Pages

Tuesday, February 14, 2012

Ibu Bapa Tak Patut La Lepas Tangan...

Salam semua...


Lama aku tidak dapat mengemas laman ini. Bukan kerana ketandusan idea. Tetapi atas kesibukan tugas dan hal-hal peribadi yang lain. OK, selalu benar aku dok pot- pet pot pet hal peribadi, hal anak- anak, hal jalan- jalan tapi amat kurang berpotpet potpet tentang kerja aku kan.. But this time nak selitkan skit la ek citer ttg pengalaman aku ttg hal waris murid- murid aku...

Baiklah, topik yang ingin aku sentuh pada kali ini adalah berkaitan dengan sikap ibu bapa yang begitu kurang menyenangkan aku. Maaf kerana dalam banyak-banyak topik, isu ibu bapa atau penjaga paling banyak dipaparkan.

Beberapa hari yang lalu, sekolah aku ada mengadakan Mesyuarat Permuafakatan Waris. Aku sebagai guru kelas bagi murid-murid yang majoritinya terlalu lemah dalam pelajaran dalam erti kata lain buta huruf, tak kenal huruf dan mmg slow learner sgt2..

Adalah menjadi tanggungjawab aku untuk menjelaskan kelemahan dan kekurangan murid kepada ibu bapa atau penjaga di samping berkongsi ramuan terbaik bersama ibu bapa / penjaga yang hadir, bagaimanakah formula paling berkesan untuk membantu murid-murid ini supaya berada di landasan terbaik dalam akademik sebaris dengan rakan-rakan seusia mereka.

Perbincangan dari hati ke hati, luahan jujur sebahagian ibu bapa / penjaga yang hadir aku tuliskan dalam nota yang bawa bawa untuk dijadikan rujukan kelak.

Agak sedih juga kerana tidak ramai ibu bapa yang hadir pada hari berkenaan. Barangkali kerana kesibukan bekerja. Aku tidak kisah jika ibu bapa atau penjaga datang lewat kerana aku menunggu di dalam kelas bersama murid sehingga tamat sessi persekolahan.

Kasihan kepada murid-murid yang ibu bapanya tidak hadir. Dari kaca mata mereka, berasa gembira memberi tahu aku bahawa ibu bapa / penjaga mereka akan hadir. Tetapi, menunggu hingga ke t/hari, bayang pun tiada nampak. Yang hadir cuma sekerat dua. Tidak sampai separuh pun.

Jika terlalu sibuk sekali pun, takkanlah luangkan masa sekejap demi masa depan anak-anak pun tiada? Kasihan aku tengok anak-anak murid aku yang tidak mahu balik kerana mengatakan ‘sebentar lagi’ ibu bapanya akan datang. Aku pula yang terpaksa pujuk dan mengarahkan murid pulang.

Kepada ibu bapa yang hadir, aku ucapkan jutaan terima kasih. Walaupun ada yang datang sekadar mahu mengambil Buku Rekod Kemajuan anak, dan tidak mahu mendengar apa yang aku cuba sampaikan, cukuplah untuk aku membuat penilaian.

Kepada ibu bapa yang memberi kerjasama, aku juga ucapkan jutaan terima kasih. Kehadiran anda begitu berharga dan memberi aku lebih banyak peluang untuk mengenali latar belakang anak-anak anda. Insyaallah, kita sama-sama membantu. Yalah, mana ada ibu bapa atau guru yang ingin lihat anak murid gagal dalam pelajaran.

Selepas pertemuan pada Mesyuarat Permuafakatan Waris itu, seorang penjaga datang berjumpa aku untuk bertanyakan prestasi akademik anaknya dan sekali gus ingin membayar yuran yang belum di jelaskan.

Aku bertanyakan anaknya kelas tahun berapa? Yalah, manalah tahu entah-entah penjaga berkenaan tersilap orang yang dicari. Penjaga itu membalas yang dia sendiri kurang pasti dan teragak-agak menyebut nama kelas anaknya.

Aku membuat semakan, memang betul anaknya belajar di kelas aku. Aku segera menunjukkan rekod kemajuan dan menjelaskan kelemahan yang perlu diperbaiki serta kelebihan yang perlu dikekalkan. Aku turut memuji anak penjaga murid tersebut yang sememangnya rajin dalam kelas dan menunjukkan potensi untuk berjaya dengan syarat, bimbingan di sekolah mesti diteruskan di rumah.

Di akhir pertemuan tersebut :

Penjaga : “Macam ni sajalah, cikgu. Saya ni bekerja dan sangat-sangat sibuk sampai tak ada masa nak tengok anak. Cikgu tolonglah tengok-tengokkan anak saya tu. Kalau dia nakal sangat dan tak mau belajar, cikgu boleh pukul. Jangan sampai patah-patah sudah la..” (Hamboi2... macam la gamak sgt cikgu nih nak patah2 tgn anak depa)

Saya : “Saya faham encik sibuk bekerja. Tapi sekurang-kurangnya luangkan sedikit saja masa untuk bersama anak belajar. Kesian sebab manalah tau budak tu nak belajar. Tapi tak ada orang yang nak tunjukkan. Kat sekolah dia ada cikgu. Tapi kat rumah??..” (Aku advise la slow2)

Penjaga : “Yelah. Kita sama-sama tengokkan dia ya, cikgu. Saya memang tak sempat dah ni. Okeylah. Saya kena balik dulu. Harap cikgu bantulah anak saya tu ye. Anggaplah dia macam anak cikgu juga. Saya memang sibuk dengan kerja..” (Waduh2!!! Tak pasal2 soh anggap mcm anak sendiri, mmg bengkek.. Nampak sgt nak lepas tgn.. Fungsi cikgu mendidik dan membimbing selama 5 jam jer dr kul 7.45 till 12.45pm.. Selebihnya byk masa anak2 dengan mak pak kat umah.. So ada paham????) 

Aku cuma diam dan menguntum sedikit senyuman. Pertemuan itu aku akhiri dengan ucapan ribuan terima kasih atas kesudiannya hadir untuk berjumpa aku

Sekian,

Renung- renugkan dan selamat beramal...



p/s :


• Ada banyak lagi dialog yang ingin aku selitkan. Tetapi tidak sanggup rasanya aku letakkan di sini.


• Bukan semua ibu bapa yang bersikap lepas tangan. Teringat semasa zaman sekolah. Walaupun sakit dan terpaksa kuar outstation awal ke Perak, ayah tetap datang juga ke sekolah pada tengah hari untuk mendengar sendiri maklumat akademik dan potensi aku daripada guru kelas.




No comments:

Post a Comment