleng pala ngan pening pala ngan bini dia ni... AKu gila beli EMAS.. Barang kemas la, emas ketui2 tu la.. Janji emas... Utk pelaburan.. Siyess beb..Ritu masa aku beli emas public gold tu 20gm harga RM1990.. but now dah cecah RM4K.. Aku beli tak smapai 2 thn... Beli beb utk simpanan hari tua nnt... Sesak2 leh gadai.. Heheheh

Hobby baru...

Salam..
Selamat malam..
Sure korang tertanya-tanya.. aku nih tak tido lagi ke..
Ok.. Saje nak hupdate skit b4 aku beradu jap g...
Skg tgh dok online tiket airasia.. Ke mana???? Rohsia..
Hehehehe..
Seperti aku bagitau dlm n3 yg lepas, aku ade wat makaroni bakarkan?
Taraaaaaaaa.. Ni la dia makaroni bakar and agar-agar santan aku...
Tadi petang laks aku wat laksa..
Pes time cuba..
Alhamdulillah menjadi and leh jamu kat keluarga laling yang datang umah petang tadi...
Sekian hupdate aku..
Nak continue online k...
Bye...





p/s:- agar2 aku bit berbuih coz aku nak cepat, blander jer santan ngan telur sebiji..Kan kalau blander dia akan berbuih.. Tapi rasanya sodap...

Wednesday, February 22, 2012

Masak2....

Salam petang utk semua...
Korang kalau petang2 nih rajin dak nak wat makan apa2 utk tea???
Cadangnya petang ni nak wat la agar2 santan tapi santan laks non ado..
Santan kotak leh dak eh???
Tak penah coba so tak berapa nak berani...
Takut last2 ke PAKCIK "TONG" perginya...
So last week, tetiba terajin teringin terbuat pizza handmade.. (punya la byk TER)
Amende handmade.. Roti beli instant kat Kedai Bakery...
Juz topping dia jer aku wat sendiri...
Sodap beb wa cakap lu..
Masak sebiji.. Tak smapai 5 min habis even roti dia aku bake lam oven lama sgt so terover garing..
Tapi sedap beb...

  Pastu last Saturday, aku gi lepaking kat umah mak..
Teringin tertunjuk terterror la pulak kat adik ipar ngan adik2 yg len buat donut..
"Korang tgk kakak korang ni masak"
(Sebab tu laki dia gemukss... dia pun gemuksss...)
Sebab dia soka wat makan2...
Hahahaha..
Sekali bancuh pi bancuh mai..
Goreng2.. Sodap la pulak..
1/2kg tepung dpt la 20 biji donut bolat2 tu..
Yang cucuk ngan stick dpt la lam 20 btg..
Sebtg aku cucuk 3 biji...
Ingatkan tak laku sekali..
Hahhhh.. sampai adik ipar tapau wak balik umah sewa depa...
Bangga, kombang kompis hidung...

OK la.. Sementara anak2 dok tido..
Aku nak gi didihkan air wat agar2 marble jap...
Nak tunjuk rajin la pulak..
Bukan la...
Eden teringin nak makan la...
Till then..
byeeee

p/s:- esok2 aku upload ek pic n hupdate pasal makaroni bakar and agar2 marble aku ek.. Semalam wat makaroni bakar.. Ada skit lagi tu.. Jap ek nak gi amik bahan bukti nak boh lam blog.. Daaaa

Tudung Ekspress dan aksi bermake up

Salam all...
Kisah petang rabu..
A bit tired coz pagi tadi bawak my pupils outing kat Muzium Padi ngan Pusat Sains dan bawak budak2 gi TESCO stargate..
So masa kat sana, sempat la masuk Anakku, beli pyjamas sorang sepasang kat anak2 dara dua orang tu..
Opsss.. kakak daddy gi amik kat school tadi..
Then, teringat amani request nak tudung..
So beli la sorang satu... Adik kaler purple and kakak nak pink...
For mummy, nothing coz esok gaji so ari jumaat ni nak g beli belah skit...
Lagipun last week dah ke Penang dah merembat beberapa helai baju...
Tak gamak nak beli lagi..
Last 2 days dah borong shawls and dress + cardigan..
So balik umah, tgk la karenah..
Si kakak, takmo pulak tudung mummy belikan sebab uncomfortable katanya..
Mmg pun, awning dia cam dah patah..
Ok2 tomorrow kita g tukar...
Si adik, trus melaram tudungnya even kaler baju ngan tundung len bebenor kalernya..
Dah tu berseluar pendek laks..
Hentam saja lah labu janji ati soka..
Si kakak, a bit merajuk but later, 
"mummy, nak pakai lipstick"
Ok2.. but mummy kena pakaikan nnt patah lipstick tu..

Kakak with the face expression.... dah macam donald duck pun ado..


Adik with her new tudung.. Dah macam anak pakistan jual karpet pun ade... Ishhh.. idok ler.. anak aku tu...


Peace from yeya..


Lipstick time.. Hahahaha..


Layankan aje la perangai bebudak nih...
Seharian tinggal2kan..
Skg masa utk melayan..
Mna budak2 tu????
Anak2 aku kan tido petang2 nih..
So sementara meka tido, bek aku online, hupdate blog...
 hubby say, nape la belikan anak2 tu tudung lain.. Kan ade byk tudung tu.. Pakai jer la yg mummy punya pun.. Amboi... Bek skit nah.. Takkan nak bagi anak pakai tudung ariani and fareeda mummy kot.. Oiii la laling.. bukan skit2 duit la tu nak beli tudung ariani and fareeda...
Ok sekian...


p/s:- hubby bising.. sbb dok beli tudung ariani sampai dah cecah ribuan ringgit.. Dia kata wat beli makan lagi baik.. The problem is.. pernah ke kita tak cukup makan sbb tudung tu.. Aku tak penah mintak duit ngan laling utk keperluan dan kehendak aku.. Siyess talk sbb aku tau aku ada gaji.. Bil2, keperluan dan kehendak anak pun aku fullfill... Menabung pun ada.. Malu la nak mintak2 duit ngan suami sbb aku tau dia pun ada komitmen utk umah, kete2 dan sakit pening kami.. Masing2 dah ada pembahagian masing2.. Ok laling... Sayang laling... Selama aku masuk Butik Ariani, tak penah sekalipun laling belanja nak belikan. Dia kata mahal sgt.. Huh!!! But, coti sek ni ade sales gempakssss from Ariani wa cakap lu.. Tungguuuuuuuu!!!! Baru dapat sms dr zaza ariani tadi... Heehehehehe..(ketawa suke..)

Monday, February 20, 2012

Double celebration...

Salam peeps...
Next month byk benda nak celebrate..
Salah satunya besday adelia yang ke 3 on the 7th  of March...
Then b4 that on the 4th of March is my mum besday..
Later on the 10th of March is me and my huni laling punya 6th anniversary...
Dah ada planning for both celebratin..
But till now will keep it as secret..
Kunun2 nak wat suprise gitu..
Tah la nape tahun ni aku mmg suka sesgt suprise2 nih..
Last January... I arranged a suprised party kat Piza Hut Limbung Kapal for hubby
Sangat best.. most of the person invited came...
But most of all... hubby mmg sgt2 tersuprised coz he cannot imagine that i will arrange the suprise party for him..
Dia kata "Alah, malu la suprise2 ni.. Dah tua la"
Darl... age is not on the number k"
Even though dah umo ttttuuuuuutttttt.. tapi laling maintain muda what...
So.. wait for my next.. next.. next... hupdate for our suprise anniversary celebration...
10/3/2012- our 6th anniversary celebration

7/3/2012- Her 3rd besday bash

Ok.. cuba tgk si tudung koko yg sedang bergumbira itu..
On the 4th March is her 60th besday..
Apa la hadiah nak bagi kat yeya ngan mak ek.. InsyaAllah kalau ada rezeki... Yeya???  Last year aku bagi motor pakai batteri.. Basikal pun baru last month beli.. Any ideas nak hadiahkan apa???. Apa ek???


p/s:- bezday adik ipar pun March jugak.. Kalau tak salah aku la on the 19th kot..
        satu lagi bezday my niece... alisya on the 1st of March tu.. Kan aku dah cakap.. March ni byk      sungguh important day to remember....