Pages

Monday, November 1, 2010

Last vacation for 2010- trip to Sarawak



Insya Allah this is the last vacation for 2010.. I repeat yer kawan- kawan... Insya Allah for 2010 ni maybe last vacation...
Next year memang saya sekeluarga tak dapat nak pergi jalan- jalan makan angin, tak dapat berbelanja mewah bagai, tak dapat nak makan restaurant kerap- kerap macam selalu...
Pendek kata tahun depan adalah tahun untuk berjimat cermat.... Sebabnya??? Maaf.. Saya tak dapat ceritakan di sini coz saya sudah berjanji dengan suami untuk merahsiakannya... Hehehe.. Kalau ikutkan hati, nak jer saya umumkan pada semua... Tapi suami kata "NANTI... PAHAM BAHASA NANTI DAK???? ITU SUDAH TANDA DIA KURENG SETUJU TU.. baiklah saya tidak ingkar arahan my big boss tu... Hehehe.. Nanti la ek, disuatu hari, masa n waktu yang sesuai saya akan beritahu kenapa saya TIDAK BOLEH berbelanja sakan tahun depan termasuklah bercuti bersama- sama suami n anak- anak macam tahun ni... Hehehehe...
Ini la dia salah satu scenery Kg Budaya
Ok la sesambil dengar cerita ceritu tentang pengalaman kami di SARAWAK, apa kata sesambil tu layan juga gambar2 kami di sana.....
Bersama dengan penari Kampung Budaya

Actually ni Program Kembara Minda Murid- murid Pendidikan Khas SK Pendang.. N dengan bangganya nak habaq mai saya la yg handle program ni. So since sejak awal saya handle program ni, saya tau berapa tambang flight, saya search utk tau tempat penginapan, tempat menarik di Sarawak, so saya decide nak bawak anak- anak dan suami merasa naik flight even cuma AA jer kan.... Itu matlamat utama saya.. Saya sendiri sudah berpuluh- puluh kali merasa coz masa keje bank dulu memang memanjang naik flight bila ada course kat KL... So saya nak anak- anak n suami rasa macam mana naik flight so bila orang cerita experience naik flight depa pun boleh cite sama....
Us with the penan man @ Kg Budaya
The flight fees just RM 273 seorg termasuk amani utk 2ways.. Adelia pulak dicharged RM50/way... Oleh sebab saya bawa family, so saya tau pasti susah kalau anak- anak n suami ikut serta dlm bas tu.. So saya decide kami amik kete sewa kat sana... Wherever bas tu pegi, kami follow kat belakang... Kami sewa bas politeknik Kuching utk murid- murid ni...
Ini lah rupa LAKSA SARAWAK...
Boleh tahan la mcm bihun kari kita...

Untuk budak- budak, saya telah sewakan homestay di area Taman Seri Wangi, Matang Jaya.. A very comfortable house since umah tu semiD 2 tingkat... Untuk saya dan keluarga kami sewa rumah chalet di nadin homestay.. Memang sangat- sangat berpuas hati dengan layanan pemilik rumah... Anak- anak saya??? Sudah tentu teramat-amat seronok esp kakak yang dah pandai bila bawak berjalan, very good in her performance n sangat bijak bila bersosial bersama- sama anak murid saya even budak- budak tu OKU. Proud of u my dear.. Dia tak kisah dipeluk, dicium.. Adelia pun sama gak....

Lepas pertunjukan dlm pentas Kg Budaya.. Really enjoy the show.. Best sgt


This is the marvelous food.. very the delicious.. Garden steamboat. Kakak angkat hubby yang belanja.. Thanks k.niza n abg daud for the dinner..
Ok la.. sepanjang di sana, kami mmg tak lepaskan peluang p tempat- tempat yang best.. Such as Waterfront, Serikin ( tempat yg memang buat aku teruja nak shopping... serikin ni sempadan Indonesia so hari sabtu n ahad, orang- orang Indon akan masuk ke sempadan n jual brg2 depa.. Mmg murah sgt2.. Kain pasang ni just RM40 sepasang... Kain baju kebaya RM50/psg... Kain telekung yg sulam2 cantik tu juz RM40/psg.. Huhuu.. Mana tak rambang mata, sakit jiwa tgk)
Selain tu pasar Satok, Kilang buat pasu Sarawak (mmg tak sah kalau kita tak pergi n beli pasu ni.. Sangat the cantik buatannya... n murah sungguh harganya)
Kalau tak beli kek lapis n terubuk masin memang tak sah la lawatan ke Sarawak.. So untuk tidak menghampakan harapan semua, kami pun memborong sakan la ikan n kek lapis... but utk info, beli kek lapis from mira cake house kat Kg Gersik... Mmg marvelouse.. Sedap sbb kek dia tak kering mcm kek lapis yg kita beli kat tepi- tepi jalan kat Pasar Satok.. Dia basah n terasa butternya.. Even amani pun pandai ckp... "Mummy, sangat sedap".. Wah!!! Anak aku ni nak jadi orang Sarawak ke???? Kalau dia tgh makan kek tu dan ada aktiviti apa- apa nak buat, dia suruh kita pegang tapi dia akan cakap "tolong kakak pegang kejap jer tau.. Jgn makan.. Nanti kakak nak lagi tau"
Selain tu, saya rasa pengalaman paling berharga masa di Kampung Budaya, Santubong... Memang sgt la best tempat tu.. Kita boleh tau mcm2 rupa budaya orang Sarawak.. Baju, tradisi, pakaian, aktiviti... Banyak perkara kita belajar termasuk la tonton pertunjukan pentas... Really enjoy n tumb up utk Kg Budaya dancers.... 1 perkara tentang Sarawak, pada hari pertama saya janji dengan guru- guru nak jumpa mereka pukul 7.30 am di rumah mereka.. Bila jam bunyi pukul 6.27am, celik jer mata saya dapati keadaan sgt2 cerah seolah- olah dah pukul 8.00 pg.. Dalam hati saya" alamak!! mampos aku kena tinggal bas.. Sure depa dah tinggalkan kami".. Tgk jam.. Lah baru kul 6.27am ker.. Tgk jam suami.. henset suami.. Suma kul 6.30am.. Maknanya matahari keluar awal di kawasan sana berbanding kita di semenanjung.. Dan gelap lebih awal dlm pukul 5.30 dah mcm maghrib di sana.. Asar dlm pukul 3.50pm... Saya sukakan rakyat Sarawak, mereka bersih, obedient dengan rules, sabar walaupun terpaksa q utk waktu yg lama dan susah nak tgk sampah.. Cuma kita kena berhati- hati bila masuk kedai mkn coz tak tau samaada mereka muslim atau sebaliknya.. Muka semuanya sama jer.. Alaala apek cina gitu...Jalanraya di sana sgt2 la luas.. 3 lane lagi.. Roundbout pun sgt la luas. 2x roundbout kita.... Hehehe Tapi.. Anjing mmg banyak kat sana.. Bersepah- sepah mcm kucing jer saya tgk...
My kiddos yang teruja main pasir kat
Pantai Pasir Pandak

Bangunan Dewan Undangan Negeri



Hubby n anak-anak serta anak murid bawah seliaan saya sepanjang di sana

Alhamdulillah, saya bersyukur sebab berjaya menhandle projek ni.. Sebenarnya banyak masalah yang wujud sepanjang projek ni nak dijalankan, sedang dijalankan... Tapi kita pendekkan cerita, juz amik yang baik sahaja.. Ceritakan yang manis- manis sahaja.. untuk yang dah buat salah, yang menjawat jawatan cikgu tapi tak laksanakan tanggungjawab sebagai guru, terima la nasib hang diakhirat nanti.. Saya selaku penyelaras projek sedaya upaya memberi n menyediakan yang terbaik untuk semua.. Kalau ada apa- apa kekurangan mungkin datangnya dari kelemahan diri saya yang baru setahun dua menjadi cikgu... Cerita yang buruk- buruk kita jadikan pengajaran, tauladan agar kita dah tua nnt tak tergolong dalam golongan sedemikian.. Moga khidmat kita sebagai guru sentiasa dipuji sebagai guru yang baik, bukan diumpat keji hingga sampai masa berpencen...

Kepada suami dan anak- anak:- Saya tau ni pengalaman manis buat mereka kerana diberi peluang naik flight.. OTW balik, dalam flight masa anak- anak tidur, hubby genggam erat tangan saya n ucapkan terima kasih.. Sungguh terharu kerana saya rasa diri dihargai.. Perbuatan saya dihargai.. Terima kasih buat suami sebab terpaksa bercuti panjang walaupun jarang berbuat demikian.. Kerana saya dia bersedia... InsyaAllah, bila impian kita sampai bln Jun 2011, rumah dah siap reno, ada duit lebih kita pergi jalan- jalan makan angin lagi... Anak- anak yg mumy sayangi, terima kasih kerana sangat komited.. Jarang2 buat perangai even letih, penat n panas di sana.. Nnt ada rezeki mummy bawak kakak n adik jalan- jalan lagi ya.. Habis sudah percutian kita sekeluarga utk tahun 2010....

Dalam dewan pentas Kg Budaya while waiting for the show...

No comments:

Post a Comment