Pages

Thursday, December 16, 2010

Caesarean...

Semalam aku jumpa member lama..
Actually dia ni kawan adik aku but masa aku keje kat BCB Penang & stay kat Pangsapuri Idaman
adik ni sewa sekali ngan aku & 2 orang kawan dia..
Oleh sebab aku ni umo jer tue but kepala hotak semacam ngan diorang, so aku jadi geng pulak ngan diorang ni..
Masa tu yang membezakan juz aku bekerja & diorang student...
But malam- malam kami selau hang out sama- sama.. Karaoke, mid nite movie la.. Supper kat Nasmr..
Yang aku ingat area Bandar Perda memang tempat kami la time tu..Hehehe
Kisah zaman belum kawen.. But alhamdulilah, semua adik- adik ni kawen ngan couple masing- masing yang meka2 pun kamcing ngan husband aku..
Ok, oleh sebab maisng- masing dah ada anak, so kami share la sikit bout beranak- beranak ni..
Opsss... yana (nama adik tu) pun seorang guru KPLI mcm aku, masuk batch ngan aku beza dia dpt IPTHO aku dpt IPDA...
Dia course Sains aku TESL...
Tapi last2 kami berjumpa balik kat Hotle Gold Course Klang sbb attend KURSUS PENDEDAHAN ASAS PENDIDIKAN KHAS...
Ropa- ropanya kami kena ngajar budak2 khas... Da lagi la kena ngajar budak2 buta kat SKPK ALMA...
So, balik asal cite beranak- beranak ni ( walaweiiiii.. panjang gile mukadimah aku)
Al- kisah dia heran nape aku kena ceasar time beranakkan dua2 kanak2 ribena ni..
Aku story mori la experinced aku beranakkan dua org kanak2 nih..
Malam tadi aku search la srba sikit pasal bedah ni...
Malas dah nak cite panjang..
Korang baca ek utk dapatkan info nape setengah orang kena bedah masa nak beranak...
Sambil- sambil korang layan la sama gambar- gambar proses pembedahan tu ek.
Yang nyata gambar tu bukan perut haku..
Sebab takde sape nak amik pic perut haku masa kena bedah. ( termasuk apendiz 3 kali dh)..
Suami ku??? Wasalam la... Cian la sama kat doktor ngan nurse, masuk sornag jer nak beranak.. sekali kuar 3 katil kena sorong...
So dari malu kena sorong macam aku beranak kembar 3 bek la aku sorang- sorang dlm tu..



.Pembedahan Caesarean Mengapa Perlu ?

Pembedahan Cesarean untuk melahirkan anak dengan cara pembedahan biasanya dilakukan secara cemas (emergency) atau secara diatur (elective). Di antara sebab-sebab ia dilakukan ialah :

1. Bayi lemas (fetal distress), ditandai denyutan jantung bayi sangat perlahan kerana tidak cukup oksigen dibekalkan dalam rahim sewaktu proses beralin.

2. Perdarahan kerana uri diberada depan bayi dan menyekat pintu rahim(Placenta previa).

3 . Rongga punggung ibu sempit, tidak muat kepala bayi. (ni la sebab nape aku kena operate korang- korang semua)

4.Kedudukkan bayi songsang atau melintang.

5 . Sakit bersalin terlalu lama, mungkin lebih 24 jam, ibu keletihan.

6 . Bayi terlalu besar.

7.Masalah-masalah seperti mandul; berulang-kali keguguran anak; mengandung anak sulung dan ibu berumur lebih 35 tahun ke atas (elderly primidgravida) dan lain-lain..


Bagaimana Bius ?

Biasanya ada dua pilihan ;

1.Bius umum, tidur langsung. (General anesthetic)

2.Bius saraf belakang ‘Epidural’ , hanya kebas pada perut hingga ke kaki, masih sedar tentang apa yang berlaku. (yang ni aku amik)



Jagaan Lepas Bedah

  • Jagaan selepas pembedahan cesarean adalah seperti juga jagaan waktu pantang selepas bersalin atau jagaan selepas pembedahan daripada penyakit jenis lain dalam perut. Rawatan susulan ke klinik ialah selepas 2 minggu untuk melihat perkembangan luka jahitan.
  • Apa yang penting sekali ialah dalam dua minggu pertama ketika luka daripada pembedahan dan kelahiran bayi mulai pulih, badan memerlukan banyak sumber protin daripada makanan, oleh itu makanan yang berkhasiat dan seimbangterdiri bahan-bahan karbohidrat, protin, vitamin daripada sayur-sayuran dan buah-buahan adalah penting.
  • Oleh itu dalam waktu pantang ini, khususnya selepas pembedahan cesarean, janganlah sekat makanan yang berkhasiat oleh sebab kepercayaan dan amalan budaya kita ataupun oleh sebab desakan dari orang orang tua kita.Walau demikian makanan yang tentu boleh menyebabkan masalah seperti yang boleh menyebabkan alahan (allergy) patut dijauhkan."
  • Kurangkan sedikit bahan-bahan yang kaya dengan minyak dan lemak dan bahan manisan yang mengandungi banyak gula seperticoklat dan ais-krim.Pil vitamin dan logamyang dimakan ketika mengandung patut diteruskan sehingga habis pantang khususnya bagi mereka yang menyusukan kerana proses penyusuan memerlukan bahan bahan vitamin khususnya kalsium dalam pembentukan susu.
  • Biasanya luka pada perut akan kering dan rapat setelah dua minggu.Ketika ini pesakit boleh melakukan aktiviti dan kerja rumah.
  • Amalan menggunakan bengkung dan juga bertungku tidak dicegah.
  • Mengurut pada badan juga tidak dicegah, tetapi jika boleh jangan sentuh bahagian perut khususnya pada luka pembedahan tersebut.
  • Makanan makanan tambahan untuk mempercepatkan proses pemulihan di luka, seperti Jeli, pati ikan haruan dan lain lain bahan di pasaran tidak dicegah.
  • Apa yang dilarang ialah mengaplikasikan terus ubat pati gamat atau pati haruan pada bahagian bahagian luka ketika 3 minggu pertamaselepas dibedah.
  • Ia akan menyebabkan jangkitan kuman dan kesakitan yang teramat sangat berlaku. Jika ini berlaku anda mesti bersihkan kawasan yang dijankiti kuman dengan savlon yang dicampur air suam, berserta kapas bersih pada kawasan itu. Picit air bisa dan nanah keluar setiap hari dan biarkan luka terdedah kepada udara. Ini akan memeprcepatkan proses pemulihan kulit.
Jarak kehamilan selepas cesarean

Sepatutnya seseorang wanita yang telah menjalani pembedahan cesarean boleh hamil lagi ?
  • Pada kebiasaannya kita cadangkan antara satu hingga dua tahun.
Apakah kemungkinan jika seseorang wanita mengandng lebih awal dari itu ?misalnya enam bulan selepas pembedahan ataupun sejurus selepas pantang ia terus mengandung.


  • Sebenarnya luka pembedahan akan pulih dalam masa dua minggu, tetapi ia menjadi kuat dalam masa satu hingga dua bulan.
  • Apabila sampai ke tiga bulan atau lebih parut akan menjadi lebih kuat dan tidak ada bezanya mungkin kekuatan parut cesarean selepas tiga bulan ataupun selepas setahun.Oleh itu jika seseorang itu dengan tidak sengaja hamil, ini bukan satu sebab ia patut menggugurkan kandungannya.Sebaiknya ia diteruskan, lagi pun tidak kesemua kes pembedahan mesti diulang,ia bergantung pada apa punca pembedahan yang pertama, misalnya kalau rongga tulangnya sempit maka ia perlu diulang.
Bolehkah saya melahirkan secara normal berikutnya?

  • Sebenarnya selepas pembedahan cesarean pertama kemungkinan untuk secara normal adalah sangat besar, mungkin melebihi 70 peratus
  • Sebilangan kecil sahaja yang mungkin diulang-bedah oleh sebab rongga punggungnya agak sempit dan tidak membenarkan kepala bayi melepasinya.Tetapi yang lain-lain adalah disebabkan faktor seperti pendarahan, bayi lemas, atau masalah uri yang tidak mungkin berulang lagi.
Bolehkah seseorang wanita yang menjalani dua pembedahan cesarean melahirkan bayi secara normal?

  • Sebenarnya ini tidak mustahil kerana ada beberapa pesakit yang telah melahirkan secara normal selepas dua kali dibedah cesarean.Tetapi sebelum ini dibenarkan berlaku, satu penilaian penting harus dilakukan, samaada rongga punggungnya itu sempit atau tidak dengan melakukan ujian x-ray punggung (pelvimetry) pada bulan terakhir kandungan.Ukuran besar bayi juga perlu dilakukan melalui ultra-sound.
  • Ketika mengandung kali ini, ibu tersebut dinasihatkan supaya jangan memakan bahan karbohidrat atau manisan yang berlebihan untuk mencegah bayi menjadi terlalu besar.Makanan yang berasaskan protin dan sayuran perlu ditekankan, malah saya ada satu pesakit yang telah melahirkan secara normal selepas tiga kali dibedah cesarean.Tetapi ini satu keadaan yang amat luar biasa dan kelihatan mustahil tetapi wujud.
Perlukah selepas tiga kali dibedah ia mesti diikat saluran benihnya (sterilization)?
  • Sebenarnya pembedahan cesarean ini tidak terhad kepada tiga kali sahaja.Kalau pesakit itu sihat dan tidak mengalami apa apa penyakit yang merbahaya seperti sakit jantung atau bubah pinggang, ia boleh menjalani pembedahan banyak kali.Mungkin sampai enam atau lapan kali bergantung kepada kemampuan kesihatannya, mentalnya dan kehendak pesakit itu sendiri. Ada beberapa pesakit yang telah dibedah sebanyak enam kali.







    Bby ditarik keluar dari perut mak dia...

Macam ni la gamaknya ek perut aku doktor kerjakan..
Parut jahitan... Nasib baik cantik jer parutnya..
Kalau nasib kureng sikit.. siap ada batas ubi lagi.. Dah tu bila
nak operate yg lain, siap diorang kikis dulu isi lebih tu..
Sumpah tak tipu..
Experienced aku sendiri..

2 comments:

  1. Kita bole kongsi sama2 kisah ni as..sakit operation ni hanya org yg penah rasa je bole critekan huhuuuu..

    Cwa plak yg 1st fetal distress(bius penuh sbb emergency), 2nd poor progrest(bius separuh)..

    Soal ikat tu yg merunsingkn cwa skang,kalo ikutkn fakta tu ikut condition kita & kehendak kita tp hospital sini(k'jaan) kata polisi depa 2 kali operate trus ikat..mmg x paham!

    Tak tau la as mgkn dah rezeki byk tu je kot..sedih jugak sbnrnya sbb umur masih muda :D..

    Apa2 pun doakan segalanya dipermudahkn ye..

    ReplyDelete
  2. c.wa, as tiap kali nak kena deliver bby as sure nangis.. RAsa bersalah pada husband coz tak dpt nak bersalin normal mcm org lain.. Masa ngan adelia, as siap mintak maaf kat amie coz tak dpt gak deliver normal kat adelia...Sedih wa..Mmg betul kita jer yg rasai.. Actually as pun takut kena ikat if deliver bby ke 3 nnt... Tp mayb tu dah rezeki kita.. Byk tu jer Allah kurniakan utk kita... As redha... Asalkan anak2 kita, sihat, selamat, sempurna.. soleh dan solehah n sedia jaga kita di hari tua nnt... AMIN

    ReplyDelete